Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, August 28, 2012

Ketupat Palas dan video cara membalutnya...




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya diucapkan buat semua ....
Curi masa sikit mengupdate blog...hmm..bunyi macam sibuk jerk kan...tidak la buzy mana pun..cuma masa ngadap laptop agak terbatas sikit....apa lagi Adam dah pandai nak main..rasa seronok sangat melayan kerenahnya....ngan suasana raya yang masih panas lagi ni...ada juga aktiviti berhari raya...esok lusa, InsyaAllah, nak balik rumah MIL pulak beraya...
Meh layan dulu Ketupat Palas dan cara membuatnya....balik Kedah baru2 ni..ambik resepi dari mak Mas, boleh dikongsi di sini ...Mas sertakan juga video cara2 membalut daun palas...ayah dan mak Mas siap buat berniaga ketupat palas tiap2 tahun tau...cuma tahun ni jerk tak buat atas faktor mak yang tak berapa sihat...jadi sudi2 la mencuba, buat yang mencari2 resepi Ketupat Palas....

Ketupat Palas
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo beras pulut
santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
daun palas




Cara :
Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
Sukat santan dari sebiji kelapa sama banyak dengan pulut. 
Tips : Mak Mas campur air kelapa masa perah kelapa parut tu.
Didihkan santan dalam periuk dengan api perlahan dan masukan garam secukupnya dan baru masukkan pulut. Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
Boleh terus balut pulut dengan daun palas. 
Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
Dah siap balut, gunting lebihan tangkai ketupat tu.
Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
Tuang air panas suku dari sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering. 
Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.

Nota :
Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.
Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.

Untuk daun palas :
 Pisahkan daun2 palas, anda perlu mengirai-ngirai daun palas terlebih dulu dan lepas tu pisahkan dan tarik daun2 palas tu. Boleh pilih daun yang cantik jerk untuk dijadikan  ketupat.
Kemudian gunting sikit bahagian hujung daun palas tu supaya nampak rata dan cantik, buka lipatan daun palas untuk melembutkan dan raut lurus dengan menggunakan tangan supaya habuk2 kat daun tu dikeluarkan. Gulung2 dulu daun palas tu baru lipat menjadi ketupat, cara begini untuk memudahkan kerja2 membalut Ketupat Palas


video

Mas sertakan video cara2 membalut Ketupat Palas...sila abaikan suara2 tu yerk..he3..tq pada ayah tersayang yang menjadi modelnya...


9 comments:

  1. salam lebaran buat mas n family...mas, kalau kita frozenkan ketupat tu kan, berapa lama blh tahan agaknya...sbb akk tak pernah lg frozenkan ketupat ni, harap mas sudi jawab ye....hihihii

    ReplyDelete
  2. To kak liza -

    salam lebaran juga buat akak sekeluarga...
    selalunya yg mas pernah buat...
    sebulan lebih masih ok lagi kak..
    senangkan bila terasa nak makan ketupat..
    tinggal rebuss jerk..

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran mas.
    Akk pun sllu tolong mak buat ketupat palas.
    Tp bila blik perlis akk tolong MIL akak balut ketupat ni. MIL akak gelak tgk kejadian balutan ketupat akk. Dia kata akk punya ketupat betina. Akak jakun hokey. Baru tau yg ketupat palas pun ada jantan betina. Hihihiii

    ReplyDelete
  4. Selamat hr raya mas...dl masa nenek aku sehat dia rajin wat tupat palas selain tupat nasik..lg satu dia suka wat burasak. Ko pnh dgr x. ..dr beras pulut juga ngan santan tp cr bungkus dia len...hehe...eh ko blik keratong ye? Nnti otw blik kl smula sggahla beraya ke PD... Aku tunggu taw :-)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya mas. Bundo tak pandai buat ketupat palas. TQ sebab ajar. Lenkali kalau anak mintak buatkan, insyaallah dah tahu dah hehe..

    ReplyDelete
  6. hehe..sllu FIL yg buat ni kat kpg.tgk org buat mcm senang.bila try asyik lah jadi tak betull..jadi betina lah ..wat malu je..last last tak nak buat.ehhehe

    ReplyDelete
  7. Mas, pandainya mas buat ketupan palas ni. Nampak lembut je yg gambar dah dibuka tu. Akak tak pernah buat ketupat palas ni tp di sini(kelate) mmg famous.. Pernah makan tapi akak suka yg ada inti serunding dan pulutnya tu tak keras sangat..Bila gigit lembut jer... Buatkan utk akak Mas...

    ReplyDelete
  8. kalau ketupat palas trganu lain ckit cara bungkusnya tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...