Search This Blog

Wednesday, August 24, 2016

Resepi Patin Tempoyak yang sedap




Patin Tempoyak 


Bahan :
1 ekor ikan patin saiz biasa 
10 - 15 biji cili padi - ikut pedas
1/2 inci kunyit hidup
1 senduk tempoyak
air agak2 tenggelam ikan patin
4 batang daun kesum
garam secukup rasa

😍
Cara memasak :-
~ Bersihkan ikan patin, kemudian rendamkan dengan perahan limau sekejap, toskan dan ketepikan dulu.
~ Tumbuk atau kisar cili padi & kunyit hidup. 
~ Masukkan bahan2 tumbuk & tempoyak dalam periuk, masukkan air agak2 tenggelam ikan nanti, biarkan mendidih.
~ Bila dah mendidih, masukkan ikan patin & daun kesum , biarkan seketika hingga ikan masak, masukkan juga garam secukup rasa sambil sekali kala kacau perlahan2 
~ tutup api bila ikan sudah masak, siap dinikmati bersama nasi putih 





Tuesday, August 23, 2016

Tempahan Kek Puding Karamel with deko











Kek Puding Karamel
Rm60

Untuk tempahan @ pertanyaan      
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505






Monday, August 22, 2016

Tempahan Pavlova



Pavlova 
Rm65



Untuk tempahan @ pertanyaan      
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505




Wednesday, August 17, 2016

Cendol pulut durian yang terbaik di Shah Alam





Assalamualaikum.
Dah lama tengok cendol durian ni viral di fb ... akhirnya, Mas dapat juga merasa... Alhamdulillah ... sedap sangat, rasanya yang secukup rasa membuatkan tiap suapan akan berterusan hingga ke titisan cendol yang terakhir ...pulutnya pun sedap ..lembut jerk .. Harga untuk semangkuk Rm13, klu tak nak pulut, Rm12 , untuk mangkuk besar yerk, memang puas makan, duriannya pun banyak. 
sebelum ni pernah beli cendol & kemudian letak durian sendiri disebabkan malas nak beratur panjang untuk mendapatkan cendol ni ...rasanya tak sama tau macam yang Mas makan ni .. hari pertama pergi, hari Ahad, memang Mas beratur dekat sejam baru dapat, jadi kali keduanya , Mas datang pada hari biasa, malam ... sekejap jerk dah dapat .. jadinya klu nak makan lagi, datanglah pada hari2 biasa yerk ..
mesti ada yang tertanya2 tempatnya dimana ..
Anda boleh dapatkannya di Medan Selera Delima Sek 24, ada pelbagai makanan2 lain yang boleh dinikmati ...jadi jika teringin mencuba, pergi la kesana yerk ..
Mas recommend (y) 








Thursday, August 11, 2016

Tempahan Apam Polkadot, Bee & Ladybird




Apam Polkadot filling blueberry
Rm20 / 50 pieces





Apam Bee & Laybird filling blueberry
Rm25 / 50 pieces




Untuk tempahan @ pertanyaan        
 Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505 




Sunday, August 7, 2016

Tempahan Sofea The First Birthday Cakes














Untuk tempahan @ pertanyaan        
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505



Tuesday, July 19, 2016

Tempahan Brownies Kedut



Brownies
Rm50 
saiz 10x10 inci




Untuk tempahan @ pertanyaan       
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505





Monday, July 18, 2016

Resepi Ketam Telur Masin yang sedap




Assalamualaikum.
Balik kampung dapat makan ketam telur masin masakan ayah yang sedap hingga menjilat jari ... Jadi belajar la buat sendiri bila terasa nak makan nanti...
Alhamdulillah ....Menjadi juga .... 


Ketam Telur Masin
Resepi : Mas Duniaku


Resepi :

~ Ketam 2 ekor - bersihkan, letak garam dan kunyit, goreng dan toskan.
~ Rebus 2 biji telur masin, ambil merahnya, lenyek2 , ketepikan ...boleh ambik putihnya juga ...asingkan sebelah.
~ Potong dadu 5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih , 4 biji cili padi dan 2 tangkai daun kari untuk menumis.

Cara :
~ Panaskan minyak, mas ltk butter sikit, tumis bahan2 yg dipotong dadu tdi, masukkan juga daun kari, tumis hingga garing & naik bau, masukkan telur masin yg merah yg telah dilenyek tdi ....kacau sebati, masukkan susu cair dlm 4 sudu besar, kacau sebati, masukkan garam atau kiub ikan bilis secukup rasa, masukkan ketam yang digoreng tdi, kacau sebati ,boleh letak juga telur masin yang putih tadi,gaul sebati, angkat dan boleh dihidangkan .









Saturday, July 16, 2016

Tempahan cream puff




Cream puff
Rm20 / box / 36 biji 




Untuk tempahan @ pertanyaan      
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505



Tuesday, July 12, 2016

Tempahan cheese tart



Mix cheese tart 
Rm25 / box / 25 pieces




Blueberry cheese tart 
Rm20 / box / 25 pieces





Untuk tempahan @ pertanyaan     
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505


Thursday, June 30, 2016

Biskut Samperit Susu yang sedap - cair dimulut




Assalamualaikum.
Antara biskut yang paling hot beberapa tahun lepas ...
masih mendapat permintaan tinggi tahun ini .. Alhamdulillah
teksturnya yang melting sangat asyik dimakan ..
Mas share lagi resepinya disini .. sedikit olahan untuk rasa manis yang just nice , sedang2 sahaja manisnya  
sebab untuk resepi sebelum ini,biskut ini agak manis 
selamat mencuba 


Resepi Biskut Semperit Susu 

Bahan:
 180g susu pekat manis 
250g butter - suhu bilik, butter tu lembut sedikit dah ok, tapi jangan lembik, nanti biskut berminyak
 460g tepung jagung cap bintang  - just nice doh untuk dipicit nanti


Cara: 
1. Kacau sebati susu pekat manis dan butter menggunakan senduk kayu. Tak perlu pukul sampai kembang, nnti biskut mengembang, tak cantik.

   Tip: 
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang. 

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati & doh tak melekit. My experience, 460g just nice untuk picit ke dalam acuan.  Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah di atasnya 
3. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C untuk 25 minit dengan api atas bawah.
4. sejukkan dahulu baru angkat dan simpan dalam balang.



Wednesday, June 29, 2016

Biskut Telur Rebus yang sedap - harus dicuba




Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua.
Untuk menambahkan lagi koleksi biskut2 raya, apa kata mencuba resepi biskut telur rebus ini, Alhamdulillah.. biskut ini ada peminatnya yang tersendiri tiap kali menjelang musim perayaan, 
keunikkan biskut ini apabila menggunakan kuning telur rebus dan tekstur biskut ini ringan dimulut dan rasa berkrim, 
jadi ... selamat mencuba yerk..



Biskut Telur Rebus  
Resepi : Mamajay  
Sumber : Noorsha  

Bahan² : 
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )  
1 1/2 cawan gula halus 
 2 cawan tepung gandum  
2 cawan tepung jagung maizena  
1 cawan tepung kastad  
2 cawan planta @ butter  
1 sudu kecil esen vanila  
 1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut 
badam hiris secukupnya untuk hiasan 


Cara² :  
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.  
2. Sebatikan. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.  
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.   
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.





Tuesday, June 28, 2016

Biskut Bangkit Cheese yang sedap



Assalamualaikum.
Antara koleksi biskut yang menjadi pilihan Mas, Biskut Bangkit Cheese yang sangat sedap ini, teksturnya yang gebu ringan dimulut amat asyik apabila dimakan .
Mas share lagi resepinya disini .
Selamat mencuba.


Bahan : 
250gm Mentega 
180gm Gula Aising 
2 biji Kuning Telur 
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min 
225g Tepung Jagung 
70g Parutan Keju Cheddar - utk letak dlm adunan 
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan 




CARA2:  
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk. 
2. Masukkan kuning telur ,kacau sebati, masukkan tepung ubi yang disanggar tdi dan parutan cheddar cheese, gaul sebati. 
3. masukkan tepung jagung sedikit2 dan uli hingga doh tak melekit ditangan. 
4. Canai , terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut. 
5. Bakar 160C 25 minit dengan api atas bawah.