Search This Blog

Monday, March 11, 2013

Apam Polkadot Coklat dan tips2




Assalamualaikum.
Apam Polkadot Versi coklat...yummy ...memang sedapp...dan menjadi kegemaran anak2.
Untuk fillingnya, Mas letakkan choc chips jerk...mudah dan sedapp..
Kali ni Mas share sedikit tips2 mendapatkan apam polkadot yang gebu....dari pengalaman Mas membuat apam polkadot, ada masa amat menyeronokkan, dan bila apam tu tak seperti yang Mas inginkan, aduhhh...rasa putus asa pun ada...jadi Mas banyak bertanya dan  banyak cari maklumat di internet... 
Apam polkadot ni kadang2 buat hal juga tau...jadi mudah2an tips2 yang Mas kongsikan ni dapat membantu...





Tips :
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
 Kena pastikan air betul2 panas mendidih sebelum kukus apam tu. Kalau tak, apam tak naik dan jadi leper.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Jangan terlebih pukul adunan apam tu. Cukup sekadar adunan kembang seperti yg diinginkan.
Kalau nak buat banyak apam...berdasarkan pengalaman Mas... sila buat 1 adunan atau 2 adunan paling byk dan abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau adunan lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia. Jadi masukkan adunan dlm bekas bertutup rapat...nak guna baru buka tudung tu, jngn dedahkan adunan terlalu lama diluar tanpa ditutup.
Pada pendapat Mas, elok buat 1 adunan dan habisskan dulu...untuk dapatkan apam yang cantik gebu dan lembut walaupun dah 2 ke 3 hari...
Untuk mendapatkan permukaan apam yang cantik dan tak berlubang2, elok sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup...Mas guna sudu kfc atau sudu md tu...he3... Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 
Berdasarkan pengalaman yg lalu, adunan yg dimasukkan dlm piping bag mudah menjadi bubble disebabkan udara yg terperangkap dlmnya.
Sebelum sudukan adunan tu kedalam cup, kacau2 dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 
Tuang adunan hingga hampir penuh cup baru paipkan filling dan sudukan sedikit lagi untuk menutup filling tu, untuk elakkan filling jatuh kebawah setelah apam masak nnti disebabkan filling tu berat.
Kukus setingkat jerk. Jangan bertingkat2...he3
Kukus apam 15 - 18 minit...jngn lebih dari tu untuk elakkan apam tu keras dan kurang gebu dan lembut dan jangan kurang dari tempoh tu supaya apam masak sekata walaupun apam ni kecik jerk...mas pernah kukus 10 minit, bawah apam sedikit mentah...
Jangan dedahkan apam lama di tempat terbuka, nanti apam keras, dah tak lembut. 
Lepas angkat apam tu, biarkan sejuk dulu, Mas letak ditempat yg tak de kipas... baru masukkan dalam bekas bertutup.
Apam polkadot ni boleh tahan 2 ke 3 hari...in sha Allah  



Cara Mas membuat apam polkadot, boleh lihat DISINI
dan resepinya DISINI



Harap tips2 ini dapat membantu dan tima kasih banyak2 pada kawan2 yang banyak membantu dan tak jemu2 berkongsi ilmu dengan Mas...jadi Mas kongsikan disini pulak yerk..mudah2an kita semua mendapat banyak kebaikkan darinya...klu ada tips2 yg tertinggal...in shaa Allah, Mas akan update nnti...

Untuk yang berminat, boleh order dengan Mas , cont jerk 0134242505.



12 comments:

  1. salam kak mas, wah pasni nak try la buat apam polkadot versi coklat pula..

    ReplyDelete
  2. akak guna dapur letrik, masa kukus 8 minit jer, api 200.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerk ke kak...
      mas tak pernah try lagi....he3
      boleh la try nnti....
      kukus guna api ngan elektrik...mesti tak sama kan...
      TQ kak

      Delete
  3. sure sedap ni kan mas.. ada rasa coklat2 ni budak2 suka..

    ReplyDelete
  4. Cute dan kemas apam polkadot Mas ni!! Nak 3 ketul dear! ;)

    ReplyDelete
  5. Cantek apam ni Mas....nampak gebus...
    Oh ya,terima kasih untuk perkongsian tips2 yg menarik tu...in sha Allah akan dicuba.

    ReplyDelete
  6. thnx sbb sudi share tips tu ye Mas...sgt2 berguna utk akk...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Nak ucapkan terima kasih kat akak sebab bagi tips camne nak wat filling dia x jatuh ke bawah..Saya pasti akan mencuba tok ikut cara akak sebab customer complaint yang diorang tak puas makan sebab filling kat bawah dan melekat kat kertas..hihihihihi..

    ReplyDelete
  8. Klau kita buat satu adunan dn lebih,kita ltk dlm peti ais,elok nk teruskan ka atau buat yg lain......

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.