Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, September 1, 2010

Nasi Lemak Kukus



Ni kali ke-2 Mas buat Nasi Lemak Kukus, memang sedap...nasinya tak melekat2, sebutir2 jer dan lembut. Mas guna beras wangi untuk buat nasi lemak ni. Caranya agak remeh sikit sebab kena kukus 3 kali tapi hasilnya memang berbaloi...resepi Nasi Lemak Kukus ni Mas dapat dari Noya - myresepi, maceh yer ....

Nasi Lemak Kukus
Sumber : Noya - myresepi
Bahan ( untuk 3 orang ) :
  • 2 cawan beras wangi / beras brasmathi - basuh dan toskan
  • 5 cawan santan - supaya nasi tu lembut
  • 3 ulas bawang merah - hiris2
  • 1 ulas bawang putih - hiris2
  • 1/2 inci halia - hiris2
  • 1 batang serai - ketuk
  • daun pandan
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya :
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras sahaja separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air biasa sekurang-kurangnya 3 - 4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras sahaja yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.
  4. Nasi lemak ini sedap dihidangkan bersama sambal tumis, rendang atau ayam goreng berempah, telur dan mentimun.

3 comments:

  1. waduhhh sedap nih mas.. peroi jerk nasik dier kan kan.. hubby akak suker sangat! cume akak jerk mls nk buat lg nk kene kukus tuh yg mls.. heeeeee

    ReplyDelete
  2. slm Mas....emmm,yummy nyer nasi lemak kukus tu..suka makan yg beli kat m'sia dulu...lum cuba buat lg sbb macam leceh je...suatu hari kena buat ni

    ReplyDelete
  3. kak hana
    tu la...dah sedap banyak ragam pulak nk buat...kalau dah teringin buat juga la...ha..ha..

    kak ida
    ha..ha..mas pun selalu beli, kadang2 jer, bila datang mood rajin yang buat nasi lemak kukus ni...sedap sangat...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...