Assalamualaikum.
Antara menu yang Mas selalu masak....kali ni Mas guna ayam pencen...hmmm..memang sangat best...suka masak kering2 gini .. mabelesss
Rendang Pedas Ayam
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
1/2 ekor ayam pencen
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci lengkuas - dikisar @ tumbuk halus
2 batang serai - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar @ tumbuk halus
1/2 sudu kecil garam kasar - dikisar @ tumbuk halus
3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk halus
cili kisar - ikut pedas
santan dari 1/2 biji kelapa
gula secukup rasa
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit
Cara memasak :
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.
Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam.
Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan ( santan tu dituang biar sampai ayam tenggelam ), cili kisar, kelapa parut dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Sentiasa kacau rendang semasa memasak agar rendang tak hangus. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus.
assalamualaikum ... ayam pencen mmg sesuai wat rendang sbb lama kena masak baru la nak lembut ... thanks sharing ...
ReplyDeleteMas, kalau cicah pulut kunen sodap neh...
ReplyDeleteok.. simpan sket.. saya bawa ketupat nak cicah jap lagi..ye..
ReplyDeleteperghhhhh sedap ni, kalau ada pulut kuning lagilah best...
ReplyDeleteayam ni kena rebus kasi empuk dlu x???
ReplyDeleteMak mertua saya dia carik2 aja daun kunyit tu, satu lg dia masukkan asam gelugur & kerisik sekali. Sbnrnya rendang ni blh dimasak dgn pelbagai resepi ikut citarasa sendiri, ada yg msukkn daun limau purut dll lg
ReplyDeleteNoraini, x pyh rbs aym kasi empuk dlu la, masuk sekali mcm resepi kt atas & biar dia masak empuk, angkat la, rasa dgg dia yg liat2 tu yg sdp.
ReplyDelete