Assalamualaikum.
Kuih peberet sepanjang zaman ...dari kecik Mas suka makan kuih koleh kacang ni ...
Alhamdulillah , akhirnya pandai juga buat sendiri, kali ni Mas try resepi dari dapur kakak blogger yg cantik manis , Kak Sheila - Spices Journey.
Alhamdulillah, Mas suka sangat dengan resepi ni ...
Cuma untuk membuatnya memang memerlukan kesabaran, Mas kacau adunan koleh kacang ni hampir sejam untuk mendapatkan adunan yang pekat & berkilat, begitu juga dengan tahi minyak, Mas masak sekali...kiranya sekali jalan kacau dua2 bahan2 tu ...
Alhamdulillah, berbaloi.. kuihnya sangat sedap, puas hati sangat, jadi Mas share resepinya disini pulak.
Selamat mencuba
Kuih Koleh Kacang
Resepi : Kak Sheila - Spices Journey
Bahan :
2 cawan tepung kacang hijau Babas
3 biji kelapa jadikan - 5 cawan santan pekat
- 10 cawan santan cair
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara membuatnya :
Dalam periuk kecil, 2 cawan gula merah + 1 cawan gula pasir + 2 cawan air + dua helai daun pandan yang disiat dan disimpul. Boleh kurang gula pasir jika hendak kurang manis ( pada Mas sedang2 elok jerk manis kuih ni ) . Masak hingga gula larut & mendidih, sejukkan sebentar dan tapis.
Selepas itu buat pulak tahi minyak. Masukkan 5 cawan santan pekat dari perahan yang pertama kedalam kuali bersama dua helai daun pandan yang disiat2 dan disimpul, Masak dengan api sederhana hingga terbit minyak, terbentuklah yang kita panggil tahi minyak, sentiasa kacau supaya tidak hangit disebelah bawahnya dan masak sekata, bila dah berubah keperangan dan berbiji2, matikan api dan tapis, kita ambil tahi minyaknya sahaja , ketepikan dahulu.
Kemudian bacuh 2 cawan tepung kacang hijau , 10 cawan santan cair, 1/2 sudu kecil garam bersama air gula merah + gula pasir yg kita kacau tadi.
Gaul hingga sebati dan tapis supaya tiada tepung yang bergentel.
Masukkan dua helai daun pandan yg disiat2 dan disimpul, dan masak dengan api perlahan, sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2 atau hangit hingga nampak pekat dan berkilat, Mas ambil masa satu jam mengacaunya , akhirnya terus tuang kedalam loyang dan tabur tahi minyak atasnya. Boleh juga titiskan minyak yang ditapis tadi diatas kuih untuk melembabkan dan mencantikkan rupa agar nampak berkilat.
Sejukkan dahulu dan baru dipotong.
samalah dgn akak... koleh kacang memang kuih faveret dari dulu lagi.. kalau mak pegi pasar ramadan inilah kuih yg dia belikan utk akak time buka puasa.. alhamdulillah.. bila dah kawin.. pandai juga buat sendiri berkat resepi yg dikongsi kwn2.. mmg sedap... renyah nak membuatnya.. sebab tu kalau beli pun harganya mahal org jual.. modal pun lebih..
ReplyDeletesy memang suka kuih koleh :)
ReplyDelete