Search This Blog

Tuesday, September 13, 2011

Bergedil Daging



Assalamualaikum.....fuhhh..lama dah tak buat 2 entry dalam sehari.....he3..sabo jerk..untuk Kak Ummi , Kak Azlita Aziz dan yang lain2 yang meminta resepi bergedil daging yang Mas joinkan sekali berposing ngan Soto Ayam tu.....Mas kongsikan pulak disini resepi bergedil daging yang sedap tu....resepi asal bergedil daging ni Mas ambik dari DianaA dari Myresepi. Memang sedapp bergedil daging ni...Ain ngan Daniel makan gitu jerk....kalau dicicah ngan sos pun sedapp sangat...selalunya kalau bergedil masih berbaki pada malamnya, Mas akan simpan dalam freeze, bila nak makan lagi ke esokkannya...panaskan jerk dalam microware...hmm..tetap sedapp tau...tengok respon kat Myresepi, ramai yang dah mencubanya....jadi..Selamat Mencuba yerk.....

Bergedil Daging
Bahan ( 30 biji bergedil ) : 
  • 1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • secekak daun sup -  dicincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya :
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas2.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...

28 comments:

  1. mas TQ TQ
    dah lama nak resepi begedil daging ni.. nanti akak buat ye!..

    cayang mas muaaahhh...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya, cik mas, maaf zahir batin!

    kita selalu tengok blog ni tapi hari ni baru nak menyatakan- kita suka bergediiiilll hehe

    ReplyDelete
  3. suka begedil..
    begedil ni... kalau comel-comel lagi sedap..
    macam mas buat tu lah..
    tapi.. saya tak pernah buat..
    nak cuba jugalah..
    kena tunggu cuti sekolahlah jawabnya..

    Tengkorak hang! | Semekar Kasih

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Mas...mmmm sedap sukernyer.. kekadang erma mkn camtu jek.. he he he ssuuukkkeeerrr nak gak join lelagi ngan Soto akak yang sodap tu.. he he he

    ReplyDelete
  5. AZLITA AZIZ,

    selamat mencuba yerk kak ita..
    memang sedapp bergedil daging ni..
    sayang akak juga..

    ReplyDelete
  6. kucingorengemok,

    he3..mesti awak peminat tegar bergedil kan...
    kita pun...sedappp

    ReplyDelete
  7. Mas, okayyy tqqqqqqq byk2 cayang oiii...hehee...insyaAllah akak akan cuba gak nnt...muaaahhhsss!!! *sori td tenet mengong sikit..lama x leh nak on9..hehe

    ReplyDelete
  8. cikgu isza,

    betul tu cikgu...
    anak2 nak makan pun senang..he3
    selamat mencuba yerk cikgu..

    ReplyDelete
  9. HALAMANKU,

    erma..kak mas first time makan bergedil..
    terus jatuh hati tau..
    kadang2 buat untuk makan gitu jerk..
    cicah ngan sos cili thai pun sedapp sangat...

    ReplyDelete
  10. kak Ummi,

    akak..cayang akak juga..
    selamat mencuba yerk..
    memang terbaik bergedil ni...
    cer tanya che mat gebu dan kak hana..
    dia orang pun dah try tau..

    ReplyDelete
  11. mmg kegemaran abah makan ngan nasi lemak ni..fuh sedap
    Turun lambat naik cepat

    ReplyDelete
  12. salam ukhwah puan mas..mintak halal resepi bergedil yg sodap ni..tengkius bebanyak..sudi2 p beraya ke umah ceq->sweetsnonakuazizah.blogspot.selamat hari raye maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  13. fuhhh...... terliur betol. mmg tunn sgt2 suka makan bergedill nih.. kalau mkn soto, separuh mangkuk isi ngan begedil. pelahap tak? kui kui

    ReplyDelete
  14. abah khalisha,

    betul tu..
    makan ngan nasi lemak pun tetap sedapp..

    ReplyDelete
  15. sweetazezah,

    selamat mencuba yerk ...
    sila la mencuba mana2 resepi yang berkenan..
    mudah2an kita mendapat keberkatan darinya..
    insyaAllah..nanti mas kesana..

    ReplyDelete
  16. mas,
    sedap begedil tu mas. Lenkali boleh buat stail mas pula. tq

    ReplyDelete
  17. salam kak mas...
    waaahhh menarik..nanti saya cuba ye..time kasih hehe

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum mas...
    wah tergoda dah nie.. akak pun nak buat juga ler nie... nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  19. mas.. sedap tadi cadang nak buat soto tapi tak angin apa malas plak melanda.. hihiihii... kena buat gak sikit masa lagi..:)insyaAllah

    ReplyDelete
  20. Teringat lagi masa kecik kecik dulu, bila mak buat soto, mesti buat begedil daging. Pas tu kan, mak kena sorokkan begedil tu sebab takut anak-anak habiskan! Nanti soto tak ada begedil pulak. Haha...

    ReplyDelete
  21. ibundo,

    kak pah..mas pun baru 2 kali try resepi ni..
    memang terbaik..
    selamat mencuba yerk kak..

    ReplyDelete
  22. sitiezahim,

    selamat mencuba siti..
    insyaAllah..mesti siti suka..
    sedapp...

    ReplyDelete
  23. Diana @ Melley Mey,

    selamat mencuba kak diana..
    dijamin sedapp..
    family mas suka sangat bergedil ni..

    ReplyDelete
  24. Juwita Jamaludin,

    ita..tu tandanya seru buat soto dah sampai..he3
    selamat mencuba yerk ita...

    ReplyDelete
  25. MamaFaMi ,

    he3...mama..sekarang mas lak buat gitu...
    kene bahagikan bergedil tu..
    memang banyak klu mas buat bergedil..
    ramai nor peminatnya..he3

    ReplyDelete
  26. mmmm nak cube gak la nanti, sedap nih kalu mkn ngan soto tu, lame xmkn soto....sy kopipes ek, TQ :)

    ReplyDelete
  27. Sy dah try...menjadi n sedap..tq for the sharing the recepies..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.