Search This Blog

Tuesday, August 24, 2010

Rendang Tok




Assalamualaikum.
Rendang Tok ni asalnya rendang orang Perak. 
Mas belajar masak dari MIL, first time Mas makan Rendang Tok pun masa baru kawin, memang sedap rendang ni, first time Mas makan, terus jatuh hati ngan rendang nie....
Rendang Tok nie selalunya dimasak sampai kering, baru boleh disimpan 2 ke 3 hari. 
Rendang Tok yang Mas buat kali ni, Mas guna daging cincang, sedap sikit daging yang bercampur ngan lemak ni tapi kena masak lama tau untuk dapat daging rendang yang lembut, Mas masak 1 jam lebih dengan api perlahan. 
Jadi, selamat mencuba yerk..


Rendang Tok
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang 
santan dari sebiji kelapa - agak2 tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris  nipis2
1/4 inci halia - hiris nips2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu


Cara memasak :
Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2, daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
Kemudian masukkan kedalam kuali bersih. 
Tuang santan hingga daging tenggelam, sebatikan dulu.
Buka api perlahan dan biarkan rendang mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. 
Semasa memasak seimbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu mengikut selera kita....gelap Rendang Tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan.....
Santan juga memainkan peranan untuk mendapatkan Rendang Tok yg hitam, guna santan kelapa yg pekat yerk....santan kotak...no no no
Masak hingga Rendang Tok kering, boleh juga lembab berkuah jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...



Monday, August 23, 2010

Nasi Ayam Goreng



Menu untuk berbuka petang semalam, Mas buat Nasi Ayam Goreng macam yang Kak Hana buat tu, Kak Hana ngan Izah promot sakan kat Mas, jadi tak sabar2 nak mencuba...kata Izah beras wangi pun sedap...tapi Mas nak guna beras Brasmathi juga, ha..ha...Kak Hanaa.....Izahhh....betul la...memang sedap sangat Nasi Ayam Goreng ni, masa masak bau semerbak satu rumah, Ain ngan Daniel sibuk tanya masak pe tu...memang sedap Nasi Ayam Goreng ni , laki Mas yang tengah berdiet tu pun mula2 nak rasa sesuap, lepas tu...ha..ha...rasanya 1/2 pinggan juga dia makan...family Mas memang dah jatuh cinta dengan  nasi ni...Ain nggan Daniel boleh suruh Mas masak lagi untuk berbuka esok....ha..ha..maceh yer Kak Hana ngan Izah yang berkobar2 promot sakan kat Mas...i like....lain kali promot lagi yer menu yang sedap2....kata Kak Hana resepi nasi ni dari Kak Cikmanggis dan resepi asalnya dari Tummy, maceh yer semua.....


Nasi Ayam Goreng
Copy : Kak Hana
            Izah
           Cikmanggis
           Tummy 
Bahan Untuk Nasi : 
  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam :
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam
cili untuk dimakan dengan Nasi Ayam Goreng

Cara membuatnya :
  • Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  • Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  • Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  • Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  • Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Untuk Resepi cili :
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :

  • Blender halus semua bahan dan sedia dihidang.....


Karipap Inti Sedap



Mas buat karipap untuk berbuka semalam, laki Mas tak nak berbuka ngan nasi, jadi Mas buat karipap ngan murtabak untuk mylaling...tapi dalam berdiet tak nak makan nasi , terlajak juga bila dah rasa Nasi Ayam Goreng yang sedap tu....ha..ha..tak pe sekali sekala langgar pantang tak salah kan...resepi Mas ambik kat dapur Kak Hana, maceh yer Kak .... Izah pun dah buat karipap ni.....tu yang teringin juga nak rasa karipap inti sedap ni...memang sedap.....

Karipap Inti Sedap
Copy : Kak Hana
          Izah
Bahan-bahan :

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
Bahan untuk inti :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-cara :
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)



Sunday, August 22, 2010

Sambal Kentang dan Bilis Kering



Ni salah satu makanan peberet family Mas, Mas belajar buat resepi ni dari ibu mertua...sedap dimakan dengan nasi panas atau makan macam tu jer....krup krap krup krap menguyah sedar2 dah abis semangkuk...Mas selalu buat untuk makan macam tu jer....Ain ngan Daniel pun suka....untuk dapatkan kentang yang nipis2 , Mas guna pisau untuk kopek kulit buah tu...senang kerja.....

Sambal Kentang dan Bilis Kering
Bahan :
  • kentang - ( ikut nak banyak mana ) kopek kulit dan hiris halus2 - rendam kejap dalam air - toskan
  • ikan bilis - ( ikut suka nak letak banyak / sikit ) basuh dan toskan 
  • pes sambal boleh tengok kat sini @ pun boleh buat sambal biasa tu cuma sambal tu biar kering sikit yer..
Cara membuatnya :
  1. Goreng kentang hingga garing , toskan dan ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing, toskan dan ketepikan.
  3. Panaskan pes sambal @ kalau buat sambal biar sambal tu agak2 kering dan masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng garing, kacau sebati dan terus tutup api. 
  4. Jika tak nak makan lagi simpan dalam bekas bertutup supaya kentang masih rangup....

Bebola Tauhu Ayam



Mas buat petang semalam untuk berbuka puasa, teringin pulak bila nampak kat dapur Mamahawa, tapi Mamahawa tukar ayam dengan udang, banyak tau resepi tauhu kat dapur Mamahawa tu, kata Mamahawa resepi asal dari dapur CMG yang tengah panas dengan isu orang mencuri resepi tanpa izin tu...macam2 kan..., Bebola Tauhu Ayam ni memang sedap dicicah ngan sos cili...maceh yer Mamahawa dan CMG... 

Bebola Tauhu Ayam
Copy :  - Mamahawa 
           - CMG

Bahan :
  • 1/2 cawan isi ayam - kisar halus
  • 1 keping tauhu keras 
  • 1 biji bawang besar - dadu kasar dan goreng ngan sedikit mentega , biar sejuk
  • 4 camca serbuk roti - mas tak de jadi mas kisar roti biasa  ( 2 keping ) bersama daging ayam sekali
  • 1/2 inci halia - parut dan perah ambik jusnya
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 1 pokok daun bawang - hiris halus
  • 1 biji cili merah - buang biji dan cincang halus 
Cara membuatnya :
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus , masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak, biarkan sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak, ambil 1/2 camca besar adunan dan buat bulat2 dengan tangan, masukkan ke dalam minyak sederhana panas tadi, buat 8 ke 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili.....  



Saturday, August 21, 2010

Daging Berkunyit Berkentang



Daging Berkunyit Berkentang ni Mas masak untuk berbuka semalam, tengah memikir nak masak pe daging semalam, nampak Izah buat Daging Berkunyit Berkentang, jadi Mas pun buat juga, memang sedap, Mas derhaka sikit resepi ni, tambah lada hitam ,he..he..resepi asal dari CMG, boleh juga tengok kat dapur CMG yer...maceh yer Izah dan CMG, memang sedap....Daniel suka sangat.... 

Daging Berkunyit Berkentang
Sumber : Izah dan juga CMG

Bahan - bahannya :
  • 300g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 biji kentang - kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
  • 1 biji bawang besar - hiris kasar
  • 1 biji lada merah - hiris - mas ganti dengan cili kering - potong panjang2 jer
  • 1 biji lada hijau - hiris  - mas tak letak
  • 1/2 cawan air
  • 2 camca besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa 


Cara membuatnya :
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
  3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmmm...no comment yeaaa...

Bronok @ Kuih Sago Kukus



Mas buat untuk juadah berbuka semalam, Mas buat 3 jenis, merah, hijau dan perisa gula merah...boleh pilih nak yang mana satu...ni kes semuanya teringin he..he..perisa gula merah tu Mas ikut macam Izah buat, boleh tengok kat SINI. Untuk kuih sago yang warna hijau macam yang Ika buat tu boleh tengok kat SINI dan yang warna merah tu boleh tengok resepi Mas sebalun ni, ada  kat SINI atau pun yang macam kat dapur Izah...semuanya sedap2.....

Bronok @ Kuih Sago Kukus
Copy : Izah  

Bahan ( loyang 22 cm ) :
  • 1 gelas sagu biji kecil - Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air - yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja - digaul dengan garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara :
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih. 
  2. Masukkan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ni boleh dikacau saja dalam kuali tetapi apabila dikukus , sagunya akan nampak berbiji - biji. ( yang ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih ) Lagi enak rasanya.
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa...siap

Friday, August 20, 2010

Agar2 Merah @ Sirap





Assalamualaikum.
Ni salah satu agar - agar peberet Mas...selalu buat terutamanya pada bulan Ramadhan...nak buat pun senang jer...Ain ngan Daniel pun suka. Mas simpan dalam peti sejuk dulu baru makan, nyaman rasanya bila masuk mulut...sedapnya....petang ni berbuka ngan nasi, masak Daging Kunyit Berkentang macam izah buat tu , masak lemak cili padi keli ngan goreng ikan kembung, minum air teh ais ari ni....Selamat Berbuka Puasa yer untuk semua... 


Agar2 Merah @ Sirap
Resepi : Mas copy resepi dr Majalah Rasa keluaran Oktober 2008


Bahan :
25 g agar-agar bertali - dalam peket panjang
125 ml pati sirap
240 gm gula @ ikut manis
1.25 liter air
1 helai daun pandan



Cara membuatnya :
Satukan agar2 bertali dgn air dan masak hingga agar2 hancur.
Kemudian masukkan gula secukup manis dan kacau hingga adunan larut dan sebati.
Masukkan pati sirap dan daun pandan. 
Biarkan hingga mendidih.
Tapis dan tuang ke dalam loyang @ bekas agar2 yang disukai.
Nota : bekas agar2 tu dibasahkan dulu baru tuang agar2 supaya senang nak keluarkan dari bekas nanti ).
Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.
Potong dengan pisau bersegi jika guna loyang @ keluarkan dari bekas agar2 dan boleh dihidangkan. 
Sedap dimakan sejuk2 dari peti ais....



Ayam Panggang Kayangan



Masa belek2 majalah Rasa, Mas jumpa resepi Ayam Panggang Kayangan, nampak sedap, jadi Mas try buat, kebetulan bahan2 semuanya ada kat rumah....cuma Mas bakar kat microwave jer, senang dan cepat. Tapi kalau boleh bakar guna bara api rasanya lagi sedap...kuah ayam ni sedap tau sebab ada kacang tanah.....rasanya lepas ni boleh buat lagi.....sedap dimakan dengan nasi panasss...

Ayam Panggang Kayangan
Sumber : Majalah Rasa

Bahan - bahan :
  • 1/2 ekor ayam  - bersihkan dan lumurkan dengan garam dan serbuk lada putih - perap
  • 1 /2 liter santan
  • 50g cili merah / cili kering - dikisar
  • 10 biji bawang merah - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1/2 inci lengkuas - dikisar
  • 2 biji buah keras - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus - mas tak letak..
  • garam secukup rasa
  • 20 g gula melaka / gula merah
  • 50 g kacang tanah - digoreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk halus
Cara menbuatnya :
  1. Masukkan bahan kisar, santan, gula melaka dan garam kedalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan kacang tanah dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. 
  3. Masukkan daun kunyit ke dalam kuah tadi dan lumurkan dengan ayam dan panggang hingga masak.
  4. Sedia dihidang dengan nasi putih.