Search This Blog

Thursday, April 15, 2010

Kueteow Goreng



Hmmm...sedapnya...apa taknya, Mas memang minat sangat makan kueteow goreng. Memang dah jadi menu wajib tiap2 minggu. Jangan pelik pulak, rasanya semua orang ada makanan kesukaan ,betul tak,jadi apa salahnya kita kongsi cerita ,tapi kueteow goreng Mas guna kicap campur,jadi apa lagi, jom kita tengok bahan2nya....


Kueteow Goreng
Sumber : Mas Duniaku
Bahan:
  •  1/2 peket kueteow
  •  isi ayam ,udang basah
  •  tauge, sawi  -  ikut suka byk mana  
  •  2 sudu besar cili kering yg dikisar dengan 2 ulas bwng putih
  •  2 biji telur
  •  kicap campur
Bahan kicap campur :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuat kicap campur :
Masukkan semua bhn2 kedalam periuk.Kacau dengan api perlahan hingga sebati. Bila kicap campur sudah sejuk boleh disimpan didalam peti.   
Cara2 utk menggoreng kueteow:
Tumis cili hingga garing. masukkan isi ayam dan udang, bila dah masak, masukkan kueteow dan kicap campur,kacau hingga sebati. masukkan tauge,sawi dan telur. kacau hingga masak.jika kurang masin boleh tambah kicap campur.





3 comments:

  1. dulu suka kueteow.. sekarang? bukan x teringin tapi kalori tinggi tu.. tunggu arrr.. nanti pasti ku jamah :D

    ReplyDelete
  2. betul tu tinggi kalori,bak kata mas,makan sekadar alas perut,klu dh suka itu caranya,betul tak cikgu isza,

    ReplyDelete
  3. Salam, Feberet Yus jugak ni. Yus pun masuk kicap campur kalau msk kueteow ni tapi slalunya semua kicap tu Yus gaul2 kan jer, tak msk. Tapi hati ni rasa mronta2 lak nak mkn kueteow.. yummy!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.