Search This Blog

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN


ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak yang menjelang tiba, InsyaAllah esok. Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya ,Jadi Mas memohon ampun maaf jika ada kesilapan yang buat ada yang terasa hati. Moga amalan kita semua diterima Allah. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua... 

NASI GORENG RENDANG



Rendang tengahari semalam masih ada sikit lagi dan Ain ngan Daniel nak nasi goreng, sayang pulak tengok isi ayam rendang tu, jadi Mas lerai2kan isi ayam rendang dan jadikan bahan untuk nasi goreng...sedap tau....

Bahan :
  • nasi putih
  • bawang putih - ditumbuk
  • bawang merah - hiris halus
  • rendang ayam / daging - lerai2kan  isi ayam / daging
  • sedikit kiub ikan bilis - hancurkan dan gaul dengan nasi putih
  • sedikit lada putih
  • telur 
Cara memasak :
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan isi ayam / daging dan sedikit rendang, kacau sebati, pecahkan telur dan kacau sikit dan masukkan nasi putih yang telah digaul dengan kiub ikan bilis dan serbuk lada putih, kacau lagi hingga semuanya sebati dan tutup api. Sedia dimakan, jika hendak pedas bolehlah ditabur cili padi yang dihiris atas nasi...


Monday, August 9, 2010

Cencaru Budu



Masak lauk untuk petang semalam, simple jer, Mas ngan anak2 jer yang makan, suami Mas tak de, keje shift malam...makan cencaru budu ni dengan nasi panas dan bayam lemak putih...sedap tau..lagi pun Mas sorang jer yang makan budu ni...Ain ngan Daniel macam biasa jer..makan ikan kembung goreng ngan bayam lemak putih, biasa la, tekak ni kalau makan mesti nak pedas2... yang kat bawah ni budu yang Mas buat sebelum disiramkan keatas ikan cencaru....baru meresap dalam isi ikan... 


Cencaru Budu
Bahan :
  • ikan cencaru - ikan lain pun boleh
  • budu
  • bawang besar - hiris nipis
  • cili padi - tumbuk
  • jus limau nipis
Cara membuatnya :
- Lumur ikan cencaru dengan garam dan kunyit dan goreng garing. Ketepikan. Masukkan bawang besar yang dihiris2 nipis kedalam mangkuk dan ramas2 sikit bawang tu, kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk  dan jus air limau nipis, sebatikan, masukkan budu dan sebatikan lagi. Kemudian tuang keatas ikan cencaru yang telah digoreng tadi. Sedap dimakan dengan nasi panas....




Sunday, August 8, 2010

Donut Pisang



Ni kes nak menghabiskan pisang kat dapur tu yang dah nazak sangat...Ain ngan Daniel kalau kulit pisang tu dah macam nak kecut dah tak nak makan....nak pisang yang segar jer....jadi Mas buat Donut Pisang....kebetulan nampak kat dapur Izah ari tu....memang betul kata Izah, rasanya seakan2 cokodok pisang tapi cokodok yang gebu....ha..ha..yang kelakarnya Ain ngan Daniel berbisik2  lepas tu tanya Mas kenapa Donut ni rasa pisang....muahaaa...Mas pun cakap sebab nama donut ni Donut Pisang...mesti la rasa pisang...maceh yer Izah resepi donut ni...resepi asal Izah cakap dari Kak Rima, maceh juga yer kak...    
                         
Donut  Pisang
Copy :Kak Rima
Copy : Izah 
Bahan :
  • 100g tepung kek
  • 400g tepung roti
  • 100g gula halus
  • 11g yis segera / sepeket
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh bread improver - mas tak letak
  • 100ml air
  • 3 biji kuning telur
  • 100g butter
  • 300g pisang lecek ( kurangkan sikit kpd 200g - terpulang pd keranuman pisang )
Cara membuatnya :
  1. Ayak kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan. 
  2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh air. Kacau rata. 
  3. Masukkan pula pisang dilecekm dan gaul lagi . Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh tambah lagi air.
  4. Biarkan doh selama 20 minit @ sehingga 2 kali ganda.
  5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan  menjadi donut. Biarkan selama 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan dengfan api sederhana. Taburkan gula atas donut.
Note : Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit . Selamat mencuba...



Saturday, August 7, 2010

Cendawan Goreng Dengan Telur



Assalamualaikum. First time tau Mas buat Cendawan goreng dengan telur ni...memang sedap...resepi asal dari dapur CikManggis tergoda lak nengok telur goreng cendawamn cikmanggis tu...rasanya kalau ratah macam tu jer pun sedap, 

Cendawan Goreng Dengan Telur
Sumber : CikManggis
Bahan:
  • cendawan - carik2kan
  • 3 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar - hiris halus
  • cili padi - hiris2 halus
  • garam dan serbuk perasa
Cara memasak :

  • Satukan semua bahan dan masak seperti memasak telur dadar....


Asam Pedas Minang



Terliur tengok ari tu kat dapur Izah, jadi bila Mas nampak ikan pari segar kat Tesco semalam  Mas terus ambik , nak buat Asam Pedas Minang.....ha..ha..memang sedap...rasanya lain sikit bila letak ikan bilis....lebih sedap...Daniel pun suka...sampai banjir pinggan tu dengan kuah asam pedas....

Asam Pedas Minang
Copy : Izah dan asal dari  Kak Liza Mesra. net

Bahan2 :
  • 6 ekor ikan kembung / ikan kerisi / ikan cencaru - mas pun guna ikan pari
  • 15 tangkai cili kering - dikisar
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sejemput ikan bilis - dikisar
  • lada hitam - tumbuk halus
  • air asam jawa
  • daun kesum / bunga kantan / lobask asin ( rendam dgn air panas dulu ) / tomato / bendi / terung
  • ***** semua bahan kisar boleh dikisar sekali
Cara memasak :
 - Panaskan minyak, masukkan bahan2 kisar , bila sudah pecah minyak masukkan air asam jawa ( agak2 ) . Bila dah mendidih boleh masukkan ikan  dan sayur2 tadi ( mas letak daun kesum dan bendi ) , bila mendidih masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa.



Friday, August 6, 2010

MUFFIN DURIAN



Masa selongkar dapur Kak Hana nampak Muffin Durian, jadi bila dah ada durian Mas try buat Muffin Durian  ni, memang sedap...gebu tau muffin ni...rasanya dah ramai yang buat Mufin Durian ni..kata Kak Hana resepi asal dari Che Mat Gebu, maceh yer Kak Hana dan Che Mat Gebu....

MUFFIN DURIAN
Copy : Kak Hana dan juga Che Mat Gebu

Bahan-bahan
  • 125 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
  • 20 ml susu segar
  • 70 g isi durian
  • 30 g hazelnut, dicincang kasar - mas tak letak

Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Thursday, August 5, 2010

Jus Apple Hijau Dan Sunquits



Assalamualaikum. Meh layan Jus Apple Hijau dan Sunquick ni...memang sedap...kalau nak makan macam tu jer rasanya tak habis sebiji, ngilu rasanya masa gigit buah tu...lagi pun rasanya kan masam sikit...lebih sedap dibuat jus....

Jus Apple Hijau Dan Sunquits
Resepi : MasDuniaku
Bahan ( untuk segelas ) :
  • 2 biji apple hijau - buang kulit dan belah2
  • air sejuk dalam peti ais - agak2 untuk gelas
  • sedikit gula
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • ais
Cara membuatnya :

  • Masukkan apple hijau, air sejuk dalam peti ais, gula dan oren sunquick dalam balang pengisar dan kisar halus.
  • Tuang kedalam gelas dan masukkan ais. Sedia diminum...         
                                                                                     

Keli Goreng Sambal Tempoyak



Ari tu nampak kat dapur Che Mat Gebu, Kembung Goreng Sambal Tempoyak, terliur dibuatnya...tapi Mas tukar dengan ikan keli..jangan marah ye Che Mat, Mas derhaka sikit...minta ampon yer..ha..ha..memang sedap....Mas makan dengan nasi panas dan kangkung goreng belacan jer...perh...sedap sangat...

Keli Goreng Sambal Tempoyak
Copy : Che Mat Gebu

Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa / air limau nipis
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus
  • 2 batang serai - hiris serong kasar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang kecil bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 25 biji cili padi siam merah *
  • 1 camca besar penuh tempoyak
  • 3 keping asam gelugor 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
Cara membuatnya :
  1. Ikan keli dicuci bersih dengan asam jawa / air limau nipis, kemudian lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 ( tidak terlalu garing ) angkat dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda ( * ), kemudian masukkan serai yang dihiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk tadi hingga bau harum, kemudian masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas.

Wednesday, August 4, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE



Kek untuk Birthday Ain semalam...Mas buat Moist Chocolate Cake sebab Marble Banana Muffin yang Mas buat  untuk kawan2 sekolah Kafa Ain dah abis, jadi untuk kasi kat jiran2, kena la Mas buat lain..Ain nak kek coklat, jadi inilah hasil dari selongkar dapur Izah dan Kak Yatie, Mas jumpa resepi kek coklat ni..bahan2 pun ada kat rumah, jadi petang semalam Mas lancarkan projek kek coklat ni...sedap tau dan topping kek ni pun simple jer, tak guna coklat masakan....tetap sedap....rasanya kalau simpan dalam peti ais lagi sedap dimakan...  

Moist Chocolate Cake
Copy : Kak Yatie dan boleh juga tengok kat dapur Izah  
Bahan2 ( loyang 9x9 in / 8x8 in ) :
  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit garam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan air panas didih
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil nescafe*
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 sudu kecil baking soda*
  • 1 sudu kecil baking powder*     -bahan2 bertanda* diayak-
Cara membuatnya :
  1. Ayak bahan2 bertanda* dan ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan esen vanila, garam dan minyak . Pukul lagi.
  3. Masukkan susu segar dan air panas didih, pukul lagi kemudian masukkan tepung dan bahan2 ayak tadi, gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain supaya air tak menitis atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dengan api sederhana.
  5. Sapu loyang dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak ( Mas guna bekas kek non-stik tak payah sapu butter terus tuang adunan ). Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. 
  6. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.
  7. Kalau suka bolehlah disapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2

Bahan Topping :
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar minyak jagung / minyak masak
  • 1/2 cawan serbuk koko
Cara membuatnya :
  1. Campurkan susu pekat manis, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan sentiasa kacau dengan whisker dan masukkan esen vanila dan kacau lagi. Bila pekat dan berkilat ( dalam 10 minit ) tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yang telah sejuk.  - Mas biarkan suam dan tuang atas kek
  2. Kek ni boleh juga dibuat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yang dialas kertas muffin / cupcake. Selamat Mencuba....

Tuesday, August 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY NURUL AIN NATASYA



Ari ni 03 0gos 2010 genaplah umur Ain 9 tahun...tak terasa kejap betul masa berlalu...Ain dah 9 tahun dah...Selamat Hari Jadi Ain, moga anak mak ni sihat selalu, dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki, menjadi anak yang solehah dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu, kami semua sayanggg... Ain.



Ni muffin yang Mas buat untuk Ain bawa kesekolah kafa...


Monday, August 2, 2010

Agar2 Milo




Assalamualaikum. 
Dah lama Mas nampak Agar2  Milo ni kat dapur Kak Ummi, baru semalam Mas sempat buat...rasanya semalam CMG pun buat juga....hmmmmm.....sedap tau Agar2 Milo ni...Rasa susu berselang dengan milo memang best....nyamannn jerk masuk ke tekak...Ain ngan Daniel pun suka...memang asyik makan sambil tengok tv...


Agar2  Milo
Resepi : jthorge
Sumber :  Kak Ummi dan CMG

Bahan :
  lapisan coklat 
8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
1 3/4 cawan air 
1/3 cawan gula
3/4 cawan serbuk Milo

Cara membuatnya :
Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.




Bahan :
 Lapisan Susu 
10 gm agar-agar tali - basuh dan toskan
1 1/2 cawan air 
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat Ideal @ Carnation
beberapa titis esen vanila

Cara membuatnya :
Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
Masukkan susu sejat dan esen vanila.
Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. 
Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.


Sunday, August 1, 2010

NASI GORENG BELACAN


Pagi ni sarapan Nasi Goreng Belacan, ada nasi lebih malam tadi, jadi Mas buat nasi goreng, lagi pun suami kerja pagi ni...Mas makan dengan Ain dan Daniel jer....kalau tak kami dah kat Pasar Tani dah pagi2 macam ni..minggu depan baru pergi pasar tani...ari ni melepak kat rumah....

NASI GORENG BELACAN
Bahan-bahan :
  • nasi untuk 3 orang makan
  • isi ayam
  • *10 tangkai cili merah
  • *3 ulas bawang putih
  • * 6 biji bawang merah
  • *1 sudu besar udang kering - rendam kejap ,toskan
  • *2 inci belacan bakar
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
  • 1 cawan ikan bilis goreng(terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi)
Cara-cara
  • Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.Masukkan sos tiram, isi ayam dan gaul rata. Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api. Siap dihidang panas bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng.