Assalamualaikum.
Terpikat dengan resepi yang simple hasil olahan dari Noorsha, Mas pun menerai Biskut Dahlia pulak semalam. Alhamdulillah, resepi yang simple, senang dan menghasilkan biskut yang sangat sedappp.....bak kata Noorsha... Biskut Dahlia ni rasanya lemak2 manis hasil dari tambahan susu pekat manis dalam adunan dan mencair dalam mulut...sedappp sangat....Mas ikut cara Noorsha dengan cara menggaulkan bahan2 menggunakan senduk kayu jerk...senanggg
Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net
Sumber : Noorsha - 1001 Cerita 1001 Rasa
Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum *
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda * diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan
Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
salam mas...Raya mana tahun ni...biskut dahlia x silap kuih lama kan? rapuh dlm mulut tu yg sdp...cantik warna biskut ...
ReplyDeleteslh satu biskut wajib yg mesti ada.....sedap!
ReplyDeletejarang mkn kuih raya :)
ReplyDeletemy feveret. huhu.
ReplyDeletewaduhhhhh...dari awal ramadhan lagi akak berangan nak buat biskut dahlia ni, tapi tak terbuat2 gak..mentang2 senang dok tangguh je..last2 tak jadi buat..kih3...sedapkan biskut ni...
ReplyDeletebiskut dahlia memang sedap....
ReplyDeletekat umah 1 balang dah habis...order lagi 1.....
Assalamualaikum Mas :D
ReplyDeleteCantik dan rasanya juga sedap,
Kak Lin suka biskut ni...
Assalam mas, dh banyak buat kukis, nampak sedap n cantik sekuk dahlia tu..akk bab2 yg guna acuan tu yg payah sikit, tak berapa berseni hehe. Blk mana raya ni mas
ReplyDeletecantiknya dahlia Mas
ReplyDeletedahlia mmg wajib ada..:) kiranya kuih yg sentiasa digemari..sedapp:)
ReplyDeletex tahannya tengok warna kuning biskut. hanim mmg suka biskut ni
ReplyDeleteAssalamualaikum :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
Salam idil Fitri dan Maaf Zahir Batin Mas
ReplyDelete