Search This Blog

Thursday, September 27, 2018

Resepi Nasi Ayam yang sedap




Assalamualaikum.
tetiba terasa nak makan nasi ayam ... jadi inilah menu lunch kami sekeluarga hari ini ...
Alhamdulillah ... berselera anak2 makan ... resepi dari ayah tersayang ..sangat sedap dan mudah ... 
jom mas share resepinya ...
selamat mencuba 


Nasi Ayam
Resepi : MasDuniaku 



Bahan 

Utk ayam 
~ bersihkan ayam ..kemudian keringkan sedikit dgn cara lapkan ayam dgn kain bersih .. 
Kemudian letakkan garam secukup masin,sedikit serbuk perasa, serbuk rempah rampai - ada jual ditesco ( boleh Google utk rujukan pic rempah tu ) dan sedikit pewarna merah jingga ( agak2 ayam tu nampak cantik merah ) 
Gaul sebati , baru masukkan madu , sukatan madu agak2 sebati semua ayam tu kena madu .. perap semalaman baru bakar dgn suhu 200'c , api atas bawah selama 1 jam .
NOTA ;
( rempah tu ada di jual di bahagian rempah di tesco, giant ) kalau tak de, boleh buat sendiri, campurkan serbuk jintan manis +serbuk buah pala +serbuk cengkih +serbuk kayu manis +serbuk ketumbar = sukatan sama banyak, satukan. Kemudian guna dalam 1 sudu besar sahaja. Lebihnya boleh disimpan.




Utk sambal merah 




~ kisar cili merah, cili padi jika suka pedas berapi ,sebiji bawang merah dan seulas bawang putih dan sedikit halia ... 
Tuang dlm periuk , masukkan juga sedikit sos cili dan sedikit jus lemon ...masukkan juga sedikit garam dan gula utk dapatkan rasa yg seimbang dan sedikit sup yg dimasak utk nasi ayam tadi ...masak hingga sambal nampak pekat ..


                                   Sambal hitam
~ kisar 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, dan 2 sudu besar taucu manis ( kalau guna taucu masin ..basuh dahulu taucu tu yerk ) ... Tuang ke dalam periuk, tambah 1/2 cawan sup dan masak hingga mendidih ..letakkan sedikit kicap lemak manis, sedikit sos tiram , kemudian masukkan bancuhan tepung jagung , agak2 sos nmpk pekat sedikit sukatannya ..biarkan seketika, rasa jika ok .. siap dihidang kan ...



Utk nasi 
~ basuh beras Basmathi, kemudian rendam dalam 15 minit ... Kemudian angkat dan toskan 
- rebus rangka ayam 10 minit ... air rebusan utk dimasukkan dlm beras nanti semasa masak nasi
Kisar bawang merah, bawang putih tanpa air ..letakkan sedikit minyak semasa kisar ...tuang ke dalam periuk, masukkan juga daun pandan dan halia yg diketuk dan sedikit marjerin dan sedikit minyak jika perlu .,.. bila dah wangi ... masukkan beras yg ditos tadi ...kacau hingga beras nampak kering ..baru masukkan sup yg direneh dgn tulang ayam tadi , sup ini juga diletakkan pd sambal hitam dan merah ... Letakkan garam secukup rasa .. dan masak hingga nasi masak macam biasa .


utk sup :
- kisar 1 biji bawang besar, sedikit halia dan 2 ulas bawang putih, tumis hingga wangi ..masukkan juga 1 bunjut sup ... tuang air dlm 3 cawan, masukkan juga rangka ayam atau ayam dlm beberapa ketul .. mas masukkan kaki ayam yg sudah direbus lembut.. sedap juga ... masak dlm 1/2 jam dgn api perlahan, letak serbuk perasa dan sedikit garam, juga sedikit serbuk lada sulah ... biarkan mendidih seketika ..jika rasa ok .. boleh tutup api 




Wednesday, September 19, 2018

Resepi Masak lomak cili padi kepala ikan salmon yang sangat sedap





Assalamualaikum.
kepala ikan salmon kebiasaannya dibuat sup atau kari ... apa kata cuba pulak dimasak masak lomak cili padi .... serius mas cakap .. sangat sedap .... 
kalau nak guna ekor atau isi salmon pun berbaloi ....
jadi selamat mencuba yerk 


Bahan bahan:
1 ketul kepala salmon - dibelah dua dan dicuci bersih dengan limau nipis
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair 
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau 
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan 
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara cara:

Masukkan bahan tumbuk dan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan juga asam keping.
bila dah mendidih, masukkan santan pekat, gula dan garam secukup rasa, masukkan juga kepala ikan salmon...
masak dengan api sederhana anggaran 10 minit atau ikan kelihatan masak
tabur daun kunyit yang dihiris halus. 
rasa kuah ..jika ok semuanya .. boleh tutup api 

jika nk letak pucuk ubi kayu ... rebus dahulu, toskan , baru masukkan sekali semasa masukkan santan cair ... 

selamat mencuba






Resepi Bingkang Tepung Beras yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Alhamdulillah ..akhirnya jumpa juga resepi bingkang tepung beras yang sangat sedap ... kuih legend begini memang menjadi kesukaan Mas ... teringat semasa Mas kecil ..arwah tok selalu buatkan ... alhamdulillah ...dapat juga mengubat rindu bila dapat membuatkan kuih kesukaan ....
selamat mencuba yerk ... kuih ini memang memerlukan sedikit kesabaran dalam membuatnya ..jadi jangan putus asa yerk ... berbaloi membuatnya .. percayalah 



Bingkang Tepung Beras

Bahan :
- 2 cawan tepung beras cap teratai
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan santan cair
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan susu segar full cream
- 2 helai daun pandan

Cara :
1- Panaskan oven pada suhu 180'c dengan api atas bawah. Biarkan oven panas sementara adunan siap.
2 - Sapukan Marjerin keliling loyang saiz 8 inci... Letakkan baking paper di dalam loyang dan sekeliling loyang.. Tujuannya supaya senang keluarkan bengkang nanti. 
3 - Campur semua bahan2 kecuali gula & daun pandan... Gaul sebati dan tapis ke dalam periuk atau kuali yang bersih.
4 - Baru masukkan gula pasir dan daun pandan... Kacau atas api perlahan sehingga adunan pekat seperti yogurt ( bila nampak adunan sudah pekat, terus tutup api yerk) baru keluarkan daun pandan tadi.... Jangan tinggal adunan yerk.. Sentiasa kacau perlahan2 supaya adunan tidak berbau hangit nanti.
5 - Tuang adunan yg sudah pekat tadi ke dalam loyang yg sudah diletakkan baking paper... Ratakan dengan menggoyang2 sedikit loyang..
6 - Masukkan ke dalam oven yang sudah panas tadi.. Pastikan jaring diletakkan dibahagian bawah sekali yerk..
7 - Bakar selama 2 jam dengan api atas bawah dengan suhu 180'c. Bengkang tepung beras ni memang perlu bakar lama yerk... 2 jam tempoh yang paling tepat.
8 - Selepas dibakar selama 2 jam... Bengkang semasa masih panas akan kelihatan bergoyang2 jika disentuh.. Jangan risau.. Ia akan cantik lembut setelah sejuk.. Jadi jangan berangan nak makan bengkang ini semasa masih panas.. Sila sabar sehingga sejuk dahulu... 
9 - Paling elok disejuk kan semalam ... Barulah keluarkan dari loyang dan boleh di potong untuk dihidangkan.


NOTA :
- ADA YANG BERTANYA BOLEH TAK JIKA NAK TUKAR DENGAN SANTAN KOTAK.. JAWAPAN SAYA BOLEH SAHAJA.. SUKATANYA
2 CAWAN SANTAN KOTAK + 2 CAWAN SUSU SEGAR FULL CREAM + 2 CAWAN AIR

- UNTUK TEPUNG BERAS... JIKA TIADA TEPUNG BERAS CAP TERATAI... BOLEH SAHAJA GUNA JENAMA LAIN.
HARAP JELAS PENJELASAN SAYA 😊
Selamat mencuba 😘






Tuesday, September 18, 2018

Ayam masak butter yang sedap




Assalamualaikum.
sedikit kelainan untuk menu lunch atau dinner .... ayam masak butter ... sumpah sedap ayam ni ... sebabnya selain rasa lemak2 butter dan cheese ... pedas cili padi amat membangkitkan selera .. anak2 mas suka sangat lauk begini ... Mas share resipinya disini .. selamat mencuba 



Ayam masak butter lazat 😋
Resipi :
2 keping dada ayam - potong kecik
2 sudu besar butter
Cili padi merah hijau ikut kepedasan yg diingini - potong halus 
1 slice cheese
1/2 cawan susu cair atau susu segar 
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit secukup rasa atau kiub ayam





Cara :
1 - gaul dada ayam yg di potong kecik2 tadi dengan garam dan lada sulah dan 1 biji putih telur ... Satukan tepung gandum + tepung kastard + tepung jagung. Sukatan sama banyak.. Kemudian dada ayam tadi di gaul rata dengan tepung2 yg telah di satukan rata tadi... Goreng garing dan toskan.
2 - masukkan butter dlm kuali... Bila dah cair.. Masukkan bawang putih yg ditumbuk tadi bersama daun kari dan cili padi yg di potong tadi.. Masak hingga naik bau wangi...
3 - masukkan 1/2 cawan susu cair atau susu segar, bila dah mendidih, masukkan cheese, sedikit secukup rasa atau kiub ayam.. Kacau sebentar.. Baru masukkan ayam yg digoreng tadi.. Gaul rata.. Siapp







Ayam goreng berempah yang sedap




Assalamualaikum.
repeat kali kedua sebenarnya membuat ayam goreng berempah yang sangat sedap ni.
asyik menguyah serdak2 yang ada tu ..lazat ..
jadi Mas share resepinya ... panduan untuk Mas mencari resepi juga sebenanya ,,hahahaha .. google jerk kan ..
selamat mencuba yerk  Ayam goreng berempah
Resipi :
1 ekor ayam - potong 10
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cili kering kisar
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa


Bahan kisar kasar :
4 barang serai
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup 

Bahan tumbuk halus :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

cara :
Gaul sebati semua bahan kisar, bahan tumbuk dengan serbuk kari + cili kisar + daun kari dan garam secukup rasa.
Perap semalaman dan goreng hingga masak.. Angkat sekali serdak2 dalam kuali tu.. Serdak2 itu sedap di makan dengan nasi atau di ratah begitu sahaja.
Selamat mencuba 😘







Thursday, September 13, 2018

Resepi Kurma Ayam yang sedap





Assalamualaikum.
Antara menu yang menjadi pilihan Mas sekeluarga. Kurma ayam .... memang akan berulang ulang anak-anak makan nasi .jadi Mas share resepi cara Mas masak ... moga memberi ilham untuk rakan2 semua ... selamat mencuba 


Bahan bahan:
1 ekor ayam - dipotong2
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 
2 biji ubi kentang 
Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
6 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
4 batang cili merah dan hijau - dipatah dua
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah saiz kecil atau ukuran dlm 1 jari panjangnya, buang kulit, kerat2 supaya senang dikisar


bahan tambahan :
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
+
100ml susu segar atau susu cair
= satukan dan biarkan seketika



Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

Masukkan bahan2 kisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. tambah sedikit air ...Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan juga cili merah hijau yang telah dipatah dua tadi. 

Akhir sekali, masukkan bahan tambahan yang telah disatukan tadi, kacau sebati. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.
selamat mencuba




Wednesday, September 12, 2018

Resipi Sambal Tumis Telur Yang sedap





Assalamualaikum.
Satu resepi yang simple ...penyelamat dikala kehabisan stok lauk pauk untuk dimasak ... sambal tumis telur ... sangat lazat 


Sambal tumis telur

Bahan bahan 
8 biji bawang merah atau 2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
Garam 
Gula
seckup rasa 
1 keping asam keping  
6 biji Telur - rebus, kupas & goreng 

Cara cara: 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kisar dan asam keping, kacau sebati dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 
kemudian masukkan garam dan secukup rasa.   
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 




Resepi Haruan masak cuka yang sedap




Assalamualaikum.
cuti baru2 ni ... adik ipar kasi ikan haruan yang boleh tahan juga besarnya ... jadi terus teringat sedapnya dibuat masak cuka .... lama juga tak makan ... jadi tanpa lengah2 ..... terus cuci ikan bersih2 ...potong2 dan terus siapkan masakan ini ....
Mas share disini resepi haruan masak cuka ..... selamat mencuba ... jika tak ada ikan haruan, boleh juga guna ikan2 lain...


 Haruan masak cuka

BAHAN2NYA;-
ikan haruan yg siap digoreng
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
seinci halia..dimayang.
sebiji cili merah.
cuka secukupnya..
gula serta garam.
secubit kunyit serbuk
air

BAHAN TUMIS;-
3 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
sedikit halia}
sedikit biji sawi

CARA2NYA;-
tumbuk bhn yg bertanda }
tumiskan semua bhn tumisan hingga naik baunya..
masukkan air secukupnya..
masukkan cuka gula dan garam serta secubit kunyit serbuk.
masukkan halia, bawang merah dan bawang putih sebiji2..jika besar belah 2.
masukkan cili merah yg dibelah.jika maukan pedas bolehlah dimasukkan cili api yg dititik.
akhir sekali masukkan ikan haruan..
siap utk dimkn.