Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, September 2, 2014

Resepi Kuah Kacang @ Kuah Satay yang sedap





Assalamualaikum.
Kuah Kacang yang sangat sedap pada Mas..
TQ pada Kak Fida @ MyResepi atas perkongsian resepi yang sedapp ni.
Dah banyak kali Mas menggunakan resepi ni.. jadi Mas share lagi disini untuk rujukan semua ....


Kuah Kacang @ Kuah Satay


Bahan :
300 gm kacang tanah - sangar dan kisar 
100 gm gula pasir
150 gm gula merah
40 gm asam jawa
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan minyak masak  - untuk menumis

Bahan kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - sangar
1 sudu kecil jintan kasar - sangar
1 sudu kecil jintan halus - sangar
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - hiris
20 gm udang kering




Cara membuatnya :
1 - Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2 - Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.
3 - Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk...
4 - Selamat mencuba....


Update : 
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit2 air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu...kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..


1 comment:

  1. Aslmkm Mas cayang. Lama dah tak singgah sini.... dok suam2 kuku jer ni. Nak cuba gak lah, nampak lain sikit dari yg Along selalu buat. TQ Mas!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...