Search This Blog

Wednesday, September 10, 2014

Aneka Tempahan



Kek Puding Karamel



Cream Puff 



Moist Choc Cupcake, Strawberi Cupcake & Vanilla Cupcake



Red Valvet Cake 



Snow Cheese Cake & Kek Puding Karamel



Apam Polkadot 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Tuesday, September 9, 2014

Aneka Tempahan



Bihun goreng singapore



Snow Cheese Cake



Choc Cream Puff 



Kek Marble



Blueberry Cheese Tart 



Apam Polkadot



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266

Monday, September 8, 2014

Resepi Sup Tulang yang sedap




Assalamualaikum.
Sup Tulang memang menjadi kegemaran keluarga Mas, tiap kali menyambut hari raya, mesti menjadi hidangan utama selain mee kari.... memang enak dimakan dengan sambal merah.
Untuk resepinya, simple dan semestinya sedap.
Jadi boleh rujuk resepinya dibawah yerk...
Selamat mencuba ...


Sup Tulang
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
Tulang - dibersihkan 
Halia
Bawang merah
Bawang Putih
Garam secukup rasa
Kiub Ikan Bilis - anggara 1 - 2 ketul 
sedikit serbuk lada sulah




Cara :
Rebus tulang hingga separuh lembut.
Keluarkan tulang . Air rebusan tulang tidak digunakan. Dibuang sbb penuh dengan lemak .
Bilas tulang dengan air sekali lalu. Toskan.
Masukkan tulang dalam periuk dan isi air yang baru dan rebus hingga mendidih.
Blend bawang merah, bawang putih ...
Masukan dalam periuk, masukkan halia yang dihiris juga.
Maukkan juga kiub ikan bilis dan garam secukup rasa.
Sedikit serbuk lada putih.
Masak hingga tulang empuk dan sedia dihidangkan .



Aneka Tempahan



Apam Polkadot 



Roti Jala & Kari Ayam



Snow Cheese Cake



Bluebery Cheese Tart



Choc Cream Puff



Mini Moist Choc Cupcake



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Sunday, September 7, 2014

Aneka Tempahan Kek



Moist Choc Cake Fottball Designt




Ana Muslim  Choc Cake



Snow Cheese Cake



Upin Ipin Red Valvet Cake



Kek Minyak



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Thursday, September 4, 2014

Talam Cendol




Assalamualaikum.
Buat penggemar2 kuih talam, boleh mencuba Talam Cendol yang sedap ni..
Untuk resepinya, Mas suka buat rujukan atau mencari resepi dari blog Kak Yati - Sinar Kehidupanku . Pelbagai resepi kuih2 talam boleh didapati diblog kak yatie ...tima kasih banyak2 yerk kak atas perkongsian resepi kuih2 talam yang mabeles ni.
Mas share resepinya disini ..
Tima kasih banyak2 juga pada tuan resepi Chef Asma ...


 Talam Cendol
Resepi : Chef Asma


Lapisan bawah :
Bahan A

200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula caster
1 s/k garam

Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
Satukan bhn bertanda (*) dan tapis kedlm periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.
Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
Kukus selama 25 minit
Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu


Lapisan Atas :
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 s/b tpng jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit




Aneka Tempahan



Frozen Rainbow Cake



Roti Jala & Kari Ayam 



Snow Cheese Cake



Blueberry Cheese Tart



Cream Puff



Kuih Serimuka 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Wednesday, September 3, 2014

Kek Marble Yang Gebu




Assalamualaikum.
Hasil godek2 dapur Kak Azie Kitchen, Mas terjumpa resepi kek marble yang sedap gebu ni.. Dah banyak kali buat dan ambil tempahan.
Mas share resepinya disini pulak yerk..


Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz / 227gm mentega
6 oz / 170gm tepung gandum
6 oz / 170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko - diayak (guna coklat emulco)




Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 




Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Tempahan Snow Cheese Cake



Snow Cheese Cake Saiz 7 - RM55



Snow Cheese Cake Saiz 9 - RM70



Snow Cheese Cake Saiz 7 & Saiz 9 



Snow Cheese Cake Saiz 9 - RM70



Snow Cheese Cake Saiz 7 - RM55



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266

Tuesday, September 2, 2014

Resepi Kuah Kacang @ Kuah Satay yang sedap





Assalamualaikum.
Kuah Kacang yang sangat sedap pada Mas..
TQ pada Kak Fida @ MyResepi atas perkongsian resepi yang sedapp ni.
Dah banyak kali Mas menggunakan resepi ni.. jadi Mas share lagi disini untuk rujukan semua ....


Kuah Kacang @ Kuah Satay


Bahan :
300 gm kacang tanah - sangar dan kisar 
100 gm gula pasir
150 gm gula merah
40 gm asam jawa
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan minyak masak  - untuk menumis

Bahan kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - sangar
1 sudu kecil jintan kasar - sangar
1 sudu kecil jintan halus - sangar
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - hiris
20 gm udang kering




Cara membuatnya :
1 - Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2 - Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.
3 - Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk...
4 - Selamat mencuba....


Update : 
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit2 air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu...kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..


Aneka Tempahan



Princess Cake 




Snow Cheese Cake 



Cream Puff Choc



Kuih Lapis Pelangi & Kuih Lapis 



Apam Polkadot


Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Monday, September 1, 2014

Resepi Sate Ayam Yang Sedap




Assalamualaikum.
First time Mas buat sendiri sate ....
Gara2 frust dengan sate yang dibeli .. akhirnya merajinkan diri buat sendiri.
Alhamdulillah.. sedapp... cukup rasa dan dagingnya berjus dan garing walaupun dibakar dalam pemanggang ajaib..
Memang lepas ni akan buat lagi ...
Untuk resepinya... Mas share disini...


 Sate Ayam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ayam - diambil bahagian isi dan tulang - dipotong2 kecil2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan teh gula pasir - resepi ni memang menggunakan banyak gula
5 sudu besar madu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih


Cara :
Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. 
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
Tuang madu dan sebatikan lagi. 
Perap 24 jam .
Boleh dicucuk2 pada lidi dan dibakar hingga masak.