Assalamualaikum.
Kalau buat sambal sotong, Mas suka guna sotong2 yang comei2 ... tak payah potong bagai..masak jerk seekor2 ... hmm.. memang sedap.. baru terasa sotong tu..
Untuk resepi sambal, Mas suka guna resepi dari Kak Zalina Yahaya FB, simple dan hasilnya sangat sedap...cuma ambil masa sedikit memasak sambal tu.. insya Allah..berbaloi..
Sambal Udang
Resipi : Zalina Yahaya FB
Bahan A :
3 ulas bawang besaq (lebih pun tak pa)
5 ulas bawang putih (lebih pun tak pa)
Bahan B:
3 sudu besaq cili bo (saya tak kosa nak rebuih cabai kering pastu nak mesin plak..tak kosa)
Tips:
saya guna cili bo cap Maz (bukan sebab senior vice presiden saya nama kak Mas yea..tapi sebab saya TERDENGAR perbualan tokey-tokey kedai nasik lemak masa saya tengah beli barang runcit. Depa kata cili bo cap Maz ni merah dia cantik. Maka saya pun beli.
Bahan C:
Asam jawa (sebesar teloq kuning gred A - rendam angan ayaq)
BahanD:
1 camca besar gula
1 camca teh garam
(tak cukup tambah laa)
Bahan E :
Udang - Mas guna sotong
Cara memasak :
1. Hiris bawang. Tak yah nak buat rajin nak guna blender.
2. Tomih bawang. Minyak banyak sket pun tak pa. Biaq layu sket
3. Boh cili bo
4. Tutup kuali. Kacau sekali sekali sampai bawang hancur. Api slow. Memang lama sket...klu boring, sila layan FB
5. Bila bawang dah hancoq, boh la ayaq asam. Kacau lagi sampai pecah minyak
6. Boh perasa. Boh udang/sotong . Masak jngnlama yerk..agak2 sotong/udang masak dah cukup....
Siappppp
If anything, I love your cakap utara :)
ReplyDeleteIf anything, I love your cakap utara :)
ReplyDeleteSenang! Cuba buat jap lg
ReplyDelete