Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, September 7, 2012

Puding Karamel Lapis Coklat




Assalamualaikum.
Salah satu Puding Karamel yang Mas sangat suka.
Enak sangat dimakan sejuk2....
Pernah buat untuk first timenya dan entrynya ada DISINI. Untuk kali ni, rasanya dah berbelas kali Mas buat Puding Karamel Lapis Coklat ni. Gabungan karamel dengan rasa coklat tu memang mabelesss...
Dan selalunya Mas guna sukatan resepi dari Kak Hana, setengah sukatan dari resepi asal sebab tak ramai yang makan kat rumah Mas ni. TQ yerk kak....
Disini Mas letakkan juga resepi asal supaya ada pilihan, puding bersaiz besar @ pun sederhana.
Untuk melihat cara2 lengkap membuat Puding Karamel Lapis Coklat ni, boleh lihat didapur Kak Ann - Periuk Tanah.
Selamat mencuba...


Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan :
Bahan A
1 tin susu cair (Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. 
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. 
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
Potong dan hidang.




Mas pun ikut sukatan yang Kak Hana buat. 
Buat setengah adunan dari resepi di atas. 
Mas pun rakyat tak ramai juga. 
Tima kasih yer Kak Hana untuk resepi 1/2 adunan ni....

Bahan :
  • 4 biji telur gred B
  • 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko @ 1/2 sk nescaffe + 1/2 sk pes coklat 
  • >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.

Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas

Cara :
  • Untuk membuat karamel 
  •  Hanguskan gula sehingga perang. 
  • Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. 
  • Tuang terus ke dalam loyang @ bekas. Ketepikan.

Untuk Puding :
  • Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih. Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
  • Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5 -7min. 
  • (bergantung ketebalan lapisan). 
  • Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.


11 comments:

  1. Haish...xleh thn ni....dpt dibygkn akn kesedapn dan kesegaran di tekak...alahaiiiii kena cuba buat juge nie....ok masuk list hiihiiii :-)

    ReplyDelete
  2. slruppp... yummy!! menggoda la mas...

    ReplyDelete
  3. Mas, akak pun dah lama x buat caramel lapis ni taauuu...adeeh mcm dlm list...ntah bila nak dpt buat...hehee.. Ngencess tul panas2 ni tgk puding..

    ReplyDelete
  4. mmg takleh tahan tgg dessert..mmg teringin sangat..

    ReplyDelete
  5. Mas...
    Rahel nak jugak puding karamel...ada lg tak?

    ReplyDelete
  6. salam mas,, cun lapisan puding karamel ko ni..aku pnh wat disatu masa dulu..tapiiiiiii bercampo lapisan atas n bawah..jd puding marle..huhu...

    ReplyDelete
  7. Along gak yg ketinggalan... lum cuba pun lagi. Nak kena tunggu ada jamuan baru dpt buat sbb kat rumah tak ramai org nak tolong makan...

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikkum Mas..

    Mas, kak Naz pun pernah buat puding karamel lapis coklat cam ni tapi resepi dari kak Hanieliza.. Mmg best ada rasa karamel dan juga coklat tu kan..nyumm... Kalau di rumah akak pun, selalu buat 1/2 adunan jer Kalau tak jenuh akak nak menghabiskan sorang2.. Anak2 makan tapi tak ler pulun sekali makan tu banyak.. Akak lak tak leh tgk mknn lama2 dlm peti tu.. Semak lak rasanya..maklumlah peti sejuk tecik jer..heheheee..

    ReplyDelete
  9. aku pernah buat resepi kak hanieliza.. elok jek kejadiannya. mmg sodap yang amat. nak buat gak ah bila datang seru nanti.. haishh seru tak datang2 jugak la mas. camner tu. hehehe

    ReplyDelete
  10. huii..sedapnye..i like la caremel2 ni...anyway, nice sgt blog info2 kt blog ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...