Search This Blog

Wednesday, July 2, 2014

Hong Kong Egg Tart





Assalamualaikum.
Gara2 terliur tengok kt fb.. Mas pun mencuba Hong Kong Egg Tart.. untuk resepinya.. Mas copy dari blog Dapur Tanpa Sempadan hasil dari google.
TQ yerk CMG  ...Mas share resepinya disini pulak yerk..


BAHAN-BAHAN PASTRI :-)

160 gram tepung gandum
75 gram mentega
1 camca besar penuh gula aising
1 kuning telur
1/2 bahagian putih telur
Secubit garam
Tepung gandum jika perlu

BAHAN-BAHAN KASTARD (INTI) :-)
2 biji telur
75 gram gula halus
75 ml air panas
125 ml susu segar
1/4 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Beberapa titik pewarna makanan kuning telur (optional)



CARA MEMBUATNYA :-)



UNTUK PASTRY :- 
Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan 1/2 bahagian putih telur, putar hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh, jika doh terlalu lembut, tambah sedikit lagi tepung. Balut doh dengan plastik cling dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan pastry, bahagikan kepada 12 bahagian sama besar dan bulat2kan. Ambil satu bahagian, tekan doh ke dalam acuan tart hingga meninggi seperti dalam gambar di atas. Kemudian tolak ke dalam seperti dalam gambar dan tekan sekali lagi agar membentuk kelongsong yang bahagian tepinya seakan2 kelim karipap, seperti dalam gambar. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam peti sejuk semula semalam 30 minit.

UNTUK KASTARD (INTI) :- 
Bancuh gula dengan air panas dan kacau hingga gula larut, biar sejuk. Kemudian masukkan susu segar, ke dalam air gula tadi, tambah telur, secubit garam dan beberapa titik pewarna makanan kuning telur (kalau guna). Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi sebanyak 2 kali. Ketepikan


UNTUK HONG KONG EGG TART :- 
Panaskan oven pada suhu 180C. Keluarkan kelongsong tat dari peti sejuk, susun atas dulang pembakar. Tuang kastard tadi hingga penuh. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam oven, bakar selama 25 - 30 minit pada rak bawah. Bila kastard kelihata kental dan pastry keperangan, boleh keluarkan dari oven. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan untuk minum petang....




Tuesday, July 1, 2014

Rendang Ayam Kelantan





Assalamualaikum.
Juadah untuk bersahur semalam.. Mas try Rendang Ayam Kelantan pulak.. Alhamdulillah... memang sedappp... 
Lama dah nampak Kak Fauziah Samad @ Kak Jee , tayang.. baru semalan dapat mencubanya ... TQ yerk kak atas perkongsian resepi rendang ayam yang sedap ni... klu guna daging atau kerang pun sedap,...
Mas share resepi disini pulak yerk..


Bahan :
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1.4 kg), dipotong pada saiz sederhana
15 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup (che mat tambah)*
10 biji cili merah*(*dikisar halus)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai)
4 batang serai, diketuk
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor (che mat tambah)
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak :
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar halus. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi berperisa (seperti nasi minyak, beriani dan sebagainya), nasi impit dan ketupat...
Selamat mencuba!!.



Wednesday, June 25, 2014

Pajeri Nenas






Assalamualaikum.
Antara lauk yang kegemaran family Mas. Makan dengan ayam goreng jerk dah cukup sedap... nak best lagi.. tambah sambal belacan.. mesti bertambah2 nasi tu kan.. he3
Mas sharekan resepi ikut cara Mas.. 
Selamat mencuba..


Pajeri Nenas
Resepi : MasDuniaku 

Bahan2 :
1 biji nenas biasa - dikupas & hiris 

1 kotak santan 
1 cawan air 
bhn2 penumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih )
3 sudu besar rempah kari ikan

2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik 
1/2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa 


Bahan hiris halus :
1 inci halia
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 tangkai daun kari 
1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus 


Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris, udang kering yg ditumbuk, serta bahan penumis & daun kari hingga layu & wangi, kemudian masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus dengan api perlahan.
2. 
Masukkan air, santan, nenas, gula merah, kiub ikan bilis, kerisik dan garam secukup rasa. 
3. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
4. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.



Aneka Tempahan



Kek Puding Karamel




Puding Karamel



Cream Puff 



Snow Cheese Cake 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Saturday, June 21, 2014

Aneka tempahan Snow Cheese Meleleh





Snow Cheese Meleleh
Rm10/box
 




Snow Cheese Meleleh
Rm10/box
 




Red Velvet Meleleh Rm12/box 




Moist Choc Cheese Meleleh..
rm12/box



Snow Cheese Meleleh Perisa Strawberi ..
RM10/Box



 Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Friday, June 20, 2014

Aneka Tempahan Rainbow Cake



Rainbow Cake





Rainbow Cake




Rainbow Cake



 Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Thursday, June 19, 2014

Aneka Birthday Cake



Elsa Frozen Cake ( Moist Choc Cake & Cream Cheese Deko )




Span Cake With Cream Cheese Deko 



Rainbow Cake With Cream Cheese Deko 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Wednesday, June 18, 2014

Puding Karamel Yang Sedap & sedikit tips ...




Assalamualaikum.
Antara dessert yang sangat nyaman dinikmati ketika cuaca panas...
Makan sejuk2 memang sangat best kan ..
Sebenarnya banyak resepi yang Mas dah try.. jadi resepi ni adalah olahan dari pelbagai resepi yang Mas cuba sebelum ni..
Ini yang terbaik untuk digunakan.
Custemer pun dah banyak kali repeat order Puding Karamel resepi ini..
Alhamdulillah ..mendapat respon yang positif ..
Mas share juga sedikit tips membuat Puding Karamel ni sebab yang paling mendebarkan ialah masa terbalikkan puding tu... kadang2 bahagian bawahnya akan melekat pada loyang.. 
Moga perkongsian ini memberi manafaat buat semua yang ingin membuatnya ..


RESEPI PUDING KARAMEL
Olahan : Mas Duniaku 



Bahan :
5 biji telur  size A
250ml susu segar
250ml susu pekat manis
1sk esen vanilla



Karamel:
90g  gula pasir
4 sudu besar air panas


Cara :
Sediakan karamel@gula hangus - 
Sapu butter pd permukaan loyang (TIPS ELAK PUDING MELEKAT MASA TERBALIKKAN NNTI) 
Masukkan gula ke dalam periuk. 
Hanguskan hingga keperangan dengan api kecil kemudian masukkan 5 sudu besar air panas, Kacau perlahan2 hingga gula sebati .
  Terus ke dalam loyang YANG DISAPU BUTTER TADI . Sejukkan.

Puding Karamel :
Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. 
Sejukkan, kikis sekeliling loyang baru terbalikkan dengan berhati2 . 
Potong dan hidangkan.




Monday, June 16, 2014

Aneka Tempahan




Apam Polkadot 50 pieces Rm20



Cream Puff 25 pieces Rm20



Snow Cheese Cake Saiz 7 Rm55 / Saiz 9 Rm70



Snow Cheese Meleleh Rm10 / Box



Snow Red Velvet Meleleh Rm12 / Box



Kuih Serimuka Rm25



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Saturday, June 14, 2014

Untuk Tempahan




Roti Cheese Gula Rm6



Kek Gula Hangus RM4/pack/minimum 5 pack 



Kek Gula Hangus Rm35



Snow Cheese Meleleh Rm10/pack, Cheese Tart 25 pieces Rm20, Cream Puff 25pieces rm20, Snow Cheese Cake Saiz 9 Rm70 



 Snow Cheese Cake Saiz 9 Rm70 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Wednesday, June 4, 2014

Aneka Tempahan


 

Carrot Cupcake 



Carrot Cupcake





Durian Crepe



Cream Puff 





Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266



Monday, June 2, 2014

Martha Stewarts Moist Chocolate Cupcakes




Assalamualaikum.
Lama rasanya Mas tak uodate resepi kan.. Alhamdulillah..kali ni Mas nak share satu resepi cupcake coklat yang moist.... sedapp sangat ... memang resepi ini yang Mas guna untuk tempahan cupcake ... 
Resepi Mas dapat dari blog Kak Azie Kitchen
TQ yerk kak.. Mas share disini pulak yerk...



Martha Stewarts Moist Chocolate Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all purpose flour
1 1/4 cawan dutch process cocoa powder
2 1/2 cawan sugar
2 1/2 sk baking soda
1 1/4 sk baking powder
1 1/2 sk garam
2 biji telur gred A + 1 telur kuning gred A
1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)
1/2 cawan + 2 sb vegetable oil
1 1/4 sk vanilla extract
1 1/2 cawan air panas (Azie tambah 1 sk nescafe)





Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam ke dalam pengisar elektrik. 

Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3 minit.

Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25 minit.




Sunday, June 1, 2014

Aneka Tempahan Cheese Tart




Blueberry Cheese Tart 



Snow Cheese Tart 



Choc Cheese Tart 



Blueberry Cheese Tart



Blueberry Cheese Tart




Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266