Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, March 19, 2012

Mee Rebus Cik Ani



Assalamualaikum.
Bersiaran lagi dan kali ni jomm layan Mee Rebus Cik Ani yang pada Mas salah satu resepi mee rebus yang harus dicuba....sedappp sangat...mee rebus ni dah lama Mas buat, pada hari yang sama Mas buat Roti Goreng Puree Kekedek tu..alang2 dah ada keledek kan..dan macam biasa, selalunya resepi mee rebus ni Mas dapat dari dapur  Kak Norhayati - Sinar Kehidupanku, dan kata Kak Yatie, resepi asal adalah dari Chef Wan...tapi Kak Yatie copy resepi dari Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih pada semua atas perkongsian resepi mee rebus yang mabeless ni..Mas kongsikan disini pulak yerk..

Mee Rebus Cik Ani
Resepi : Chef Wan

Bahan :
1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas -  dititik
1/3 cawan kacang tanah -  goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa 
kiub daging - Mas tambah



Cara memasak :
Untuk Kuah Mee Rebus : 
Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). 
Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. 
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. 
Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

Penyediaan Mee Rebus :
Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. 
Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. 
Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. 
Hidangkan segera...


16 comments:

  1. Salam kak mas! lamaaaaaaaaaaaaa sgt kita tak makan mee rebus! nak carik mee kuning lerrrr :D nak buat sendirik mee kuning mesin takde ehehe... sedap tuuuuu mee rebus! suke mkn telo rebus pastu letak bwg goreng byk2 :D kita nak semangkuk ya kak jap g nak g sepital :D

    ReplyDelete
  2. Mas, nampak sedap sangat... boleh buka warung mee rebus ni, Masssss...

    ReplyDelete
  3. Mas,kaw2 betul kuah mee tu..meleleh air liur tengok.

    ReplyDelete
  4. salam rindu dik mas cyng!.apa khabar? lama tak intai dapur mas ni. sedapnya tgk mee ni mas..nanti akak nk buat jugalah dah lama tak mkn mee kuah gini.

    ReplyDelete
  5. Salam k.mas...

    aduhhh....pekat likat kuahnya...terliuq tgk mee rebus akak..:))

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Mas.. sedap nyer mee rebus terliur tgk.. lama tak wat n masak mee rebus.. join sini lah he he he he

    ReplyDelete
  7. Terasa2 kuah tu kat lidah I karang! Heheh sedapnya Mas! ;)

    ReplyDelete
  8. Salam Mas

    alaihai menyelerakan sungguh sepinggan mee rebus tu..akak simpan resepi mee rebus ni dulu ya Mas :)

    ReplyDelete
  9. masss................
    rajinnya kawan aku nie...
    walau pregnant.. tetap memasak yang sedap..
    ayu kat sini meleleq air liur jerlah

    ReplyDelete
  10. sedapnya mee rebus...tapi kita kalau masak tak nak letak taucu sebab tak suka...hehehhe..pernah cuba resepi chef wan ni dulu...

    ReplyDelete
  11. Assalam Mas, apa kabor..sori la akak lama x jenguk, faham2 je la skrg ni..bz sikit...suam2 kuku je dah..hehe... keep updating k..take care...sementara tu, bak mai mee rebus che Mas laaa semangkuk..hehe

    ReplyDelete
  12. Aslmkm Mas. Sedap ni... macam mee jawa lak.

    ReplyDelete
  13. Massss.. Huhuhu dri smlm pc aku buat hal. Masuk blog ko je teett terus padam. Tah le napa.. Nak mintak lappy baru gamaknya.. Teeett. Haha.. Eh mas aku cam lapo mee rebus lak. Kalau dri tangan org lain yy memasaknya mmg aku suke. Cer ko masakkan tuk aku mas. Hehehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Mas,
    rajinnya adikku sorang ni...akak mmng suka kalau mee mcm ni...tu yg cuba resepi dari Chef Wan pulak..mmng sedapkan....tetiba mcm nak masak mee pulak..sejak2 ni malas nak makan nasilah..tu yg wat nasi minyak konon2nya..

    ReplyDelete
  15. Salam Mas...

    Sedap nyer Mee Rebus ada ltk daging.
    Kat spore ada jgk org jual mcm gini mmg sedap :P

    ReplyDelete
  16. rasa teringin kat me rebus ni, kuah elok pekat je..ssslsss..sedapnye adik Mas

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...