Search This Blog

Monday, September 3, 2012

Rendang Daging




Assalamualaikum.
First time masak rendang daging yang guna rempah kurma...hmmm...boleh tahan juga sedappnya...hingga menjilat jari uuu....
Entry tertunggak sebenarnya...Rendang Daging yang digadingkan dengan Ketupat Palas...memang sedapp...tima kasih pada tuan resepi melati dari Myresepi. Tengok respon kat sana...ramai juga yang dah menerainya....


Rendang Daging

Bahan : 
1 kg daging - potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa - ambik santannya
garam
gula melaka @ gula
sedikit air asam jawa

Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 - 1/2cm halia
1 - 1/2cm lengkuas
15 - 20 biji cili kering

Bahan Mayang :
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit


Cara :
Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. 
Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak2 daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.


7 comments:

  1. Salam...nak cuba...nak cuba heee smlm beli dgg..hari ni dah dpt ider hee tq mas....suka rendang bsah2 cam ni..sure rasa sdp tu rempah kurma

    ReplyDelete
  2. Salam...
    mas,meleleh air liur tengok rendang daging ni...kena ada lemang n nasi impit..

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Mas.

    Salam lebaran ye Mas. Wah cam best jer tgk gambar tu. Nak try jugaklah.. Tq mas kongsi maklumat resepi ni...

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan, tak pernah buat dgn rempah kurma...nanti nak cuba...

    ReplyDelete
  5. kalau la ada lemang ke nasi impit ker mesti best nih..tgk kuah dia tuh sedapnya...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sedapnya kalau dapat cecah ngan lemang. Apa pun salam aidilfitri buat mas sekeluarga

    ReplyDelete
  7. salam kenal dear..sedap sgt nampak rendang ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.