Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, September 17, 2012

Sambal Keli Berlado Kak Anymz




Assalamualaikum.
Hentam la yerk nama resepi ni...janji sedappp....hahahaha. Kalau ikut resepi Kak Anim, Ikan Berlado, kat blog HaSue, Ikan Goreng Berlado Kak Anymz, Mas pulak masa edit gambar resepi, tak tahu la macam mana boleh letak Sambal Keli Berlado Kak Anymz...kira halal yerk Kak Anim..jangan marah...he3
Entry tertunggak sebenarnya...tapi tetap nak share juga kat sini sebab sedap dan nak membuatnya pun simple jerk....makan ngan nasi panas dan sayur tumis....dah cukup sedappp.
Mas dah lupa masak bila, tapi lepas2 HaSue tayang, rasanya Mas pun buat juga.
TQ pada Kak Anymz untuk resepi ikan goreng berlado ni...mabelesss


Ikan Goreng Berlado
Resepi: 
Kak Anymz - My Kitchen 

Bahan2 :
5 ekor ikan sembilang - yg sudah siap di siang
8 biji cili merah
25 biji cili padi - tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5 - 6 biji limau kasturi


 


Cara :
Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng ikan hingga garing. Ketepikan
Cili merah,cili padi, bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu.
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing. Kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


8 comments:

  1. Assalamualaikum mas...
    lama dah tak tinggal jejak kat sini. bukannya apa selalu skodeng gun ip je. tu yang malaih. kalau dapat kat alif lauk cam gini memang bertambah2 le makannya.

    ReplyDelete
  2. Salam kak mas! alaaaaaaa.... ikan keli kita tak makan kita ambik sambal dia aja ya hihihi....

    ReplyDelete
  3. salam mas...akak pun tak makan ikan keli tuh...kalau di kunyah2..masih tak dapek di tolan...tapi anak2 akak suka sgt...mungkin boleh try ngan ikan lain tentu sodap...aduh cili api dia banyak deh!!!

    ReplyDelete
  4. salam mas, emm, lama tak makan keli barlado..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mas Sayang :D
    Sedapnya sambal keli berlado...bila Kak Lin nak masak ni? Tangkap ikan keli asyik terlepas jer!...hik3

    ReplyDelete
  6. mengancamnya keli berlado itu Mas...kecur liur tengok...boleh bertambah nasik kat pinggan ni..

    ReplyDelete
  7. salam mas, akk pun baru buat keli ni ari td, nnt tnggu anak2 balik sekolah baru nk merasa....xsabar dah ni....hihihii
    thnx ye Mas

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...