Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Pavlova n order2 yg lepas....




Assalamualaikum.
Entry yang lama tertunggak....tak sempat2 nak update kat blog...order tuk povlova dah banyak yang Mas buat...he3...meh ler layan Pavlova yang agak pemess ni...walau tak sehangat durian crepe....tetap ada permintaan...cuma pada Mas pavlova ni agak sensitif sikit....kadang2 kantoi juga membuatnya...sabo jerk...meh tengok resepinya untuk yang berminat...kalau nak order ngan Mas, dialu2 kan juga...

Meh kita baca sejarah Pavlova dulu...

Apa dia Pavlova ni?



Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.



Pavlova

Bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( Mas pun guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping @ hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Mas bakar suhu 150c. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.





Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.



Antara order2 yg lepas, TQ pada semua...



Pavlova





Apam Angry Birds




Durian Crepe yang sentiasa mendapat sambutan hangat.....



NOTA :

Order dibuka hingga 16/12/12 Ahad, delivery pukul 1 tengahari.
 Untuk hari ni Jumaat 14/12/12 dan esok Sabtu 15/12/12, delivery dibuat malam pada pukul 8.30 mlm pada hari Jumaat dan 8.00 mlm pada hari Sabtu......pick up point, Giant Stadium Shah Alam.


ORDER DITUTUP PADA 17/12/12  ISNIN HINGGA 26/12/12 RABU.
ORDER DIBUKA SEMULA PADA 27/12/12 KHAMIS, DELIVERY MALAM PADA PUKUL 8.30 DI GIANT STADIUM SHAH ALAM, JADI BOLEH BUAT TEMPAHAN AWAL YERK....

BERMINAT, BOLEH CONT 0134242505  ^_^




12 comments:

  1. haiii... bilalah nak mencuba durian crepes dgn pavlova tu.. akak sokmo ketinggalan.. tahniah mas byk order tu.. rezeki baby adam kan mas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3....try la buat kak....
      sedapp tau...

      alhamdulilah kak...rezeki dari Allah ^_^

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya penah buat pavlova, tak tahan la manisnya hehehe...tp akak nye apam angrybird tu comeeeelll sungguh tau heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Siti....

      pavlova tu...
      sebab tu akak guna 3/4 cawan jerk...
      baru ok rasanya..he3

      Delete
  4. salam mas...waaah rajin sungguh amek segala ode2....pavlova ni nampak macam sedap coz ade buah2 penghias....hemm tak pernah makan lah...bila nak terai tah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat kak nik...
      sekali makan...mesti nak lagi..he3

      Delete
  5. Aslmkm Mas. Cedap nya Pavlova.... terasa2 kemanisan nya... Along suka betul makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam ..
      bestkan pavlova...mas pun suka...

      Delete
  6. teringin nak ghase air tgn besan shah alam nih.... bila la tuh yerk??? si izah dah rasa, anna dah rasa, zura dah juga.... mas jerk blom... kekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tu....
      turun shah alam..
      roger2 la mas.....
      tingin sangat nak jumpa akak tau... ^_^

      Delete
  7. hai kak mas, salam kenalan..amboi cantik pavlova tu eh..bila zila nak test ni..kaka mas, zila mik resepi roti bun tau..tq

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.