Search This Blog

Thursday, June 30, 2016

Biskut Samperit Susu yang sedap - cair dimulut




Assalamualaikum.
Antara biskut yang paling hot beberapa tahun lepas ...
masih mendapat permintaan tinggi tahun ini .. Alhamdulillah
teksturnya yang melting sangat asyik dimakan ..
Mas share lagi resepinya disini .. sedikit olahan untuk rasa manis yang just nice , sedang2 sahaja manisnya  
sebab untuk resepi sebelum ini,biskut ini agak manis 
selamat mencuba 


Resepi Biskut Semperit Susu 

Bahan:
 180g susu pekat manis 
250g butter - suhu bilik, butter tu lembut sedikit dah ok, tapi jangan lembik, nanti biskut berminyak
 460g tepung jagung cap bintang  - just nice doh untuk dipicit nanti


Cara: 
1. Kacau sebati susu pekat manis dan butter menggunakan senduk kayu. Tak perlu pukul sampai kembang, nnti biskut mengembang, tak cantik.

   Tip: 
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang. 

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati & doh tak melekit. My experience, 460g just nice untuk picit ke dalam acuan.  Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah di atasnya 
3. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C untuk 25 minit dengan api atas bawah.
4. sejukkan dahulu baru angkat dan simpan dalam balang.



Wednesday, June 29, 2016

Biskut Telur Rebus yang sedap - harus dicuba




Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua.
Untuk menambahkan lagi koleksi biskut2 raya, apa kata mencuba resepi biskut telur rebus ini, Alhamdulillah.. biskut ini ada peminatnya yang tersendiri tiap kali menjelang musim perayaan, 
keunikkan biskut ini apabila menggunakan kuning telur rebus dan tekstur biskut ini ringan dimulut dan rasa berkrim, 
jadi ... selamat mencuba yerk..



Biskut Telur Rebus  
Resepi : Mamajay  
Sumber : Noorsha  

Bahan² : 
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )  
1 1/2 cawan gula halus 
 2 cawan tepung gandum  
2 cawan tepung jagung maizena  
1 cawan tepung kastad  
2 cawan planta @ butter  
1 sudu kecil esen vanila  
 1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut 
badam hiris secukupnya untuk hiasan 


Cara² :  
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.  
2. Sebatikan. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.  
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.   
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.





Tuesday, June 28, 2016

Biskut Bangkit Cheese yang sedap



Assalamualaikum.
Antara koleksi biskut yang menjadi pilihan Mas, Biskut Bangkit Cheese yang sangat sedap ini, teksturnya yang gebu ringan dimulut amat asyik apabila dimakan .
Mas share lagi resepinya disini .
Selamat mencuba.


Bahan : 
250gm Mentega 
180gm Gula Aising 
2 biji Kuning Telur 
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min 
225g Tepung Jagung 
70g Parutan Keju Cheddar - utk letak dlm adunan 
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan 




CARA2:  
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk. 
2. Masukkan kuning telur ,kacau sebati, masukkan tepung ubi yang disanggar tdi dan parutan cheddar cheese, gaul sebati. 
3. masukkan tepung jagung sedikit2 dan uli hingga doh tak melekit ditangan. 
4. Canai , terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut. 
5. Bakar 160C 25 minit dengan api atas bawah.






Friday, June 24, 2016

Biskut Chocolate Oats Crips yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Jom buat biskut yang sangat sedap ni ..penuh dengan serat dan kekacang yang sangat lazat .... dan biskut ini juga tak menggunakan telur ... sesuai untuk mereka yang allergies telur... dan memang menjadi rebutan anak2 .....
selamat mencuba 


Biskut Chocolate Oats Crips 
Resepi : Koleksi Resepi2 Oats - Maklang Azie 
Sumber : Izahdaut dan  Kak Zana 

Bahan : 
130g tepung gandum - ayak 
30g tepung jagung - ayak 
20g serbuk koko -  ayak
 ½ sk serbuk penaik - ayak
 90g - 130 g Quaker Oat Segera - agak2 adunan tk melekit
4 - 5 sudu besar nestum 
200g mentega - biarkan suhu bilik dlm 20 minit
 120g brown sugar
 ½ sk esen vanilla 
1/2 cawan badam cincang -  dibakar sejekap dlm oven 
1/2 cawan walnut -  dibakar sejekap dlm oven 




Cara membuatnya : 
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
Masukkan badam,walnut,Quaker Oats segera dalam bekas yang sama dan gaul sebati . 
Pukul mentega, gula, esen vanilla sehingga gebu kemudian masukkan dalan adunan kering tadi. 
Gaul sebati hingga adunan tak melekit, jika melekit, tambah oat sedikit demi sedikit.
cubit adunan sedikit, agak2 nk besar mana, bentukkan bulat dan tekan sedikit, dan letak atas dulang.
 Bakar dengan suhu 160 selama 20 - 25 minit bergantung pada oven masing2 dengan api atas bawah.  
  Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven.
sejukkan dahulu baru disimpan dlm balang.




Friday, June 17, 2016

Biskut Almond London yang sedap




Assalamualaikum. 
Antara biskut2 yang wajib dibuat tiap tahun - Almond London. 
untuk resepinya, Mas setia dengan resepi ini, sangat best.... 
Jadi Mas share lagi disini untuk kawan2 mencubanya .


ALMOND LONDON  
Sumber : Rahel & Nizamadey  
Sumber : K.Nor@SecubitGaram  
Sumber :  Ayu Citarasa Rinduan   


Bahan:  (150 biji)  
250g mentega 
 125g gula halus 
 1 biji telur 
 1 sudu teh esen vanila  
50g serbuk badam (optional)  
200g tepung jagung - ayak bersama
300g tepung gandum - ayak bersama
1 sudu besar tepung beras - ayak bersama  
200g kacang badam - di bakar hingga agak2 rangup
50g badam cincang untuk hiasan - dibakar kejap 
  +/- 700g coklat compound  




Cara; 
 1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk kayu.Masukkan esen vanila dan kacau lagi, kemudian masukkan serbuk badam.Kacau.  
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.  
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil @ lonjong dan masukkan kacang di dalamnya. 
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
 5.Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit, kemudian biarkn sejuk.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.
7.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
8.Taburkan badam cincang di atasnya.
9.Biarkan ia kering.Siap disimpan.  




Tuesday, June 14, 2016

Biskut samperit yang sedap




Assalamualaikum.
Kali ini jom buat biskut samperit ... untuk resepi samperit, Mas setia dengan resepi dari Norazie - Resepi.net tapi sudah diolah oleh Noorsha , Alhamdulillah, Mas sangat suka dengan tekstur biskut ini .
Jadi Mas share lagi disini yerk ..
Selamat mencuba 


Biskut Dahlia 
Resepi : Norazie - Resepi.net 
Sumber : Noorsha - 1001 Cerita 1001 Rasa 

Bahan : 
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan 
120 g gula aising 
 2 kuning telur 
4 sudu makan susu pekat manis 
 1 camca teh esen vanilla
 240 - 300g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2 - ayak
 100 g tepung jagung - ayak
200 g tepung kastard - ayak
 Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan 


Cara : 
 Pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula atau senduk kaytu sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang 
Masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk .
 Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. 
Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. 
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 - 25 minit. ... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe
 Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. 
Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 







Saturday, June 11, 2016

Samperit susu cheese yang sedap




Assalamualaikum.
Biskut raya pertama, Mas share resepi Semperit Susu Cheese yang sedap, lembut gebu didalam mulut.
Untuk resepi ini, sukatan susu pekat manis Mas dah adjust, sedang2 elok manisnya sebab resepi sebelum ini, agak manis .
Jadi selamat mencuba yerk, bahan2nya memang simple, jadi pastikan caranya betul, Insya Allah menjadi biskut anda, jangan terlebih bakar yerk, sukatan tepung pun, agak2 doh dah tak melekit pada tangan, dah cantik untuk digunakan.
selamat mencuba



Biskut Semperit Susu Cheese  

Bahan-bahan: 
 200g susu pekat manis - sedang elok manisnya 
 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.  
500g -  540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**  
120g cheese tatura - biarkan dlm 10 minit

  Cara-cara :  
Gaul sebati susu pekat manis, butter dan cheese menggunakan senduk kayu 
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu. 
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper @ dioles dengan mentega. 
 Letakkan choc chips atau ceri yg dipotong kecil2 atasnya .
 Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C selama 25  minit atau hingga bawah @ctepi biskut nampak mula keperangan.  
Sejukkan & simpan didalam bekas kedap udara.  

Tip:   
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi.  
Ini kerana apabila butter dan gula @ susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan.  
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.   

Mas juga menerima tempahan untuk Biskut Semperit Susu Cheese, boleh whatsap 0134242505 .




Thursday, June 9, 2016

Resepi kuah kacang yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat kawan2 semua.
Kali ini Mas share lagi resepi yang menjadi kesukaan Mas, dalam banyak2 resepi, yang ini tetap menjadi pujaan hatiku ..he3
Terima kasih buat Kak Fida myresepi .
TQ kak, resepi2 akak memang terbaik.


Kuah Kacang
 Kak Fida@myresepi.com 

Bahan : 
300 gm kacang tanah - sangar dan kisar  
100 gm gula pasir
 150 gm gula merah 
40 gm asam jawa 
1 sudu kecil garam 
 1 sudu kecil kunyit serbuk
 1 cawan minyak masak  - untuk menumis 


Bahan kisar : 
2 biji buah keras 
1 sudu besar ketumbar biji - sangar 
1 sudu kecil jintan kasar - sangar 
1 sudu kecil jintan halus - sangar
 2 hiris lengkuas
 2 hiris halia muda 
20 tangkai cili kering 
7 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
7 batang serai - hiris 
20 gm udang kering

Cara membuatnya : 
1 - Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata. 
2 - Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata. 
3 - Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk... 
4 - Selamat mencuba.... 


Nota:
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit2 air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu...kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..





Monday, June 6, 2016

Tempahan cake birthday










Moist choc cake with cream cheese frosting
2 kg ++ 
Rm98




Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505