Search This Blog

Thursday, April 11, 2013

Cream Puff






Assalamualaikum.
Antara kuih yang menjadi kesukaan anak2 Mas...seronok tengok Ain ngan Daniel makan...ambil sorang satu bekas...kejapp jerk dah abis cream puff tu..senang hati emak yang membuatnya...
Alhamdulillah....bila dah banyak kali buat cream puff ni...hasilnya sekarang lebih ok daripada first time Mas buat dulu....belajar dari pengalaman...itu yg penting kan...


Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani

Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur 


Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...





Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: 
Tun Telani

Bahan2:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

  • Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.



     

    Cream Puff  Filling Cream Kastard





    Order2 yg lalu :


    Cream Puff




    Red Velved



    Cheese Tart Pelbagai Perisa



    Snow Cheese Cake



    Untuk yang berminat, boleh cont Mas 0134242505



    12 comments:

    1. mas..
      seriuss ayu xtau cr buat.
      bila bc resepi tu mudah.
      tang kastard terus ala2 pening.
      nak order ngan mas jerlah

      ReplyDelete
      Replies
      1. ayu...
        cuba try buat...
        mas dulu pun rasa mcm tu juga..
        bila dh try buat...seronok pulak rasanya...
        kastard tu klu ayu ikut resepi tu..
        in shaa Allah...ok

        Delete
    2. uikkkksss.. mengguda jiwa.. lagi2 snow cheese cake tu.. alahaiiii.. sedapnye..

      ReplyDelete
    3. Assalam kak mas,sy wat 2ari lps pon gna rcp nih juga,aritu wat yg versi xde baking pwder ok juga,tapi yg nih lagi naik tinggi..Sedap cream puff,hb suka sgt,sbb tuh kna bljar wat smp pndai,hehe..

      ReplyDelete
    4. Salam...
      Rajinnya buat cream puff...kita pun suka...

      ReplyDelete
    5. Waaaahhh cream puffs and everything up there looks lovely dear Mas!

      ReplyDelete
    6. cheq sue pun asyik dok fikir je nak buat cream puff ni mas, tapi tak jadi2 lagi sebab xde whip cream. xnk guna filling kastard, tu yang pending aje

      ReplyDelete
    7. wah sama lah menu kita hari ni Mas jom layannnnn

      ReplyDelete
    8. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    9. Kak....blog akk sgt bestttt.....teringin nk order....Ade delivery ke kl x akk

      ReplyDelete
    10. Kalau x nk guna telur leh x...

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.