Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya buat semua.
Atas permintaan..
Mas share lagi yerk resepi Roti Jala yang menjadi kesukaan Mas ...
Rotinya tetap lembut walaupun hampir seharian ..
Dan untuk jualan, Mas setia dengan resepi ini ..
Selamat mencuba yerk .
Roti Jala
Bahan :
~ Anggaran 10-15 orang ( 48 - 50 keping )
500 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt pewarna kuning
500 ml susu segar
3 biji telur
550 ml air - sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
2 camb minyak
Cara :
Blend semua bahan2 hingga sebati.
Tuang kedalam mangkuk besar.
Biarkan adunan selama 10 - 50 minit.
Panaskan kuali leper ( non stick pan ) yang tidak melekat atas api sederhana. Kacau cedok adunan guna acuan roti jala dan bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.