Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, June 11, 2016

Samperit susu cheese yang sedap




Assalamualaikum.
Biskut raya pertama, Mas share resepi Semperit Susu Cheese yang sedap, lembut gebu didalam mulut.
Untuk resepi ini, sukatan susu pekat manis Mas dah adjust, sedang2 elok manisnya sebab resepi sebelum ini, agak manis .
Jadi selamat mencuba yerk, bahan2nya memang simple, jadi pastikan caranya betul, Insya Allah menjadi biskut anda, jangan terlebih bakar yerk, sukatan tepung pun, agak2 doh dah tak melekit pada tangan, dah cantik untuk digunakan.
selamat mencuba



Biskut Semperit Susu Cheese  

Bahan-bahan: 
 200g susu pekat manis - sedang elok manisnya 
 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.  
500g -  540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**  
120g cheese tatura - biarkan dlm 10 minit

  Cara-cara :  
Gaul sebati susu pekat manis, butter dan cheese menggunakan senduk kayu 
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu. 
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper @ dioles dengan mentega. 
 Letakkan choc chips atau ceri yg dipotong kecil2 atasnya .
 Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C selama 25  minit atau hingga bawah @ctepi biskut nampak mula keperangan.  
Sejukkan & simpan didalam bekas kedap udara.  

Tip:   
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi.  
Ini kerana apabila butter dan gula @ susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan.  
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.   

Mas juga menerima tempahan untuk Biskut Semperit Susu Cheese, boleh whatsap 0134242505 .




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...