Search This Blog

Wednesday, March 20, 2013

Ayam BBQ Berkaramel




Assalamualaikum.
Dah lama buat Ayam BBQ Berkaramel ni....first time tengok bila HaSue tayang kat  wall fbnya....mengancammmm habis....memang sangat sedap Ayam BBQ Berkaramel ni...manis pedas tu memang sangat best...untuk resepinya Mas copy dari wall fb Noorsha.


Ayam BBQ Berkaramel
Resepi : HaSue
Sumber : Noorsha.

Bahan :
ayam (noorsha guna 1 1/2 kg kepak ayam)

Bahan kisar halus:
bawang merah (noorsha guna 1 biji bawang holland)
bawang putih (noorsha guna 7 ulas bawang putih)
halia (noorsha guna 3 inci halia)

Bahan perap:
serbuk ketumbar (noorsha guna 2 sk)
serbuk jintan manis (noor skip)
serbuk jintan putih (noorsha skip)
gula apong @ gula melaka (noorsha guna lebih kurg 1 senduk gula merah )
garam
ajinomoto (noorsha skip)
serbuk lada hitam berperisa ajishio (noorsha tambah)

Cara2 :
1.Perap semua bahan kisar dan bahan perap pada ayam..lumur rata2 dan perap semalaman..norsha perap 4 jam je..
2.Lepas perap bolehla dibakar @ dipanggang guna arang. Noorsha grill guna microwave je... tp menurut kakak hasue lebh sedappp bakar guna arang dr guna oven mahpun microwave... masa bakar tu renjis2 la air perapan ayam tu kt ayam td...api kena jage sbb mudah hangus uar n tkut dlm x masak klo gune api besau sgt.. hehe...bila da masak agkat la n bj dimakan gitu saja atau cicah gan soa cili@sos lada hitam @sos bbq @sos pedas dibawah ini...
Mas bakar guna pemanggang ajaib....




Resepi Sos BBQ Pedas
sumber : Noorsha 

Bahan2 :
7 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan sos tomato
(kisar halus bahan diatas)

1-2 cawan air
garam
gula
bijan yg disangai (kalo suka)

Cara2 :
1. Masukkan bahan kisar n air kedalam saucepan..perasakan dgn garam n gula.rasa n tambah ape yg patut ya....
2. Bila da sesuaikan rasa n sos menggelegak, matikan api. sebatikan tepung jagung dengan air dan curah dlm kuah sos td..kacau rata sampai likat.. tapiskan.. sedia dihidang... tabur bijan jika suka... soa ni rasa pedas, sedikit manis n masam...


TQ..selamat mencuba :-)




Thursday, March 14, 2013

Sambal Merah - Delicious





Assalamualaikum.
Tengok macam sambal biasa kan..hmm..sambal ni untudimakan dengan bihun sup atau dengan kuetiaw goreng, mee goreng n nasi goreng pun sedap...dengan mee kari la superrrr yummy.
Resepi yang ringkas, cuma memasaknya jerk ambil masa sikit sebab sambal ni dimasak dengan api perlahan untuk mengelak sambal mudah hangit dan supaya sambal ni masak secukupnya...jadi boleh disimpan lama dalam fridge.
Jadi meh tengok resepinya  ^_^


Sambal Merah
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
15 tangkai cili kering
5 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
udang kering secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Cara :
Semua bahan atas, diblend halus dengan sedikit air.
Tumiskan semua bahan kisar dengan minyak secukupnya, kacau hingga pecah minyak. Masak dengan api perlahan yerk dan sentiasa kacau. 
Bila dah pecah minyak, letak garam dan gula secukup rasa. Biar sebatikan dan biarkan sambal masak hingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat.
Sedia diguna.
Sambal ni boleh disimpan lama dlm fridge...






Wednesday, March 13, 2013

Daging Palembang - sedap dan senang dibuat




Assalamualaikum.
Menu lunch hari ni.... tengok kat fb ngan blog, ramai yang dah mencuba Daging Palembang ni....yummyy...sedappp sangat dan mudah disediakan...bahan2nya pun ringkas jerk..dan Mas gantikan santan dengan kerisik...hmmm...memang mabeless Daging Palembang  ni, selain makan dengan nasi, colek dengan roti pun sedappp...tak percaya...cuba la dulu...he3


Daging Palembang 
Sumber : Kak Madihaa

Bahan :
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ Mas ikut kak MaDiHaA, tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.


P/S:
 Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.




Monday, March 11, 2013

Apam Polkadot Coklat dan tips2




Assalamualaikum.
Apam Polkadot Versi coklat...yummy ...memang sedapp...dan menjadi kegemaran anak2.
Untuk fillingnya, Mas letakkan choc chips jerk...mudah dan sedapp..
Kali ni Mas share sedikit tips2 mendapatkan apam polkadot yang gebu....dari pengalaman Mas membuat apam polkadot, ada masa amat menyeronokkan, dan bila apam tu tak seperti yang Mas inginkan, aduhhh...rasa putus asa pun ada...jadi Mas banyak bertanya dan  banyak cari maklumat di internet... 
Apam polkadot ni kadang2 buat hal juga tau...jadi mudah2an tips2 yang Mas kongsikan ni dapat membantu...





Tips :
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
 Kena pastikan air betul2 panas mendidih sebelum kukus apam tu. Kalau tak, apam tak naik dan jadi leper.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Jangan terlebih pukul adunan apam tu. Cukup sekadar adunan kembang seperti yg diinginkan.
Kalau nak buat banyak apam...berdasarkan pengalaman Mas... sila buat 1 adunan atau 2 adunan paling byk dan abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau adunan lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia. Jadi masukkan adunan dlm bekas bertutup rapat...nak guna baru buka tudung tu, jngn dedahkan adunan terlalu lama diluar tanpa ditutup.
Pada pendapat Mas, elok buat 1 adunan dan habisskan dulu...untuk dapatkan apam yang cantik gebu dan lembut walaupun dah 2 ke 3 hari...
Untuk mendapatkan permukaan apam yang cantik dan tak berlubang2, elok sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup...Mas guna sudu kfc atau sudu md tu...he3... Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 
Berdasarkan pengalaman yg lalu, adunan yg dimasukkan dlm piping bag mudah menjadi bubble disebabkan udara yg terperangkap dlmnya.
Sebelum sudukan adunan tu kedalam cup, kacau2 dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 
Tuang adunan hingga hampir penuh cup baru paipkan filling dan sudukan sedikit lagi untuk menutup filling tu, untuk elakkan filling jatuh kebawah setelah apam masak nnti disebabkan filling tu berat.
Kukus setingkat jerk. Jangan bertingkat2...he3
Kukus apam 15 - 18 minit...jngn lebih dari tu untuk elakkan apam tu keras dan kurang gebu dan lembut dan jangan kurang dari tempoh tu supaya apam masak sekata walaupun apam ni kecik jerk...mas pernah kukus 10 minit, bawah apam sedikit mentah...
Jangan dedahkan apam lama di tempat terbuka, nanti apam keras, dah tak lembut. 
Lepas angkat apam tu, biarkan sejuk dulu, Mas letak ditempat yg tak de kipas... baru masukkan dalam bekas bertutup.
Apam polkadot ni boleh tahan 2 ke 3 hari...in sha Allah  



Cara Mas membuat apam polkadot, boleh lihat DISINI
dan resepinya DISINI



Harap tips2 ini dapat membantu dan tima kasih banyak2 pada kawan2 yang banyak membantu dan tak jemu2 berkongsi ilmu dengan Mas...jadi Mas kongsikan disini pulak yerk..mudah2an kita semua mendapat banyak kebaikkan darinya...klu ada tips2 yg tertinggal...in shaa Allah, Mas akan update nnti...

Untuk yang berminat, boleh order dengan Mas , cont jerk 0134242505.



Saturday, March 9, 2013

Cuti2 mata jappp ........alhamdulillah.......order2 yg lalu



Assalamualaikum.
Meh cuci2 mata ngan order2 yang lalu....




Apam Polkadot



Bihun Goreng



Cake In Jar



Moist Choc Cake



Snow Cheese Tart



Cheese Tart Pelbagai Perisa




Apam Polkadot



Pada yg berminat, boleh cont Mas 0134242505



Thursday, March 7, 2013

Kek Carrot Versi Cupcake




Assalamualaikum.
Kek Carrot Versi Cupcake pulak...hmm..memang sangat best cake carrot ni, tekstur keknya moist dan gebuuuu...bestttt sangat
TQ pd newbie@myresepi.com. Tengok respon kat myresepi, ramaiii yang dah menerainya ....dan samakan ngan kek secret resipi....memang mabelesss

Kek Carrot
Resepi :  newbie@myresepi.com.

Bahan :
2 1/2 cawan parutan carrot ( lebih kurang 3 batang carrot )
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang






Cara  :
Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. 
Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.