Search This Blog

Thursday, April 2, 2015

Resepi Moist Choc Cake ( Bakar ) yang paling best




Assalamualaikum.
Resepi Moist Choc Cake dari dapur Pesona Cinta Cida de' Nuanza adalah resepi terbaik yang Mas sangat suka .
Walaupun dibakar, keknya tetap moist ....
Senang untuk mendeko kerana tekstur keknya yang tidak mudah relai ....
Untuk order2 .. memang suka menggunakan resepi ni ...
Respon dari customer juga amat baik. ramai yang sukakannya ..
Alhamdulillah ..
Jadi Mas share resepinya disini ..
TQ pada Cida de' Nuanza.
Mas share resepinya disini yerk 




Kek Coklat Nuanza


Bahan A:


2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

Bahan B:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih

(satukan semua bahan B )

Bahan C:

1 cawan air panas



Cara:

Masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..

Bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

Masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)
atau gunakan kertas minyak

Bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak
aku guna suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye)
Adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana


ok...utk resepi di atas, mcm yg aku bgtau, boleh di bakar atau di kukus..hanya guna resepi yg sama

utk saiz cawan, aku gunakan cawan kopi yg biasa kita guna di rumah, xde pun cawan2 metrik khas utk baking..
dan gunakan cawan yg sama utk menyukat semua bahan...
sama spt sudu, aku hanya menyukat menggunakan sudu kfc je..tp penuhkan membumbung, jgn letak paras je..

utk serbuk koko, ni part yg penting
utk hasil yg baik, bahan juga haruslah baik..
guna serbuk koko imported yg berkualiti
cthnya van houten..

kalo biasa ke kedai bakery, biasa ada serbuk koko imported yg di pek semula
x kisah le, janji serbuk koko yg elok..
dan utk resepi diatas, bg 1 cawan kek coklat, 3/4 cwn aku gunakan serbuk koko imported, manakala 1/4 lg aku gunakan serbuk koko hotam, atau dark cocoa powder atau ada juga kedai bakery yg malabelkan sbg oreo cocoa powder (bukan biskut oreo yg diblend ye..)- biasa cuma di jual di kedai bakery sahaja
kalo x de cocoa powder hitam, memadai gunakan cocoa powder biasa shj...



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.