Search This Blog

Monday, October 3, 2011

Ikan Tongkol Tumis Tomyam



Assalamualaikum. Mas pun macam akak sorang tu juga, suka sangat ikan tongkol, jadi kalau nak mencari resepi2 berasaskan ikan tongkol..mesti selongkar dapur akak yang cantik jelita lagi ayu tu, yang dok kat tganu tu iaitu Kak Nor, hmm..jumpa lagi resepi yang sedappp lagi mabeles ni...simple dan sangat enak....sangat serasi rasanya ngan ikan tongkol....kalau ada yang tak makan ikan tongkol, guna ikan kembung pun sodapp gak..rasanya yang masam, manis dan pedas tu memang mabeles....hmm..tengok Ain ngan Daniel pun suka...ligat lak bebudak tu mencedok kuah, he3...kata Kak Nor, resepi asal dari Kak MaDiHaA a.k.a Ratna....maceh pada akak berdua...memang membangkitkan selera sesekali makan lauk gini.....

Ikan Tongkol Tumis Tomyam
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
sumber; K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
  • 6 keping ikan tongkol - gaul garam, goreng & ketepikan
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • 2 pokok daun bawang - potong 1 inci
  • 1 inci halia - hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih - dimayang
  • 5 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 7 biji cili padi - diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 cawan air atau lebih
  • 1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
  • 2 sudu besar pes tomyam + sikit air panas dibancuh
  • garam, aji dan gula secukupnya - Mas ganti aji ngan kiub ikan bilis
  • minyak masak
Cara penyediaan :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 yang dihiris & halia hingga layu & wangi. Masukkan air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau & cili padi. 
  2. Bila mendidih masukkan ikan, daun bawang & tomato. Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula & perasa. Padamkan api & bolehlah dihidang.



20 comments:

  1. Assalamualaikum mas...
    nie yg x tertahan nie tgk... ada ikan + pes tomyam = pasti sedap menjilat jari kan mas... sukanya... nie akak dah tergoda lg nie..

    ReplyDelete
  2. mekasih mas sudi gak mencuba resepi sempoi akak tu... akak pun suka ikan tongkol...

    ReplyDelete
  3. As salam Mas.
    Ikan ni biasa masak kicap..
    Boleh gak lain kali masak ni ;)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum, akak dtg dari fb ni, sbnrnya tak suka ikan tongkol. Ada beli tu sb hubby suka (biasa ler org Kelate). Resipi ni boleh cuba nanti, biasanya tak tau nak masak apa kalau ikan tongkol.

    ReplyDelete
  5. ni first time tgk ikan tongkol tumis tom yam..boleh try ni

    ReplyDelete
  6. stongkol masak tomyam!! mesti sodap ni...

    ReplyDelete
  7. mas.. aku nak buat gak lah. ikan selar ada, leh la buat dengan ikan selar kan kan kan...
    ikan tongkol ni aku jarang jumpa n jarang beli. sebab aku tak dpt la nak gi pasar basah mcm pasar tani tu. selalunyer laki aku suke satu tempat je. brg kering kat situ. brg basah pun kat situ. so terpaksa la pergi psraaya..kalau psraya ikut la, kalau ada, ada la ikan tongkol tu. tapi jarang tengok elok, sik lembik2 je. dah balik ah, nak pikir menu apa sedap diganding ngan ikan tomyam ni..

    ReplyDelete
  8. Diana @ Melley Mey ,

    hmm..memang best kak ikan ni..
    sedapp sangat..
    jngn lupa mencuba tau..
    nanti bila dah rasa...
    mesti nak buat lagi..he3

    ReplyDelete
  9. MaDiHaA a.k.a Ratna ,

    akak..memang sangat sempoi resepi ikan ni..
    terbaikkkkk la...

    ReplyDelete
  10. Oh Oeya ,

    oeya..klu oeya suka ikan tongkol. kat blog akak banyak resepi2 ikan tongkol selain dibuat masak kicap..
    cari la yerk..
    klik kat label ikan tu..he3
    memang best tau resepi ni..
    try la buat..

    ReplyDelete
  11. ~~zAnAfAhMi~~ ,

    maceh zana sudi bertandang sini..
    macam yg mas cakapkan kat oeya kat atas tu..
    klu zana nak resepi2 ikan tongkol..
    cari jerk kat blog mas..
    rasanya banyak gak resepi2 ikan tongkol kat sini..
    klik jerk kat label ikan tu yerk..

    ReplyDelete
  12. Qhaifa Nur ,

    mas pun first time makan tau tongkol masak gini...
    sedapp sangat..

    ReplyDelete
  13. Lieya ,

    memang sangat sedapp lieya..
    try la buat yerk..

    ReplyDelete
  14. eliyaezlinalias ,

    maceh pada kak madihah yg berkongsi resepi ikan ni...
    sangat sedappp..he3

    ReplyDelete
  15. mas
    akak pun suka mkn ikan tongkol.nanti nak cuba gak la tumis tomyam ni

    ReplyDelete
  16. bijak klu makan ikan tongkol...org tua2 katalah...yang bhgiann hitam tu lagi elok utk otak, stakat mana kebenarnnya tak tahulah...yang pasti apa jenis ikan pun elok utk otak..sumber protein...E-na pun suka sgt ikn tongkol...kat sini ada tp mahal giler...tergugat dgn menu mas ni...boleh try ikn ada dlm fridge...

    ReplyDelete
  17. . suka la mas suka masak lauk ikan gini.. tentu sedaop rasanya..

    ReplyDelete
  18. nampak simple tapi menyelerakan mas..akak suka la kalau ada bubuh pes tomyam ni...:)

    ReplyDelete
  19. Hmmm....mcm best je... boleh try ni,...mudah je rasanya

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.