Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, March 30, 2012

Basic Bread : Garlic Finger Bread



Assalamualaikum.
Garlic Finger Bread ni la yang Mas gadingkan ngan Creamy Chicken Soup yang Mas entrykan semalam. Hmm...satu gabungan yang mantappp....memang best mencicah  Garlic Finger Bread ni ngan Creamy Chicken Soup....ni gara2 tergoda nengok Izahdaut tayang Rabu lepas la....wat meleleh air liur jerk nengoknya...Alhamdulillah...dah merasa dan berpuas hati...
Untuk adunan doh kali ni, Mas tukarkan bread softener dan bread improver ngan water roux ( jadi Mas kurangkan sukatan air tu ) untuk dapatkan roti yang lebih lembut gebu....Alhamdulillah...lembut gebu jerk Garlic Finger Bread Mas ni....seronok sangat...he3

Basic Bread Recipe
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)

Bahan A
500g tepung roti * Mas dan Izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional - Mas x letak
1 sk bread improver- optional - Mas x letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan
120g water roux

Bahan B
250ml air - Mas letak 170ml jer sbb Mas letak water roux
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur - Mas x letak

Resepi Water Roux
Bahan :
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara membuat water roux :
Masukan semua bahan di dalam periuk .
Kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)



Cara:
Gaul sebati bahan A
Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.
Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
Bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
Bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
Taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.



Garlic Spread
sumber: Kak Yatie @ Kak Madihaa

Bahan :
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Cara Izah Untuk Finger Garlic Bread :
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!





24 comments:

  1. salam mas..
    wahhh dah merebak roti nie kt dapur2 bloger..he heee gebu jew kan...tu ler tgok kt dapur izah..trus jtuh cinta..:)

    ReplyDelete
  2. mass... gebu naik tinggi betul roti ko.. memang nampak lawa tu. alhamdulillah .. gebu jugak guna wateroux kan. boleh la jadikan sumber rujukan yang tanya tak de bi & bs tu.. ko buat satu adunan ke? terkujat jap aku. hahaha

    ReplyDelete
  3. sane sini dh tyg roti bwg ni....tak boleh tahan lah ini mcm...kat peti ais akk de roti prancis, buh bwg putih dh jd roti bwg gak kan? hihihihi terliur dah tgk roti mas hah....

    ReplyDelete
  4. uwaaaa sana sini meroti...mmng sedapkan makan dngn creamy chiken soup tu....akak pun dah pernah buat gak sup mcm ni....kegemaran anak2..

    ReplyDelete
  5. Salam kak Mas,
    Kak, tinggi roti tu. nampak sangat fresh!
    Kak... hati saya dup dap jer. wa... nak breadmaker jugak! nak makan, tapi saya malas nak menguli. ;)

    ReplyDelete
  6. memang mantaplah roti ni... gabungan yg best giler.. haha..

    ReplyDelete
  7. Sah virus bertebaran serata alam dh ni...duh mas mmg terliur dik oi...

    ReplyDelete
  8. wah kt sini pon ade GFB jugak...mmg dh jd virus dh roti ni...nti nk try jugak la...xnk ketinggalan..hehehe...lembut n gebu betul la roti tu...suka tgk..

    ReplyDelete
  9. Salam kak mas!!! uuuwaaaaaaaa..kali ni kali ke 3 antar komennnnn tp kena tendang huhu.. ada kuar windows yg pelik sama mcm blog kak sheila tadi haish! nak mintak gerenti dah habis roti akak ni, nak majuk lah uhuhu.. Hari ni kita cuti buat roti, penat nak nguli ajerr :D

    ReplyDelete
  10. roti dr air tangan sendiri mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  11. wah kak mas guna water roux ek..saya maleh betul nak buat benda alah tuh heheheh

    ReplyDelete
  12. Salam mas...asz x pernah try lg guna WR...selalu gn bi n bs jer...cantik gebus rotinya mas:))

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum mas... Cantiknya roti yg mas buat nie... Naik gebu sgt.... Sukanya akak tgk kejadiannya... Rajin mas meroti...

    ReplyDelete
  14. Uihhh..sana sini org buat roti ni. Mas pun dah buat juga ye.. Rajin Mas. Tgh bawa si tenit dlm perut pun rajin projek2 mega di daput...

    ReplyDelete
  15. Assalam Mas, Apa khabar? lama tak singgah sini dh nampak lain dah dapur mas ni.cantik langsir baru.

    gebusnya roti mas ni..lama tak meroti bila nk rajin meroti tak taula...hehe

    ReplyDelete
  16. mas..kita memang suka roti ada garlic ni..tapi tak tau la bila kerajinan tu nak mai...hehhehe..sedapnya..suka..:)

    ReplyDelete
  17. akak dah salin resepi dah mas...bila lah nak start menguli?...huhu

    ReplyDelete
  18. Oh this looks lovely, been looking for a recipe for this! Greetings from the UK!

    ReplyDelete
  19. roti dr air tangan sendiri mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  20. The garlic bread looks delicious, must try this!

    ReplyDelete
  21. Come round Sue, we'll have a nice meal with garlic bread.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...