Search This Blog

Friday, March 2, 2012

Donut Kentang



Assalamualaikum.
Dah lama tak mendonut, jadi Mas buat Donut Kentang semalam..jadi teringin pulak nak makan donut bila tengok Kak Yati tayang hari tu...sebelum ni Mas pernah buat donut ni, tapi guna keledek..jadi kali ni try guna kentang ...tetap lembut gebu jerk donut ni...maceh pada tuan resepi Kak Nor atas resepi donut yang mabeles ni...suka sangat...

Donut Kentang 
Resepi : Kak Nor
Sumber : Kak Yati

Bahan :
500 gram tepung gandum
200 gram kentang @ keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam 
3 sudu besar marjerin @ butter
3 sudu besar gula
2 sudu kecil yis


Caranya :
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..


14 comments:

  1. Wah Mas...sana sini dok tayang donut..macam style ada.. akak suka arr donut :)

    ReplyDelete
  2. aku nak 4 ketoi yerk..sedapnya donat, dah lama BM gua bercuti...

    ReplyDelete
  3. aaa semlam pun aku mendonut jugak. haishh malas betul nak ngedit gambor. sesambil tu bagi aku yg frozen dlm peti es tu. sennag petang karang nak nyumbat dlm mulut budak2 ni. hehee

    ReplyDelete
  4. Chedapnya donat Mas!!! Mesti dah habis kan..Love terliur tengok..slurrppp! ;)

    ReplyDelete
  5. pagi td tun pun bekfes donat. donat labu yg buat aritu. defrostkan je, senang keje.. hihi...

    ps: kak, resepi asal dr kak ros JM, kak nor olah jd donat keledek =)

    ReplyDelete
  6. mas, resipi asal donut kentang tu milik ros, k.nor tukar ke donut keledek sbb k.nor guna keledek .. tp bila tengok resipi yg mas guna, tu resipi donut keledek yg akak dah olah :)

    ReplyDelete
  7. rajinnya mas..dah lama akak tak mendonut..asyik meroti je...hehe

    ReplyDelete
  8. assalam
    salam kenal Mas.
    "saranur74 blogsport..
    sedap donut terutama kalau yg lembut gebus macam Mas buat ni
    anak2 pun suka kan..

    ReplyDelete
  9. Salam Mas,penggemar donat sudah datang ni...mau tumpang makan skali..bole?

    ReplyDelete
  10. tiap2 hari makan donut yg lembut mcm ni pun takpe....mmng sedapkan..lagipun mudah..sentiasa ada stok je kat umah..he3...

    ReplyDelete
  11. Donut la resipi paling popular..sng pulak tu.

    ReplyDelete
  12. mas..kita resepi donut kak nor ni tak tau ler salin dalam buku resepi yg mana satu...hahahhah..dah lama salin tapi tak buat2 jugak lagik..haishhh

    ReplyDelete
  13. biasa guna keledek je, nak try la guna kentang. kat rumah semua hantu donut

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.