Search This Blog

Monday, July 29, 2013

Ayam Palembang





Assalamualaikum.
Dulu Mas pernah buat Daging Plembang, memang sedappppp...kali ni nak try Ayam Palembang pulak untuk berbuka nanti...sangat ringkas dan mudah untuk dimasak...kiranya dalam sejam dah siap ayam palembang ni....TQ pada Ummi Maria Hakem yang sudi berkongsi resepi yang mabeles ni....Ayam Palembang ni sedap dimakan dengan nasi panas atau nasi minyak...coleh ngan roti pun best tau...
Selamat Mencuba...


Ayam Palembang
Adaptasi dari resepi Daging Palembang : Kak Maria Hakem
Sumber 1 : Amie
Sumber 2 : Kak Madihaa


Bahan-bahan:
700 gram ayam - potong kecil
1 biji kentang (MaDiHaA tambah) ~ potong wedges
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik ~ MaDiHaA letak 3 sudu besar kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals) MaDiHaA kurangkan sikit
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.  Goreng pula kentang hingga masak. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.



5 comments:

  1. Makan nasi panas2 sedap ni... mmmm yummy!!

    ReplyDelete
  2. Mas... Terbau2 sampai sini..Huhuuuu

    ReplyDelete
  3. Mas ambil resepi ye....nanti senang-senang mama nak buat le...
    Teruja tenguk ayam palembang yang Mas tayang nie...
    Kalau duk dekat dengan Mas...mahu hulurkan pinggan ....he3x

    ReplyDelete
  4. Yup, saya pernah masak lebih kurang gini gak. Tambah kerisik memang lebih enak!

    ReplyDelete
  5. Rasanya buat juadah raya pun bolehkan Mas... makan dengan ketupat atau nasi impit. Sedapnya!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.