Search This Blog

Thursday, August 19, 2010

Soto Ayam Madura




Assalamualaikum. 
Kali ni berbuka makan Soto Ayam Madura pulak...tak mau makan nasi...terliur tengok Kak Hana buat ari tu....Kak Hana..... betul la cakap akak, memang sedap soto ni...suami Mas, Ain dan Daniel suka sangat...Mas tak letak nasi impit ngan bihun tapi tukar dengan mee kuning...makan dengan bergedil dan cili kicap...perhhh.....sedap bangatt......lebih best bila minum air laicikang sekali...perhhh

Soto Ayam Madura
Copy : Kak Hana  

Bahan :
Bhn rebus ayam
1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
1 batang serai - titik
1 batang daun saderi - potong dua
1 inci halia - titik
1 kiub pati ayam
1 ikat sup bunjut - x ltk
Air secukupnya

Bhn Kisar :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih

  • Bhn Tumis :
    • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
    • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
    • Air rebusan ayam di atas
    • Garam

    Bhn Sampingan :
    • Nasi impit
    • Ayam siat
    • Taugeh
    • Telur rebus
    • Kentang rebus @ goreng
    • Begedil - resepi leh tgk SINI
    • Daun sup@daun bawang
    • Bawang goreng
    • Suun goreng dan kacang tanah
    • Limau nipis
    • Sambal kicap - resepi leh tgk SINI
      

           
    Cara :
    • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
    • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
    • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.




    Nyamannnnnnnn........




    Monday, August 16, 2010

    Udang Rock N Roll



    Mula - mula nampak kat dapur Kak Ummi , lepas tu Kak Hana pulak buat, dari telan jer air liur tengok udang tu baik Mas pun buat juga....hmmm...memang sedap...Mas buat 6 ekor jer udang tu, untuk Mas ngan Danial, Ain tak makan udang, lagi pun semalam Mas 3 beranak jer berbuka, abang keja malam...nasib baik ada Ain ngan Daniel, kalau tak Mas berbuka sorang2 jer...hu..hu..Kak ummi guna udang galah, Kak Hana guna udang rimau, Mas pulak guna udang kapas sederhana...untuk sesiapa yang teringin, boleh mencuba ....memang sedap...


    Udang Rock N Roll
    Copy : Kak Hana dan  Kak Ummi

    Bahan-bahan

    • 500 gm udang (k.ummi guna udang galah) - aku gune udang rimauu!! -mas guna udang kapas sederhana
    • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
    • 2 sudu besar minyak
    Bahan-Bahan Untuk Sos:-
    • 1 sudu besar taucu biji
    • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
    • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang - x ltk
    • 2 sudu besar cendawan butang yang dicincang - sket jerk ltk
    • 2 sudu besar cili sos
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar sos plum
    • 1 sudu besar gula
    • garam secukup rasa
    • sedikit lada sulah
    • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
    • 200 ml air
    • 3 sudu besar minyak
    • sedikit minyak bijan

    Cara Memasak
    1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
    2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..


    Sunday, August 15, 2010

    Sup Tauhu Telur



    Mas masak untuk Ain ngan Daniel ...makan ngan nasi panas dan ayam goreng dah cukup dah...sesuai untuk budak2 sebab tak pedas...Mas pun join juga , kalau nak makan macam tu jer pun boleh....kalau Mas makan mesti tabur cili padi sekali , baru pedas....ha..ha..

    Sup Tauhu Telur
    Bahan - bahan  :
    • 2 batang tauhu telur - potong 8 dan goreng garing, toskan
    • udang / ayam - mas letak udang
    • carrot / bunga kobis - mas letak carrot
    • stok ayam
    • sedikit serbuk lada putih
    • kiub ikan bilis secukup rasa
    • bancuhan tepung jagung
    Cara membuatnya :
    -  Satukan stok ayam ( air biasa pun boleh ) dan kiub ikan bilis, biarkan mendidih, kemudian masukkan carrot dan biarkan carrot 1/2 masak, kemudian masukkan tauhu telur yang telah digoreng , sedikit lada putih dan udang, kacau dan rasakan dulu, tak payah letak garam sebab stok ikan bilis dah masin, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan agak2 kepekatannya, kacau sebati dan boleh dihidangkan.


    Blog List Ben Asshaari



    So Ben...Mas pun nak join jugak ya...blog MASAKAN...

    Saper2 yang nak masuk Blog List Ben Ashaari,boleh click kat sini yer...

    Categori blog yg akan diadakan :

    1 ) MASAKAN
    2 ) PERIBADI
    3 ) IBUBAPA

    Buat 1 entri & perlu ada :

    1 ) Banner Ben Ashaari Blog
    2 ) Tajuk ( BLOG LIST BEN ASHAARI ) dan linkkan ke entri ini ..
    3 ) Kategori mana yang ingin anda berada ..

    Jadi Mas dah buat, categori mestilah Masakan...harap2 boleh join yer Ben...

    Thanks Ben...

    Saturday, August 14, 2010

    Kek Coklat Kukus dan Aiskrim..



    Selamat berbuka puasa untuk semua....Kek Coklat Kukus yang dimakan dengan aiskrim kejap lagi....

    KEK COKLAT KUKUS



    Mas buat petang semalam untuk Yan, untuk buah tangan Yan dan member2 dia kat Sungai Petani. Boleh la anak2 dara tu makan untuk berbuka petang nanti...resepi Mas copy dari Kak Ummi, maceh yer kak..resepi asal kata Kak Ummi dari Che Mat Gebu...maceh juga untuk Che Mat Gebu...memang sedap kek ni...ada baki kek tu Mas simpan untuk berbuka petang ni, ingat nak makan dengan aiskrim, sedapnya.....

    Kek Coklat Kukus
    Copy : Kak Ummi , boleh juga tengok kat dapur Che Mat Gebu 

    Bahan-Bahannya :
    • 1 3/4 cawan tepung gandum*
    • 1 cawan serbuk koko*
    • 1 1/2 camca teh baking powder*
    • 1 camca teh soda bicarbonate*
    • 1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul dan diayak)
    • 1 3/4 cawan gula halus
    • 3 biji telur gred A
    • 1 cawan minyak jagung/sayur
    • 1 camca teh esen vanilla
    • 200 ml susu cair*
    • 1 cawan air panas*
    • 1 camca teh nescafe*(*disatukan dan kacau hingga sebati)
    Cara membuatnya :
    1. Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
    2. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
    3. Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
    4. CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.
    Ni untuk Yan bawa....

    Friday, August 13, 2010

    TAG DARI ERMA

    Assalamualaikum, selamat petang..petang ni Mas dapat Award dari Erma , maceh yer Erma...


    1. Adakah anda rasa anda HOT?
    Tidak..

    2. Upload wallpaper laptop yang digunakan sekarang?
    Emm.. ...biasa jer

    3. Cerita pasal gambar nih?
    Tak de apa2 special.

    4. Kali terakhir makan pizza?
    Bila erksss....hm......tak ingat la....bulan 5 kot...

    5. Lagu terakhir anda dengar?
    He..he..baru jer lepas dengar lagu Ayat - ayat cinta.....

    6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
    Sambil tengok tv dan mencari resepi nak masak....

    7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
    Mak oleh Ain dan Daniel dan Mak Long oleh anak 2 buah 

    8. Tag lagi 5 orang:


     9. Siapa Orang No 1 
    Kak Yatie - seorang ibu yang hebat kepada 2 orang anak dara dan 2 orang anak bujang, seorang yang peramah, tidak lokek dengan ilmu, rajin memasak, amat menyukai kuih2 lapis ( banyak resepi2 kuih lapis yg sedap2 kat dapur kak yatie ) dan baru pulang keMalaysia setelah merantau ditempat orang, 

    10. Katakan sesuatu kepada orang No 5
    Tahniah Kak An kerana baru dapat baby girl....

    11. No 3 ada hubungan ape dengan sape?
    Indah - saudara seislamku, seorang isteri yang rajin memasak, peramah, terasa amat rapat dengannya walaupun hanya kenal dialam maya

    12. Bagaimana pula dengan No 2?
    Kak Maz - juga seorang yang peramah, rajin memasak , tinggal di Subang Jaya...dekat jer dengan Subang...juga ibu yang hebat kepada anak2nya...

    13. Kata-kata cinta dengan org No4?
    Kak Hana - Kak Hanaku cayang...masakan akak memang menggodaku...celoteh akak amat menghiburkan ku...sehari tak menyibuk ke dapur akak, terasa rindu yang amat sangat..ha..ha...

    14. Berikan 5 fakta yang anda tahu tentang 5 orang yang anda tag
    1. Semuanya wanita2 yang hebat2 belaka.
    2. Punya tarikan tersendiri yang memangggil2 untuk terus berkunjung ke dapur masing2.
    3. Kesemuanya peramah dan baik hati.
    4. Selain bertukar pengalaman dapat menjalinkan silaturahim.
    5. Kesemuanya rajin memasak......

    Agar2 Soya & Cincau




    Assalamualaikum.
    Mas buat semalam untuk berbuka puasa...kalau bulan puasa Mas memang suka makan agar- agar...tengok air soya ada banyak dan cincau pun masih ada sikit lagi, jadi Mas try buat Agar - agar Soya Dan Cincau...memang sedap...lebih sedap makan masa sejuk...nyamannya...


    Agar2 Soya & Cincau
    Resepi : MasDuniaku

    Bahan :
    10g serbuk agar-agar 
    1 liter air soya kotak
    125g gula pasir  - boleh kurang @ tambah ikut manis masing2
    Cincau dicincang @ dadu kasar 


    Cara :
    Masak serbuk agar2 bersama air soya dan gula sehingga larut. 
    Apabila telah larut kesemuanya, matikan api. 
    Masukkan cincau yang telah dicincang tadi ke dalam adunan agar2. 
    Tuangkan ke dalam loyang @ bekas  yang disukai dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

    Tips :
    Jika guna bekas kecil, basahkan dulu bekas tu baru tuang agar2 supaya senang nak keluarkan nanti.





    Wednesday, August 11, 2010

    Crispy Anchovies In Honey Lemon Sause



    Mas buat petang semalam...rasanya ramai yang dah buat, sedappp betul menguyah ikan bilis rangup ni ngan gajus tu, rasanya dah tak boleh berhenti menguyah selagi tak abis semangkuk tu....sedappppnya, resepinya Mas ambik dari Kak Hana, resepi asalnya dari Amy Beh, maceh yer....lepas ni kalau nak buat kena buat lebih, baru puas makan...ha..ha..

    Chispy Anchovies In Honey Lemon Sauce
    Copy : Kak Hana

    Bahan-bahan :

    • 250g ikan bilis kopek
    • 1 cawan tepung ubi
    • 1 tbsp minyak bijan
    • 4 batang cili kering - potong
    • 6 biji cili padi - ketuk 
    • 1 biji bawang besar - hiris
    • 2 biji lemon - perah ambil jus
    • 3 tbsp madu
    • 2 tbsp air - tak letak
    • 1 tbsp sos ikan
    • Kacang gajus panggang 
    • bijan
    • daun kari
    Cara-cara :
    • Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
    • Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.
    • Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.