Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, July 27, 2012

Puding Roti Sos Kastard





Assalamualaikum.
Walaupun dah banyak kali Mas buat Puding Roti Sos Kastard nie, tak de salahkan nak ulang tayang lagi....puding yang sentiasa mendapat sambutan kat rumah, ada juga yang order ngan Mas puding nie dan Alhamdulillah, adik tu sampai mesej ucap terima kasih dan puji sedapppp......syukur rasanya kan bila masakan kita orang suka.
Untuk Puding Roti Sos Kastard kali ni, sajerk Mas try masukkan dalam cup, hadiah dari seorang akak blogger....rasa puding ni tetap sedap dan nampak cantik bila dalam cup tu...tak payah nak potong2...
Dah dapat satu idea, lain kali kalau nak jamu tetamu dengan Puding Roti Sos Kastard, boleh buat gini...tinggal tuangkan sos kastard jerk...tak payah potong2 ....senangkan....jadi kalau ada lebihan roti tu, buat la Puding Roti Sos Kastard nie....memang terbaikkkk


Puding Roti Sos Kastard
Sumber : Kak Hana, Izahdaut

Bahan :
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter - cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis




Cara :
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.




Untuk Sos Kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard - hana ltk 11/2 sb je..
2 sudu besar gula

Cara membuat kuah @ sos Kastard :
 Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.




16 comments:

  1. Salam kak mas! selamat pagiiiii!!! sos kastars kita suka tp kalau inti kastars kita tak suke ehehhe... sejak puasa ni kita belum buat dessert lagi sume kuih2 nasik2 pun gitu jugak buatkan org2 lain jer makanan yg berat2 ni, sbb kita nak mkn kuih2 jer tahun nii :D

    ReplyDelete
  2. Nice post. I went through the post I found it very informative and useful. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Salam Mas... meriah betul tengok kastard tu...

    ReplyDelete
  4. baru terfikir nak menghabis roti tu..kira-kira nak buat puding roti jg....

    ReplyDelete
  5. Ko memang mas!suka menyeksa batinku..hahaha.. tu kalo mkan sejuk2 memang asyik tu mas.. !lagi2 tang sos leleh tuh

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat puding roti...mesti lemak2 rasanya puding ni kak Mas?

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan Mas...mmg best puding tu, xdapat disangkal lg, tp akk klau kuih2 manis ni kurengg sikit, xtau la nape, tlg masak utk org je la...hihihii

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mas;
    Mesti sedap puding ni...kalau tak bubuh serbuk cinnamon tu boleh tak Mas?

    ReplyDelete
  9. Memang sedap puding roti sos kastard nikan, Mas..

    ReplyDelete
  10. Sedap...sedap...sedappppp....ulng tyg byk kali pun xpe sbb dah suka kan :-)

    ReplyDelete
  11. kak mas.. mmg terliur tun nengok nyer! tun pun buat ulang2 x jemu puding roti nih.. lagi2 kalau mkn time puding panas2 lagi, pastu tuang kastad yg sejuk.. fuhhh.. nikmat betul.

    ReplyDelete
  12. sedap..sedap..i loikee..xleh tenung lama2..krg terrrrrrrkurus pulak pose ini huhuuu..

    ReplyDelete
  13. DAH BUAT NI SEMALAM.. MEMANG SEDAP.. TQ

    ReplyDelete
  14. Urmmm..mcm sdp jer:-)
    Nanti nk try buat la

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan Mas.Puding roti sos kastard ini nampak sedap.Nak mencubanya buat berbuka puasa.Terima kasih Mas :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...