Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

Ayam Bakar



Assalamualaikum. Meh layan Ayam bakar ari ni, ayam bakar ni moden sikit tau, bakar dalam microwave. Dalam 20 minit dah siap masak Anak - anak ngan suami memang suka ayam bakar, ye la...time cuti bila dapat berkumpul makan ramai - ramai  memang sedap.
Ayam ni Mas dah perap semalaman, supaya rasanya lebih meresap kedalam isi ayam. Baru sedap rasanya.


Ayam Bakar
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong 5
  • *2 batang serai - hiris
  • *1 labu bawang besar - hiris
  • *sedikit halia
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 sudu kecil garam
  • * 1 sudu kecil gula
  • *1/2 sudu serbuk perasa
  • *1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara memasak  :
  1.  Semua bahan yang bertanda * dikisar halus, sebatikan dengan ayam dan masukkan juga serbuk cili dan sos tiram. Perap 1 jam . Lebih lama perap lebih sedap rasanya.
  2. Susun dalam bekas dan bakar dalam microwave selama 20 minit dengan suhu tinggi. 
  3. Semasa membakar ayam dalam microware, pastikan sentiasa check ayam selang 5 minit supaya ayam tidak terlebih bakar, ni petua bakar ayam guna microware.

4 comments:

  1. salam mas..
    selamat dtg ke dunia bloging..semoga akan ramai lagi teman..terimakasih sudi follow akak..

    ReplyDelete
  2. tima kasih kak asmah, mas pun masih baru lagi,harap dapat tunjuk ajar dari akak

    ReplyDelete
  3. Salam Mas...
    tengok pinggan tu teringat set pinggan E-na kat mesia sebijik mcm mas punya..he he

    ReplyDelete
  4. wei...microwave bukan just untuk panaskan makanan jer???

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.