Assalamualaikum.
First time buat sendiri Laksa Sarawak...selalu Mas beli jerk... resepi Mas rujuk dari blog HaSue. Alhamdulillah sedap sangat ... nak membuat pun tak susah sangat ... TQ pada adik ipar yang kirimkan pes laksa sarawak Hj Manan ... TQ juga pada HaSue atas perkongsian resepi diblognya ...
Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2 laksa(tidak terhad):
Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
Tauhu goreng
Telur dadar
Tauge(celur seketika)
Cendawan hitam(celur)
300g udang(celur)
Telur rebus
Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye
Bahan2 kuah laksa:
200g pes laksa sarawak hj manan
2 liter air
200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
2 batang serai-ketuk
200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa sarawak:
Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..
Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)
Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Aku ada 2 pek rempah Mek Mukah kirim..beku gitu je lam esbox..biar dulula..haha..
ReplyDeletesalam mas, akk pun ada stok pes laksa Sarawak, tapi sampai skrg tak buat2 lg....
ReplyDeletesedap nyerr..
ReplyDeleteMaaasss..... dah bertahun tak buat laksa Sarawak! Sedapnya.....
ReplyDelete