Search This Blog

Thursday, September 13, 2018

Resepi Kurma Ayam yang sedap





Assalamualaikum.
Antara menu yang menjadi pilihan Mas sekeluarga. Kurma ayam .... memang akan berulang ulang anak-anak makan nasi .jadi Mas share resepi cara Mas masak ... moga memberi ilham untuk rakan2 semua ... selamat mencuba 


Bahan bahan:
1 ekor ayam - dipotong2
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 
2 biji ubi kentang 
Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
6 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
4 batang cili merah dan hijau - dipatah dua
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah saiz kecil atau ukuran dlm 1 jari panjangnya, buang kulit, kerat2 supaya senang dikisar


bahan tambahan :
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
+
100ml susu segar atau susu cair
= satukan dan biarkan seketika



Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

Masukkan bahan2 kisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. tambah sedikit air ...Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan juga cili merah hijau yang telah dipatah dua tadi. 

Akhir sekali, masukkan bahan tambahan yang telah disatukan tadi, kacau sebati. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.
selamat mencuba




Wednesday, September 12, 2018

Resipi Sambal Tumis Telur Yang sedap





Assalamualaikum.
Satu resepi yang simple ...penyelamat dikala kehabisan stok lauk pauk untuk dimasak ... sambal tumis telur ... sangat lazat 


Sambal tumis telur

Bahan bahan 
8 biji bawang merah atau 2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
Garam 
Gula
seckup rasa 
1 keping asam keping  
6 biji Telur - rebus, kupas & goreng 

Cara cara: 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kisar dan asam keping, kacau sebati dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 
kemudian masukkan garam dan secukup rasa.   
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 




Resepi Haruan masak cuka yang sedap




Assalamualaikum.
cuti baru2 ni ... adik ipar kasi ikan haruan yang boleh tahan juga besarnya ... jadi terus teringat sedapnya dibuat masak cuka .... lama juga tak makan ... jadi tanpa lengah2 ..... terus cuci ikan bersih2 ...potong2 dan terus siapkan masakan ini ....
Mas share disini resepi haruan masak cuka ..... selamat mencuba ... jika tak ada ikan haruan, boleh juga guna ikan2 lain...


 Haruan masak cuka

BAHAN2NYA;-
ikan haruan yg siap digoreng
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
seinci halia..dimayang.
sebiji cili merah.
cuka secukupnya..
gula serta garam.
secubit kunyit serbuk
air

BAHAN TUMIS;-
3 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
sedikit halia}
sedikit biji sawi

CARA2NYA;-
tumbuk bhn yg bertanda }
tumiskan semua bhn tumisan hingga naik baunya..
masukkan air secukupnya..
masukkan cuka gula dan garam serta secubit kunyit serbuk.
masukkan halia, bawang merah dan bawang putih sebiji2..jika besar belah 2.
masukkan cili merah yg dibelah.jika maukan pedas bolehlah dimasukkan cili api yg dititik.
akhir sekali masukkan ikan haruan..
siap utk dimkn.









Tuesday, September 11, 2018

Resepi Fruits Pastry Cake yang sedap




Assalamualaikum.
jom cuba kek viral yg berlegar2 difb dan ig sekarang.
resepi dari rakan fb Ainie Syeema . serius kek ni sangat sedap ... gabungan kek dan buah2an sangat2 mengasyikkan dalam setiap kunyahan ...



Resepi Fruits Pastry Cake
Bahan :
100gm butter -  tak lembik tak keras sedang2 saje 
160gm gula kastor
100gm sour cream atau plain yogurt
3 biji telor
1 tsp vanila essence
1 tsp parutan lemon (akak guna 1 sudu besar)
210gm tepung gandum ayak
1 tsp baking powder ayak bersama

buahan2 citrus - strawberry, peach, plum, blueberry, kiwi - basuh bersih


caranya
1. Pukul butter dan gula kastor sehingga creamy (bertukar warna putih)
2. Masukkan telor satu persatu pukul sehingga sebati sahaja tak perlu lama
3. Masukkan pula vanila essence dan parutan lemon kacau lagi guna spatula sahaja 
4. Tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dimasukkan sedikit demi sedikit guna spatula kaup balik sahaja sehingga sebati dan akhir sekali baru masukkan sour cream dan kacau sebati.. tuang ke atas loyang 8 inci yang telah diglis dan dilapik dgn parchment paper.
5. sebelum tu panaskan oven api atas bawah suhu 160c selama 15 minit 
6. Bakar lebih kurang 45 - 60 minit, boleh test dgn cucuk lidi pada kek.
7. kek dah sejuk boleh tabur snow powder atasnya..








Resepi Kari Ayam Tanpa Santan yang sedap




Assalamualaikum.
kali ini Mas nak share satu resepi kari ayam tanpa santan ...ala2 kari ala mamak kata orang .... boleh tahan lazatnya dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan ... juga baik untuk kesihatan sebab tidak diletakkan santan ...  jom cuba pulak resepi lazat ini .


Resepi : Kari Ayam Tanpa Santan
Oleh :Mas Duniaku 


Bahan-bahan : 
1 ekor ayam dipotong kecil 
2 peket kecil rempah kari  
1 sudu besar kunyit 
Rempah 4 sekawan
 1 labu bawang besar dimayang (untuk tumis) 
Daun kari 
Air secukupnya (anggaran 3 cawan) 
Minyak untuk menumis
 Garam dan secukup rasa 

Bahan kisar :
1 labu bawang besar
 halia sebesar ibu jari 
3 ulas bawang putih 

Bahan lain :
Ubi kentang 
Buah tomato 
Cabai hijau

Cara penyediaan : 
1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. 
Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari. Bila telah harum, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar, masukkan sedikit air panas ( agak2 dlm 1/4 cawan ), kacau hingga rempah pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam kecut sedikit, masukkan pulak kentang, gaul sebati dengan api perlahan. 
3. biarkan dalam 5 minit sambil2 kacau sesekali untuk mengelak hangit. 
4. Tambahkan air, secukup rasa dan sedikit garam.. Bila kentang dan ayam mulai empuk, masukkan buah tomato dan cabai hijau. 
5. Kacau sebati dan biarkan dalam 3 minit dan baru matikan api. Sedia dihidang. 




Sunday, August 19, 2018

Resipi ayam goreng korea yang sedap





Assalamualaikum.
untuk peminat ayam goreng korea ... cuba la try resipi ini ... simple dan sedap ... bahan2nya pun mudah dicari ... 
selamat mencuba


Korea spicy chicken

Cara :
- gaul sebati 5 ketul kepak ayam dengan 2 biji bawang putih ditumbuk halus + 1 sudu besar sos tiram Maggi + 1 sudu kecil secukup rasa + 1 sudu kecil serbuk lada sulah. Perap selama 20 minit.
- kemudian satukan tepung jagung + tepung kastard + tepung gandum = sukatan sama banyak, gaul sebati.
- pecahkan sebiji telur pada perapan ayam tadi, gaul sebati, kemudian salutkan pada tepung yg telah di satukan tadi... Goreng hingga masak.. Toskan

Bahan sos

- panaskan 2 sudu besar butter, masukkan 2 biji bawang putih + 1/2 inci halia yang ditumbuk halus, bila dah wangi.. Masukkan 1 sudu besar cili kering yg dikisar ( nk pedas letak lebih) , masak dlm 2 minit, api sederhana, kemudian masukkan 1 sudu besar sos tiram Maggi + 3 sudu besar sos cili + 2 sudu besar sos tomato + 2 sudu besar madu + 1 sudu besar secukup rasa.. Kacau sebati... Bila nampak sos pekat, dan rasa ok.. Baru masukkan ayam goreng tadi, gaul sebati, baru tabur bijan yg telah disangai....
Selamat mencuba 😘








Resipi Ayam masak kicap yang sedap





Assalamualaikum.
selamat bercuti buat semua ... 
jom try resipi ayam masak kicap my stye yang lazat hingga menjilat jari 
selamat mencuba 


Ayam goreng kicap
Resipi :
- lumurkan 1/2 ekor ayam dengan garam + kunyit, goreng dan ketepikan.
- kisar 2 biji bawang besar + 1/2 inci halia + 1 batang serai + 2 ulas bawang putih + Secubit jintan manis dan jintan putih.
- panaskan minyak, letakkan 1 batang kulit kayu manis + 2 biji bunga cengkih + 1 biji bunga lawang + 2 biji buah pala.. Kemudian masukkan bahan2 kisar tadi, Tumis hingga pecah minyak.. Masukkan 1/4 cawan kicap lemak manis + 1 sudu besar sos tiram Maggi + 6 biji cili padi + 1 biji bawang besar dibelah 6 dan sedikit air... Biarkan mendidih...
- masukkan ayam dan 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk .. Kacau rata.. Masukkan sedikit secukup rasa.. Biarkan ayam sebati dengan kuah dalam 5 minit dengan api sederhana... Taburkan daun bawang... Siapp






Friday, July 27, 2018

Resepi Acar timun mentah yang rangup... Confirm sedap




Assalamualaikum.
Mas nak share satu resepi acar timun yang sangat lazat... rangup lagi ....
resepinya Mas dapat dari blog kak Azie Kitchen, thanks kak ... Mas dah ulang banyak kali resepi ni ... memang terbaik 
Mas share disini pulak yerk 


Acar Timun Mentah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
1 botol cuka makan
1 kg dan 2 senduk gula pasir
Garam

Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.






Kurma telur yang sangat sedap .....mabeless




Assalamualaikum
jom kita layan resepi kurma telur yang lazat ni .... resepi dari ayah Mas sendiri ... gerenti puas hati .. selamat mencuba 

Resepi kurma telur

- rebus 3 biji telur dalam 8 minit, toskan dan kopek buang kulit, kemudian goreng hingga nampak telur keperangan. Ketepikan.
- kisar 2 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih + 1/2 inci halia + 3 biji - biji buah gajus mentah - belum dibakar, biasa org guna untuk buat biskut ( yg ada jual kt bakery) + 1/2 inci lengkuas.
- Tumis bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pala seketika, masukkan bahan2 kisar, kacau hingga naik bau.
- masukkan 1 paket rempah Kurma.. Kacau, kemudian masukkan 1/2 cawan air panas, kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan 1cawan air dan 2 biji kentang yg dipotong 4, masak hingga kentang hampir empuk dgn api sederhana.
- masukkan 2 biji cabai hijau dan 2 biji cabai merah yg dipatah dua, telur rebus yg sudah di goreng tadi, 1/2 cawan santan kotak, Secubit gula dan 1 sudu besar secukup rasa .. Masak dengan api perlahan dalam 15 minit atau hingga kentang empuk..
- last masukkan bancuhan tairu ( 2 sudu besar lemon + 4 sudu besar susu cair = biarkan seketika) baru masukkan dlm Kurma.. Kacau dan biarkan dlm 3 minit... Siap.. Selamat mencuba 😘




Resepi nasi tomato yang sedap





Assalamualaikum.
mood rajin mengupdate blog ...hahahahaha ...  jom Mas share resepi nasi tomato yang sentiasa menjadi pilihan Mas ... rasanya sangat sedap ... kalau masak nasi tomato ..sukatannya mesti lebih dari biasa sebab anak2 suka ulang makan ... 
jom mas share .. selamat mencuba yerk .

Resepi :

Bahan :
5 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
2 biji tomato - cincang 
1 tin sederhana tomato puri
2 sudu besarminyak sapi 
5 sudu besar minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) 
daun pandan disimpul
1 kotak kecik kismis
1 sendok kacang peas tin


bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia, Buah pelaga, Bunga cengkih, Kulit kayu manis, Bunga lawang dan tomato yang dicincang dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. 

2. Masukkan  tomato puri, kacau seketika, Masukkan beras yg sudah ditos tadi & daun pandan, kacau hingga beras nampak kering, baru masukkan air, susu cair, garam , kismis dan kacau sebati, n biarkan mendidih. 
3.Apabila nampak nasi hampir kering, taburkan kacang peas tin, perlahankan api, alas bawah periuk dengan tudung periuk, petua supaya nasi tak mudah hangit, tutup periuk dengan penutup, biarkan masak selama 20 minit.
4. kemudian, ambil garfu untuk gemburkan nasi tadi, jika sudah elok masak, boleh tutup api .

5. jika menggunakan rice cooker, boleh tumis guna periuk rice cooker, apabila sudah masukkan air dan susu cair, biarkan mendidih, baru alihkan kedalam periuk rice cooker dan masak seperti biasa memasak menggunakan rice cooker.







Wednesday, July 25, 2018

Resepi siakap stim taucu yang sangat sedap dan mudah dimasak






Assalamualaikum 
Alhamdulillah .... berkesempatan menjenguk blog kesayangan .... rupanya lama dah kan tak update  ... jom layan siakap stim taucu yang sangat lazat hingga menjilat jari ... sumpah tak tipu ... selamat mencuba yerk 

Resepi siakap stim taucu

cara memasak :
- cuci bersih2 siakap.. Potong butterfly jika pandai.. Terus kukus selama 10 minit.
- sementara siakap di kukus... Siapkan sosnya..
-Tumbuk halus 3 biji bawang putih, potong nipis halia dalam 1/2 inci , cincang halus 2 biji bawang merah, potong halus cili padi ikut pedas dan tumis hingga nampak keperangan.. .
- kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram Maggi, 1 sudu kecik sos ikan, 1 sudu besar taucu manis, 1 sudu besar gula pasir dan 1 sudu besar jus lemon , kacau sebati dan boleh terus tuang keatas siakap yg tengah kukus tadi. ... 
- biarkan dlm 5 minit, tabur daun bawang.. Tutup balik dlm seminit.. Siappp 😍😋




nampak tak ..... seram pulak tengok ... hahahaha ...
 finally licin juga kesudahan siakap ni