Assalamualaikum.
Ayam Panggang Halia ni Mas buat Jumaat lepas.....sama ngan entry Kak Rose - My Kuali, cuma hari ni baru nak postkan Ayam Panggang Halia yang sedapp nie...tak rugi untuk penggemar2 ayam panggang untuk mencuba resepi Ayam Panggang Halia ni pulak...memang sedapp....resepi Mas copy dari Tun Telani yang berjaya menggoda Mas ngan entry Ayam Panggang Halianya. Sebelum tu memang dah tergoda nengok Kak Ummi - Home Sweet Home menayagnya...tapi tertangguh jap..he3....terima kasih pada tuan resepi Chef Hanieliza atas resepi ayam panggang yang sedapp nie..like sangatt....
Ayam Panggang Halia
Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Sumber : Tun Telani
Dirujuk dan Olahan Cara : Kak Ummi - Home Sweet Home
Bahan Utama :
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
Bahan Kisar :
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah
Cara Memasak :
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
Hidangkan bersama salad dan timun. Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!
myelerakan...mmg sedapkan ayam panggang halia ni...dh penah cuba jugak...terbau2 dah aromanya spi ke sini...hehe
ReplyDeletetu dia......puas mengganyang ni..
ReplyDeletetu dia.. gemuk2 peha ayam nya... tun mmg suka resepi ni, senang dan sedap.. buat byk kali dh boleh hafal. hihi
ReplyDeletememang sedap, akak dah buat... sangat10x sedap!
ReplyDeleteMas,tak tahan gue tengok peha ayam tu...manis dagingnya..hehe..
ReplyDeletesalam Mas cantik gambar paha tu bukan saja pandai masak tapi jadi photography yg bijak jugak.
ReplyDeleteMas, terasa2 nak makan lagi jer... mmg sedap kan!
ReplyDeleteperggghhh, peha ayam tu menggoda nafsu betul laa...hihihihi
ReplyDeletehajat nk ambik bawak balik, rupanya dah abis yer...nmpk gayanya kena buat sendiri la ni...hihihihi
wow..boleh wat business bulan posa ni..
ReplyDeletenampak sedap sgt... nak buat hari ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum mas..
ReplyDeleteayam tu mengoda betul ler mas... geram akak tgk peha ayam tu posing.. ;). tergoda...
aduiii memang teringin nak makan lepas tengok si tun buat hari tu...tapi ayam lak tak dek..hehehhe
ReplyDeletesalam mas..apa khabar? Ayam ni kan mas..mmg sedap..tak kira lah panggang mcm mana pun mmg mabeles...waaaa nakkkk
ReplyDelete