Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, April 18, 2012

Talapia Bakar Berempah Woku Lagiii....



Assalamualaikum.
Entah berapa kali Mas buat Talapia Bakar Berempah Woku nie....memang sedapp sangat....diikutkan, resepi asal Talapia Bakar Berempah Woku nie dari Majalah Sedap yang telah dikongsikan oleh Kak Ummi, maceh kak....muahhhh....dan menggunakan ikan siakap...tapi Mas lebih sukakan talapia merah...tetap mabelesssss....hingga menjilat jari kalau dah start makan ikan bakar nie...pada Mas, inilah resepi ikan bakar yang paling terbaikk...sape yang pernah merasa jerk yang tahu kesedapannya.....boleh lihat DISINI untuk entry sebelum ini...

Talapia Bakar Berempah Woku 

Bahan : 
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
2 sudu teh air perahan limau nipis 
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya 
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong  
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  1. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  1. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  1. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  1. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  1. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  1. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  1. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  1. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...




21 comments:

  1. mas....wahhhh tang isi ikan tu...walllahhhhh..sdapnyaaaaa...kita sukaa talapiaaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya, terasa-rasa lagi rasa talapia woku ni

    ReplyDelete
  3. Kak Mas laju2 erma datang bila nampak ikan bakar tu.. takut karang habis.. tak dapat erm anak merasa he he he... kak memang nampak menyelerakan.. insyaalah erma nak try masuk list kak.. tapi aper2 ikan ok kan kak? kat umah ader ikan kembung tu he he he

    ReplyDelete
  4. Salam Mas

    ishhh so yummy tengok isi ikan tu with the sambal..looks really menggoda, Mas

    ReplyDelete
  5. Salam Mas,
    Hmmmm..nampak menyelerakan.Mas nak tanya, daun selasih yg optional dipanggil apa ye?,ari tu ada terbaca, tp lupa pulak..

    ReplyDelete
  6. sedapnya talapia woku....
    lagi lama diperap lagi sedap..terasa segala bahan yang diperap..

    ReplyDelete
  7. tun pun suka makan talapia!!! terliur! nasib baik semalam baru bakar talapia jugak.

    ReplyDelete
  8. Assalam Mas, tu diaaa makyung nih, rajin sungguh laaaaa...ni membakar ikan pulak dah...Tapi ikan bakar berempah woku ni mmg terbaik pada akak, rasanya berbaloi2 dgn bahan yg nampak pelik asalnya kan...Betul lah tu, majalah Sedap kongsi resepi sedap2 jerk...majalah Jelita kongsi resepi yg jelita2 jer....wakakakaka.. *Mas, kat resepi tu sepatutnya tulis "sumber" la kan, bukan "resepi" hakak....hehehhee, nnt majalah Sedap saman pulak akak...hahaha

    ReplyDelete
  9. As'salam Mas

    K.ct tak pernah makan ikan talapia apa lagi ikan siakap, tapi kalau nak guna ikan merah okey tak Mas. Maklumlah ikan pelik bin ajaib ni payah sikit nak masuk tekak akak..hehehe

    ReplyDelete
  10. asslm Mas...mbangkitkan selera bile tgk ikan tu...lagi2 tgk isi ikan yang dh dicubit isinya tu...kalau gnti dgn siakap mesti lg sedap ni kan...hehehe...sbb QH ikan talapia ni xbpe gemar sgt...huby suka la...

    ReplyDelete
  11. Aku kalau buat ikan nih sah sah berselerak satu dapo sebab memacam bahan nyer tu. Hehee ... Lama dh tak makan ikan cam ni. Tunggu rajin dulu

    ReplyDelete
  12. resepi rempah ikan bakar ni memang sedappp.. cuma yang kasi potong stim bila makan tang hirisan daun2 yg byk tu jer... hehehe.. kalau buat mcm mas buat ni tak letak daun2 hiris memang bestlah... akak aritu buat semua daun hirisan tu dicampur ikut mcm resepi... terpaksa kuis2 masa mkn sbb daun pandan tu mcm kasar sangat nak ditelan.. hehehe...

    ReplyDelete
  13. Haha lawak toi kak izah nih,berselerak dapo ngan dak berdua ke sbb umi depa yg ralit wat mapin,hehe..Wah kak mas,siap tayang isi ikn ,fuhhh nmpak sedap tuh..Sy xpernh bli ikn talapia,xtaulah hb mkn ke x,huhu..

    ReplyDelete
  14. Salam Mas..emmm makan ngan nasi panas2 sedap ni

    ReplyDelete
  15. Tak tahan tengok isi ikan talapian nan putih melepak tu.... uwaaaa...tak boleh tengok lama-lama di sini! Kecur liurrrr

    ReplyDelete
  16. SAlam Mas... waduhh talapia lah pulak.. teringat masa di MCM kat tempat tinggal kami tu ada lake yang luas dan besar naa.. bukak aje sliding door depan tu aje.. so bila ada cuti tu... kami semua memancing ler... banyak sangat dapat ikan talapia.. segar dan sedap.. kami bakar macam tu je cicah dengan kuah asam.. ni ko bakor ler pulak wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh << nanges sebenarnya ni hehehhe

    ReplyDelete
  17. ~nyumnyuumm sedapnyaa kak Mas..mmg mkn ns xhingat dunia laa klu ada ikan bakar berempah woku nii :-)

    ReplyDelete
  18. Aduii Mas..geramnya gue tengok isi ikan bakar tu..haiii sedapnya..mari sini sikit..gue nak makan dengan nasi nanas..

    ReplyDelete
  19. Mas, akak mintak maaf bnyk2, rupanya akak tak follow mas lagi ye? Patutlah akak cari blog mas, nak letak dlm list akak takde...huhu...

    Ikan talapia susah nak jumpa kat sabah ni mas, akak kena mancing sendiri kot..hehe..

    ReplyDelete
  20. mas..................
    orang mengandung selalunya mudah kecur..
    nampaknya terbalik sudah.. hahahah..

    ko buat daku lapar

    ReplyDelete
  21. Mmg sedap rempah ni. kita suke!! dulu buat sekali mcm tak cukup nak melantak sorang2 ehehe.. ada ikan siakap tu nanti leh masak guna ikan siakap tuu, sedapnyer!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...