Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, April 19, 2013

Chocolate Cheese Tart




Assalamualaikum.
Dah lama nak share resepi Chocolate Cheese Tart ni, baru hari ni berkesempatan. Buat penggemar2 coklat....hmmm...try pulak Chocolate Cheese Tart ni ......memang sangat sedappp ...kalau rasa macam malas nak buat.....meh order ngan Mas...he3
Untuk resepinya, Mas ambil dari blog Kak Naz, TQVM kak.....


CRUST/ TART SHELL
Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
Source: Anna Qawina

Bahan :
250 gm mentega Buttercup
120 gm gula icing
2 biji telur gred B
480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)


Cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu @ whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.

NOTA ANA: 
Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.






Untuk resepi chocolate cheesenya, Mas ikut macam kak Naz, yang  menggunakan resepi dari kak Azita Zain. Cuma dalam cheese yang telah siap diputar tu, Naz tambahkan sedikit chocolate ganache untuk mendapatkan rasa chocolate cream cheese. 
CREAM CHEESE FILLING
Recipe by:  Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Sumber : Kak Naz @ ovenkecil blogspot.com

Bahan : 
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor -  Mas kurangkan sbb choc ganache dah manis
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh asen vanilla atau esen lemon

Cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Tambah choc ganache sedikit2 ...Mas agak2 jerkMasukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. 
Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

NOTA NAZ: 
Untuk mendapatkan Chocolate cream cheese, masukkan chocolate ganache yang cair - DAH SEJUK (tapi bukan yang masih panas ye!) ke dalam bancuhan cream cheese yang telah diputar. Gaul sebati. Ikutlah citarasa banyak mana nak letak tapi dari pemerhatian Naz, makin banyak diletak chocolate ganache tu, makin berkurangan kelikatan cream cheese tu. Bila cream cheese semakin kurang likatnya(lebih cair), maka waktu pembakaran nanti akan menjadi lebih dari biasa. So jangn panic kalau dah lebih 5 minit cream cheese masih belum masak. Just tambah lagi waktu pembakaran ye.
Kalau nak guna chocolate masakan yang dicairkan pun boleh tapi selepas dicairkan tu, biar ia sedikit suam baru gaul bersama dengan cream cheese yang telah diputar.
Chocolate Cheese Tart  lebih sedap dinikmati bila disejukkan dlm fridge.
Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Mas buat macam kak Naz, letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Resepi yang sama kak Naz guna untuk campuran di dalam cream cheese filling di atas tu.  

COKLAT GANACHE
SOURCES: Anna QawinaMat Gebu


Bahan :
200 gm coklat masakan  
100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
1tsp butter

Cara  : 
Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
Masukkan butter, kacau sebati.
Biarkan seketika baru digunakan. 

NOTA NAZ:
Unruk diguna sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell. Kalau tak, nanti comot tart kita tu rupanya.
SELAMAT MENCUBA!




14 comments:

  1. Assalam Mas...cantik n nmpk sedap tart tu. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Salam kak mas,
    apa khabar kak?
    Nyam! choc cheese tart! Wah, macam tu rupanya nak jadikan choc cheese. Kna buat ganache dulu, ya. Terima kasih, kak mas..

    ReplyDelete
  3. thanks for resepi... :) nak cuba yg coklat punya pulak la..

    ReplyDelete
  4. Salam Timakaseh atas kongsi resipi semoga di murahkan rezeki. Amin dari Sai

    ReplyDelete
  5. Murah rejeki mas...plg x tahan filling yg muncit2 tu...adoilaa

    ReplyDelete
  6. sedapnya cheese tart coklat ni, lama tak makan...
    dulu2 adik rajin membuatnya...

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum Mas.. patutlah dari pagi td cam teringin dan mengidam double choc cheese tart jew.. rupanya mas buat dan posting kt blog sambil menyeru2 nama akk..hiiii....

    ReplyDelete
  8. Wah mas , nampak sedap ni..nak cuba buat rasanaya.

    ReplyDelete
  9. huwaaaa berderet produk ko mas.. caya lah..
    aku suke gak tart coklat ni. kadang xtaruk inti tapi lebihkan coklat dlm cheese tu. sodappp

    ReplyDelete
  10. salam mas... comey comey tart ko tuh mas... geram akak nengok! akak nih kalau wat tart jarang2 gebu gebab... sememeh jerk.. hahaha

    ReplyDelete
  11. mass
    terbaiklahhh
    pepagi singgah sini bt ayu nak beli shell lah..
    adoiii kn kump duit nie

    ReplyDelete
  12. Nmpak mcm sdp ajerrr nk buat lah my husband suka chocolate

    ReplyDelete
  13. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...