Assalamualaikum.
Dah start buat biskut raya, untuk yang first ni Mas buat tuk adik dan family kat kampung...pos jerk nanti...moga sampai dengan selamat dan elok nanti...
Untuk resepi Biskut Dahlia ni, Mas masih menggunakan resepi yang sama yang Mas buat tahun lepas...tekstur biskut ni yang mencair dimulut memang best...antara biskut wajib saban tahun.....
Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net
Sumber : Noorsha - 1001 Cerita 1001 Rasa
Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan
160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda * diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan
Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
lebih kurang mcm resepi akak tp ada sedikit berbeza. ecehh...resepi akak plak, resepi yg akak ambik dr mak, hehehe....
ReplyDeleteharap2 biskut ni sampai dengan selamatnya la yer mas. maklum la biskut ni kan rapuh sket.
salam,
ReplyDeleteterima kasih atas recipe ni. nak tanya macam mana rupa acuan untuk kuih ni? Boleh pakai acuan samperit?
Liza
Mcm senang je biskut ni...boleh try ni. Hihihi
ReplyDeleteMas, rajinnya dah mengukis....nampak cantik jer tekstur biskut nih...nnt akak nak try jgk laaa kalau sempat dan kerajinan membadai...hehehe
ReplyDeleteAssalam mas, npk cantik jer.. nk salin lh..mintak izin ya..mekasihhh.. zila66 :)
ReplyDeletekak mas, saya hantar email tentang biskut godek2...belum balas lagi?
ReplyDeleteAzizah dari SG
mmm macam mudah je ... tapi chenta ada buat last year .. rapuhhhh sgt ... tapu masa nak menekan tu mashaAllahhh .. susahnya ...
ReplyDeletechenta..adunan tu boleh tambah butter sikit2..uli balik sampai lembut doh tu...bru senang nk tekan.. bakar jngn garing sangat...bru biskut tu cair dimulut... bakar sampai bawahnya warna perang muda jerk...
DeleteApi atAs bawah ke
ReplyDeleteyerk..api atas bawah..
Delete