Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, February 15, 2012

Talam Roti Paun



Assalamualaikum.
Tak tahan godaan nengok Talam Roti Paun kat dapur Kak Yatie - Sinar Kehidupanku hari tu, jadi Mas pun try buat semalam, 1/2 adunan jerk...cukuplah untuk family Mas yang kecil..itu pun puas makan....sedapppp sangat Talam Roti Paun ni...memang akan Mas buat lagi lain kali ...maceh pada tuan resepi iaitu Chef Asma. Memang berbaloi2 mencuba Talam Roti Paun ni. Satu lagi kelainan untuk resepi kuih talam bila diletakkan roti dalamnya....sedapp sangat...terasa seolah2 makan puding ngan kuih talam...satu gabungan yang mantap....memang terbaik la Talam Roti Paun ni, untuk yang belum mencubanya...sila2 lah menerainya yerk...pasti tak menghampakan....talam ni pun sedang2 elok jerk manisnya pada tekak Mas....Selamat mencuba yerkkkk.....

Talam Roti Paun
Resepi :  Chef Asma.

Bhn utk Lapisan Bawah :
13 keping roti putih Gardenia - di carik2
2 biji telur
50 gm raisin - Mas pun mcm kak Yatie, tak letak
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sk vanilla essence

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut).
Masukkan dalam loyang 10x10x2" (Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik).
Kukus selama 25 minit.
Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
Nota : Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah



Bhn utk Lapisan tengah :
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)


Bhn utk Lapisan atas :
1/2 cwn tepung kastard
1/2 cwn gula halus
1/4 sk garam
1/8 sk vanilla essence
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna kuning @ oren (tak letak pun takpe)

Cara membuatnya :
Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
Masak jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.



28 comments:

  1. salam Mas dah buat ye tulah kemarin dah npk ingat nak cuba juga.....cari roti leh le buat utk minum ptg ni....

    ReplyDelete
  2. Salam kak mas! jgn lupa tinggalkan kita ya :D nak g sekolah niiii nanti klu balik baru mintak mesti dah abis :D talam2 mmg kita suke!

    ReplyDelete
  3. dah salin resepi..nak buat tak tau bila lagi..kekeke

    ReplyDelete
  4. Salam Mas,
    Apa khabar? BAru perasan Mas dah timbul balik, akak yang lagi lama tenggelam kot hehehe..
    Menarik talam roti ni:)

    ReplyDelete
  5. Salam mas, wah! Talam-menalam la plak....sedap nengoknyer, nak mintak ckit jauh plak hehehe. Mas, nak tanye ckit nih klu kek yg guna telur gred A, kita just ade gred B nak letak 2bj ek?

    ReplyDelete
  6. waduhhhhh tergoda sudaaaa tngk kuih talam roti paun Mas ni...mmng sedapkan talam ni..betullah tu seolah2 kita makan kuih talam dan puding..suka rasa lemak2 manisnya tu..mmng akan buat lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  7. salam Mas..
    Suka akak tgk mas ni rajin sungguh..
    Sedap ye mas kuih ni.. akak pun dah lama tak menalam.. nanti nak buat jugak lah..
    kalau mas kata sedap mmg sedap lah tu..
    nanti akak cuba.. :)

    ReplyDelete
  8. betul tu nampak pun sangat sedap...
    berwarna warni lagi...

    ReplyDelete
  9. memang sedapkan kuih talam roti paun ni kan.. rasa macam nk buat lagi..masih terasa kat tekak ni kesedapannya..

    ReplyDelete
  10. Assalam Mas, amboiii lajunya dia mcm enjin turbo, cepat je jangkit talam ni...akak baru jek verangan...suka kuih2 talam ni...hehe.. Mintak sikit Mas...

    ReplyDelete
  11. kak mas ni rajin sungguh la..! baby dh bape bulan.?

    ReplyDelete
  12. Massss....ada lagi ke...bak la sepiring kat akak...nak merasa...he he...nak merasa sampai mintak sepiring ya...:)

    ReplyDelete
  13. Salam mas

    waaa talam ni dah sampai rumah Mas ya..bila plak ek nak singgah kat umah akak plak?

    ReplyDelete
  14. dengan alasan belum buat roti, tu yang tak cuba2 lagi... nampak cam meriah + sedap je mas

    ReplyDelete
  15. Menyinggah ke sini... ingatkan apa jugaklah roti paun... ehehehehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum mas..
    memang nampak sedap ler talam roti paun tu mas.. tambah2 lg tgk yg telah d gigit tu.. sedaaapyaa... warnnya pun menarik...

    ReplyDelete
  17. Mas,nampak lembut sangat kuih ni..menarik sangat..nak rasa seketul..bole k?

    ReplyDelete
  18. Salam Mas
    Macam teringin nak buat kuih kuih.. this one lain sikit.. maybe i will do it this weekend for my mom..

    ReplyDelete
  19. As'salam Mas

    nampak lembut jer dari yang Mas tunjuk tu. Hubby k.ct dah request nak makan kuih talam dah berminggu jugalah rasanya. Tu yang amik resipi dari Yatie ni, tapi nak buat santan pulak tak ada stok...tangguh dulu..hehehe

    ReplyDelete
  20. sedap nya,kak mas =0).
    kak mas..lama dh kitax jumpa kan. bila kak mas ke ppum lagi? nanti sms Vi =0)

    ReplyDelete
  21. Rajinnya Mas ni...kuih2 talam ni bukan kepakaran akak la. Takut nak membuatnya, takut frust...hehe..

    ReplyDelete
  22. bru sempat nk mgintai.. sedapnya mgunyah talam camni di petang jumaat yg indah ni.. rajin mas ni.. akk suke jer mkn..klau buat kene ngadap sorang2.. anak2 mmg kurang mkn kuih2 talam ni..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaykumwbh adikku...

    Mas apa khabar? waaaa rajinnye menalam...akak masih tergedek2 ni kat daour....haiiiish sejak back to work, ada kelam kabut skit ni....nak tune jap...:)

    ReplyDelete
  24. Salam rindu Mas :)

    baru sempat mengintai di dapur teman2 ari nie.. Rajin mas menalam.. cantik jer kejadian talam roti paun nie..

    ReplyDelete
  25. Assallamulalaikum Mas..
    Kesihatan ibu dan baby dlm tu cam ne? Harap sihat2 ye Mas..
    Cantik roti paun dia.. kaler2 yg menarik..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...