Assalamualaikum.
Dah lama sebenarnya teringin nak buat Kek Buah Kukus ni, alhamdulillah, terbuat juga...he3
TQ pada tuan resepi Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher. Kek Buah yang sangat sedap dan tak manis sangat rasanya dan tekstur keknya yang super moist memang sangat sedap dimakan.Resepinya Mas copy dari blog kak Azie Kitchen.
TQ kak...
Kek Buah Kukus
Resepi : Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher.
Rujukan : Kak Azie Kitchen.
Bahan :
225 gm Mentega
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A
1 sk vanilla essence
Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala
Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.
Tahun ini, Mas ambil order tuk Kek Buah Kukus , boleh booking order dari sekarang jika berminat, cont @ mesej 0134242505
Kek buah kukus nie berape lama bole tahan? Nak try buat jugak tuk raya nie ^_^
ReplyDeletekek ni boleh tahan sebulan, in shaa Allah...selamat mencuba yerk
DeleteSalam Mas..mmg nampak sedap & moist gitu.Klu raya selalu MIL k.atie buat kek kukus..menantunya tukang mkn jer :D
ReplyDeletewsalam kak...
Deletewahhh bestnya....seronok jadi tukang makan...mas pun suka gitu..he3
Assalamualaikum mas mmg nmpk supermoist kek ni yumyum....
ReplyDeletewsalam...
Deletebetul tu....kek buah ni makin lama..makin moist...sedapppp
salam ramadhan...
ReplyDeletesedapnya, memang nampak moist kek buah ni ....
salam ramadhan juga buat Qhaifa...
Deletebetul tu...asyikk dapat makan kek buah kukus ni..
As salam..
ReplyDeletekali pertama bertandang, bertuah jumpa resepi enak ni..
ada hati nak cuba ni...
wsalam...
DeleteTQ sudi terjah.. ^ - ^
try la buat...berbaloi tau walaupun kukus 4 jam...
nampak moist sangat kek buah tu..sedapnya..cuma sya x tahan la tggu kukus 4 jam tu..huhu..
ReplyDeletememang makin lama makin moist kek buah ni..
Deleteberbaloi kukus 4 jam tau
Sedap lah nampak kek ni. Minta sepotong buat berbuka
ReplyDeletehe3...kak..mas copy resepi dari blog akak...
Deletemeh mas kasi sepiring...cukup tak
salam Mas, akak pernah buat resipi ni, tp tak sempat nk snap gambar..mmg sedap..habis akak makan semuanya...aduhhh...takut nk buat lagi..kang bam bam plak badan ni angkara kek buah sedap ni
ReplyDeletewsalam....
Deletekan kak....berbaloi rasa buat kek ni...serius memang sedappp
Massss...tenkiu share resepi. akak nak try la...harap2 rajin la, hahaha. maklom la tahun ni raya kt kg akak. kek mas ni buah2nya nampak elok jer serata. tak ada kejadian buah tu mendap ke bawah kan. sbb selalu baca komen2 org2 yg buat kek buah ni problem utama adalah buah tu mendap ke bawah.
ReplyDeleteAku nak gak try ni mas..nak jual ah..2 potong kecik2 singgit..hehe..pjg dah list neh..harus coba
ReplyDeletesk tue aper dia? dulu2 mak sy buat sukatan sudu....
ReplyDeleteAssalam mas.. slmt hari raya... dh lama tk tinggal jejak takut org dh lupa kt kite :) akak selalu singgah kt sni suke tgk blog ni sedapp2!!! gajiin mas walaupon ada anak kecik...teringin nk buat kek buah ni tapiii lum ada keyakinan lagiii... tq mas zila66
ReplyDeleteSalam saya nak tanya pasal cream of tartar tu dalam bentuk serbuk ke sebab die under bahan ayak. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam kak mas,
ReplyDeleteSedap nampak kek buah kukus ni. Super duper moist nampaknya. Kak mas, nak tanya la, kalau kita skip cream of tartar blh x? Sbb fiza mcm ragu2 la ingredient dlm cream of tartar tu. Tq in advance kak.
Salam kak mas,
ReplyDeleteSedap nampak kek buah kukus ni. Super duper moist nampaknya. Kak mas, nak tanya la, kalau kita skip cream of tartar blh x? Sbb fiza mcm ragu2 la ingredient dlm cream of tartar tu. Tq in advance kak.
nak order blh ke?
ReplyDeletenak order blh ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Kak,
ReplyDeleteSaya dah cuba resipe ni... Memang sedap!!!
tapi nak Tanya.. kenapa kek saya teenggelam di tengah? Air kukusan dah panas betul.
Adakah sebabnya saya selalu buka kukusan untuk tambah air jadi keknya tak naik betul?
kek kukus memang tk boleh buka ...
Deletesbb nnti kek memang akan tenggelam tengah ... kukus jerk mcm yg diresipi
Ooh. Okay. InshaAllah ada masa saya cuba lagi. No kali cuba buka sekali je buat tambah airnya. Terima kasih.
DeleteMasih terima tempahan ke?
ReplyDeleteSalam kak..nape kek sy keras dn x moist..sy dh ikut betul2 bahan dn caranya..dh byk kali buat still sama..
ReplyDeleteSalam kak..nape kek sy keras dn x moist..sy dh ikut betul2 bahan dn caranya..dh byk kali buat still sama..
ReplyDelete