Assalamualaikum.
Hari nie meh layan Gulai Ayam yang special ni pulak, special sebab menggunakan rempah gulai cap bunga ros yang datangnya dari seorang akak yang sentiasa awet muda tu....terima kasih yerk kak....moga makin murah rezeki akak sekeluarga....
Rumah Mas ni kalau gulai @ kari, memang laku sangat....apa lagi Mas masak Gulai Ayam nie guna rempah gulai cap bunga ros...makin berselera tengok Ain ngan Daniel makan...untuk lebihan kuah gulai tu, Mas colek ngan roti, memang sedapp...
Untuk resepinya, Mas copy dari Kak Nor - Secubit Garam. Izinkan Mas kongsikan disini pulak yerk kak....thanks...
Gulai Ayam
Resepi : Kak Nor - Secubit Garam
Bahan :
1 ekor ayam - dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * ( *diblend )
3 sudu besar rempah gulai - bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 biji ubi kentang - dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat - boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula - boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan - optional
minyak
Bahan Penumis :
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
Cara memasak :
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yang diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak ( boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok )
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lagi hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula ( atau nisan @ gula melaka ) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
Nota :
Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.
salam mas..
ReplyDeleteMas sihat???
lapar pulak perut akak nampak gulai ayam Mas ni..
Krukkk..krukk.. dia berbunyi..
boleh bagi idea tak mana akak nak cari rempah gulai tu ya, namapk sedap.. teringin pulak..
ReplyDeleteRempah gulai dr mana tu Mas? Cecite skit....
ReplyDeleteSalam Jumaat Kak Mas, sedap tu gulai ayam..makan dengan nasi panas2..ala2 nasi berlauk =)
ReplyDeletesalam kak mas ^^ tun bawak tupperware nii.. nk tapau gulai ayam.. siap guna rempah cap bunga ros nih.. mesti sedap!
ReplyDeleteMas,sedapnya ni gulai ayam kalau dimakan dengan nasi minyak..pergh..nak tambah nasik..
ReplyDeleteMas..gulai ayam ni makan dengan roti jala sedapnyer mas...makan petang ni lepas balik kerja mmg perfect!
ReplyDeleteYe lah Mas..k.gee pon sokong Mieza...gulai ni kalau dpt cicah ngan roti jala...pergh!! sedap giler...
ReplyDeleteSalam.. wahhh ini gulai kari memang terbaik.. kuah pekat dan enaknya peh! makan dengan roti jala best ni kan... lemak aje giteeww.....:))
ReplyDeletesedap jugak gulai ni kalau dapat cicah dengan roti jalan..kita ni nak makan sorang tu yang x berapa mood nak menggulai...
ReplyDelete^^
Kalau rajin boleh buat roti jala/roti kerca makan dengan gulai ayam. Kalau tak, cicah ngan roti pun sedap.
ReplyDeletesedapnya Mas...lauk fav QH ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum mas...
ReplyDeleteSedapnya akak tgk gulai ayam yg mas masak tu... Akak mmg suka makan gulai ayam.. Tp gulai ayam tu akak beli dr mkcik tu.. Makcik yg jual tu asal sjung... Mmg sedap gulai ayam... Teringin plak nak makam gulai ayam tgk gambar tu.. :)
Salam Kak Mas..yana suka sgt mkn gulai ayam cicah roti..nyumnyumm :-)
ReplyDeletepekaba makyungg! baby lam peyut dah scan blom?? nmpk bebird ke bukan bebird! hihihihihi... kalau bebird nak bg borang calon nantu... hihihi....
ReplyDeleteakak suker gulai ayam! tp yg org masak.. sendrik masak mcm tak bes! hahahaha
sodap nampaknyo
ReplyDeletesedapnya kalau dapat cicah roti benggali dgn gulai ayam mas ni...hehe
ReplyDeletecantek kalerr gulai..
ReplyDeletemas, terlio ni. Ada lagi ke. Dapat kuah pun jadilah nak cicah dengan roti.
ReplyDeleterempah gulai cap bunga rose tu yg dr trg tu kan?..kalo dr trg tu kilang tu dkt ngn umh sy..sdare jugak..nk pesan blh tp pas ry laa sbb time tu je blk kampung..:)
ReplyDeletepada sesiapa yang nak order rempah ni,syarikat pengeluar dah ada fanpage fb untuk rempah ni..boleh tgk https://www.facebook.com/RempahCapBungaRos
ReplyDeletesetiap order akan disertakan dengan resipi nasi dagang asli terengganu dan beberapa resipi lain lagi..jemput menjengah ya?