Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, April 22, 2013

Rainbow Cake In Jar


Assalamualaikum.






Rainbow Cake In Jar
Resepi : Whisk Kid

Bahan :
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ Mas guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau




Cara :
Panaskan oven pada suhu 170C.
Letakkan dulang yg diisi air panas.
Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.


*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam bekas berasingan.
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata, cedokkan 1 sudu besar warna 
oren kedalam jar, ratakan, kemudian 
  • 1 sudu besar warna 
  • merah dan seterusnya hingga habis semua warna, pastikan adunan 1/2 balang sajerk sbb nnti kek akan naik semasa proses pembakaran.


    Masukkan botol dalam loyang yang mengandungi air panas tadi (jangan terlalu panas). Pastikan air cukup semasa proses membakar nnti, jadi Mas akan tambah air panas setelah letak botol..... Jangan isi banyak-banyak botol dalam loyang. 
    Mas bakar selana 45 minit dengan api atas bawah. 
    Uji kek dengan lidi, jika tidak melekat bermakna kek telah masak. 
    Jika masih melekat tambah lagi 5 - 10 minit. 
    Setelah sejuk bolehlah dipaipkan krim mengikut citarasa anda.





    Resepi Krim Cheese :

    Bahan :
    500 grm whipping cream - brand VIVO
    250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
    60 grm gula icing
    110 grm butter
    2 titik lemon paste

    Cara :
    Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
    Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
    Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
    Masukkan dlm piping bag dan paipkan atas rainbow cake in jar tu.


    Jika berminat order ngan Mas, cont jerk 0134242505



    2 comments:

    1. sedapnyer...akak blom sampai seru lagi nk buat si pelangi2 ni.. meh 2 jar nk test..hehe

      ReplyDelete
    2. Kat rumah ada balang tp memang belum sampai seru nak buet..

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...