Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, August 9, 2012

Mee Goreng Mamak




Assalamualaikum.
Mee Goreng Mamak untuk juadah bersahur. 
Resepi yang simple tapi mengenyangkan. Sesekali makan Mee Goreng Mamak, sedapp pulak kan...apa lagi diletakkan daging....hmmm..memang mabeless. 
Untuk bahan2, Mas letak apa jerk yang ada kat esbox...janji sedappp....


Mee Goreng Mamak
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
500 gm mee kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 mangkuk sawi - potong kecil
2 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
2 sudu kicap lemak manis 
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 biji tomato dibelah 





Cara :
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
Masukan mee dan sebatikan.
Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
Masakkan mee agak kering.
Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.



12 comments:

  1. sedap ni, dah lama tak buat mee sejak masuk bulan puasa ni..

    ReplyDelete
  2. dah lama rasanya akak tak makan mee goreng mamak ni... selalu beli jer sebab kalau buat sendiri mesti jadi mee goreng melayu, bolehlah cuba resepi Mas, mesti sedap!!

    ReplyDelete
  3. Massss..
    Mabelessss. Br 4jam rs xsabor nk makan. Hahaaaa

    ReplyDelete
  4. sedapnya mee goreng nih...kita suka mee macam nih..nampak basah2 pastu kena lak pedas2...xsedar diri la nanti dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. makan mee, dapat yg basah2 sikit...sedapnya rasa

    ReplyDelete
  6. Kak Mas,klo nmpk mee ke kueteow yg akak goreng,mmg sedap tui..fuhhh tingin toi nak merasa air tangan akak,sure sdp sgt nih..erm akak dah mkn mee esk..sy dulu pon 2bln++ dah mkn mee gak,klo mak mmg xbagi mkn g,dia kata kna 6bln bru mkn,huhu..

    ReplyDelete
  7. Assalam Mas, oh rupa2nya mee goreng mamak ni kena letak serbuk kari, akk suka sangat mkn mee goreng mamak ni, kat rumah akk ni sahur2 selalu mkn goreng2 . Sedapnya..yummy

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mas Sayang,
    Alhamdulilah...dah siap pun mee goreng mamak yang Mas masak, terbuka selera Kak Lin bila melihat mee goreng mamak ni...nasib baiklah puasa..

    ReplyDelete
  9. sedapnya tgk mee goreng mas ni..menyelerakan:)

    ReplyDelete
  10. Salam kak mas cayang, ada lagi tak mee goreng mamak akak? kalau takde nanti masakkan kita utk moreh nanti ya :D kita dtg lambat ari ni sbb lepak keja menghantar budak2 g belajar huhu... akak dah buat kukis raya ke belum kak? jgn lupa buat show tauuu, jgn nyorok2 ehehe..

    ReplyDelete
  11. Saya nak minta izin amik resepi asak. Harp dapat keizinan

    ReplyDelete
  12. semalam da buat ..1st masak mi goreng mamak menjadi
    alhamdulillah ....

    aku suka masak untuk bagi bini makan ...bukan sebab bini tak pandai masak tapi suka bagi bini makan hasil masakan sendiri ;) .....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...