Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya diucapkan buat semua ....
Curi masa sikit mengupdate blog...hmm..bunyi macam sibuk jerk kan...tidak la buzy mana pun..cuma masa ngadap laptop agak terbatas sikit....apa lagi Adam dah pandai nak main..rasa seronok sangat melayan kerenahnya....ngan suasana raya yang masih panas lagi ni...ada juga aktiviti berhari raya...esok lusa, InsyaAllah, nak balik rumah MIL pulak beraya...
Meh layan dulu Ketupat Palas dan cara membuatnya....balik Kedah baru2 ni..ambik resepi dari mak Mas, boleh dikongsi di sini ...Mas sertakan juga video cara2 membalut daun palas...ayah dan mak Mas siap buat berniaga ketupat palas tiap2 tahun tau...cuma tahun ni jerk tak buat atas faktor mak yang tak berapa sihat...jadi sudi2 la mencuba, buat yang mencari2 resepi Ketupat Palas....
Ketupat Palas
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
1 kilo beras pulut
1 kilo beras pulut
santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
daun palas
Cara :
Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
Sukat santan dari sebiji kelapa sama banyak dengan pulut.
Tips : Mak Mas campur air kelapa masa perah kelapa parut tu.
Didihkan santan dalam periuk dengan api perlahan dan masukan garam secukupnya dan baru masukkan pulut. Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
Boleh terus balut pulut dengan daun palas.
Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
Dah siap balut, gunting lebihan tangkai ketupat tu.
Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
Tuang air panas suku dari sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering.
Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.
Nota :
Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.
Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.
Untuk daun palas :
Pisahkan daun2 palas, anda perlu mengirai-ngirai daun palas terlebih dulu dan lepas tu pisahkan dan tarik daun2 palas tu. Boleh pilih daun yang cantik jerk untuk dijadikan ketupat.
Kemudian gunting sikit bahagian hujung daun palas tu supaya nampak rata dan cantik, buka lipatan daun palas untuk melembutkan dan raut lurus dengan menggunakan tangan supaya habuk2 kat daun tu dikeluarkan. Gulung2 dulu daun palas tu baru lipat menjadi ketupat, cara begini untuk memudahkan kerja2 membalut Ketupat Palas.
Mas sertakan video cara2 membalut Ketupat Palas...sila abaikan suara2 tu yerk..he3..tq pada ayah tersayang yang menjadi modelnya...