Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, July 28, 2012

Ayam Masak Kicap Kerisik




Assalamualaikum.
Lauk untuk berbuka semalam, Ayam Masak Kicap Kerisik. Menerai lagi resepi dari KakFida@myresepi.com yang senang dibuat dan sangat sedappppp.....hanya perlu hiris2 @ cincang bahan2 dan perap dengan ayam dan kemudian dimasak.....sangat mudahhh....tak rugi tau untuk mencuba resepi Kak Fida nie...Kak Yati - Sinar Kehidupanku pun dah menerainya dan mengakui kesedapan Ayam Masak Kicap Kerisik ni...memang terbaikkk

Ayam Masak Kicap Kerisik

Bahan :
 ( 8 - 10 orang )

1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil, bersihkan dan toskan
3 - 4 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
3 tangkai lada merah @ hijau *
3 batang serai **
1 ibu jari halia **
1/2 cawan pes cili kering
1/2 botol kicap manis @ pekat manis
sedikit belacan bakar
1/4 cawan air asam jawa
3 sudu besar penuh kerisik
garam, gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4 - 1/2 cawan minyak masak - untuk menumis


Cara :
Hiris halus bahan2 bertanda *
Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati. Perap 1/2 jam atau semalaman .
Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.
Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...
Selamat Mencuba... :)



15 comments:

  1. mmng mudah dan semestinya sedapkan ayam kicap kerisek ni Mas..kalau puasa menu kicaplah yg laku kat rumah akak ni...sedap....

    ReplyDelete
  2. dpt akk bygkn akan kesedapannya...bila di letak kerisik skali pandang mcm rendang plak jadinya..

    ReplyDelete
  3. Ada letak belacan pulak ye Mas? Pelik tu, masak kicap letak belacan. Tapi anak akak tu, asalkan hitam berkicap mmg kesukaan dia, apa ada hal belacan..

    ReplyDelete
  4. Salam Mas.baby dah besar??Nak kena buat jugak ni.Bulan2 puasa ni asyik cari apa yang nak dimasak.

    ReplyDelete
  5. To kak Yatie :

    kak yatie, ain ngan daniel pun suka masak kicap...
    memang suka sangat diaorang makan ayam masak kicap kerisik nie semalam...
    siap ulang masa sahur lagi..
    memang sedappp kan kak...

    ReplyDelete
  6. To Mas Sani,

    memang nampak macam rendang sebab bahan2nya dicincang @ dihiris2....
    tapi rasanya lebih pada masak kicap...
    memang sedappp sbb ada kerisik tu..
    try la dulu..
    baru boleh menilai sedapnya macam mana...he3
    tak rugi mencuba tau..

    ReplyDelete
  7. To kak ~~zana@pb~~ :

    akak..memang mas first time tengok resepi kak fida ni rasa pelik..
    tapi bila dah mencubanya...
    hhmmmmm...memang sedapppp
    kena cuba dulu kak..he3

    ReplyDelete
  8. To Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot :

    kak rose....
    alhamdulillah....esok Adam cukup 2 bulan...

    try la kak ayam masak kicap kerisik nie..
    sedappp tau.

    ReplyDelete
  9. Salam kak mas! kita mmg antu masak kicap kak :D eh, nanti ptg nak masakkan budak2 ni masak kicap lama sungguh tak masak kicap :D

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Mas;
    Nampak menyelerakan Ayam masak kicap ni...lg kalau kena dgn nasi panas..perhhhh bestnya...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Mas;
    Nampak menyelerakan Ayam masak kicap ni...lg kalau kena dgn nasi panas..perhhhh bestnya...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Mas;
    Nampak menyelerakan Ayam masak kicap ni...lg kalau kena dgn nasi panas..perhhhh bestnya...

    ReplyDelete
  13. wahhh macam menarik...stail masak pon sedap...nanti saya cuba ek kak mas...heheh

    ReplyDelete
  14. sedap tgk lauk mas ni..puding roti tu pun menarik dan nampak sedap sgt..sabar jer la nengoknya..:)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Mas, sihat ke...baby sihat? Weee baru kelmarin akak buat ayam masak kicap lada hitam style CMG, x posting pun lagik...hehehee. Mmg fav anak2 dan mak bapak sekali kat rumah akak ni, janji kena pedaskan sikit...Selamat Berpuasa Mas.. ^__^

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...