Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, March 22, 2012

Sosej Blossom Bun



Assalamualaikum.
Jom layan roti lagi....bila tak berapa selera makan nasi..memang roti la yang Mas cari..kebetulan nampak Izahdaut dan lepas tu Kak Sheila pulak buat Sosej Blossom Bun ni, jadi Mas pun buat juga...memang tak menghampakan....rotinya lembuttt gebu jerk...apa lagi makan panas2 ....hmmm...memang best...maceh pada tuan resepi CMG , siap ada tunjukkan cara nak buat sosej blossom tu lagi.....memang terbaikkkkk

Sosej Blossom Bun
Sumber :  Izahdaut dan Kak Sheila

Bahan :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



Cara Membuatnya :
Untuk Doh :
 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
Kaedah Lain :
 Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....


23 comments:

  1. Salam Mas,Kak Ros pun tengah buat N# blossom bun tu.Belum postkan Dah 2 kalu buat.Sedapkan??

    ReplyDelete
  2. Salam Mas, lama k.gee tak singgah sini...sihat ke? tak selera makan nasi yer... ok lah tu boleh makan roti blossom...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. ala kak mas tak tunjuk pon cara 'blossom' kan roti tu.. hehe
    kak mas sy xpndai la nk meroti..kt umah takde BM..klu guna manual takot xmnjadi.. hehe

    ReplyDelete
  4. Massssssss..
    Gebusnya roti blossom!
    Sayang akak takleh nak gigit. Nanti mulut dah baik boleh belasah secukupnya hehehe

    ReplyDelete
  5. dek massss
    wah cantik lah gambar2 mas amek..terang jelas nyata..camera apa tu ya

    ReplyDelete
  6. Mas, dah boleh buka bakery jual roti blossom. Nanti akak gi beli ye... Maklum la malas nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. aiii tk takut blossom mengembang mekar cam bun tu ker??? *soklan jeles sambil terliur...

    ReplyDelete
  8. Salam kak mas! ehehehe... rasa kita kan, sejak2 BM dah takde, selang sehari buat roti lagi dan lagi, sbb budak2 cuti sekolah ni dia org nak roti buat cemil2 :D tgn kita ni pun dah gagah agaknyer :D

    ReplyDelete
  9. Wah...Mas ber blossom2 ya Mas...boleh la nanti akak try

    ReplyDelete
  10. Salam Mas...tergoda sungguh saya tgk roti nie...cantik bentuknya.

    ReplyDelete
  11. masss... aku kelaparan ni.. hehehe... tingal sket tuk aku berbuka ye.. aku suke sangat resepi ni..

    ReplyDelete
  12. Salam sdp kan mmg dah tentu ank2 suka yyg dewasa pun apa lg seketu dua pun yenyang...ank kawan cpk bekalau awk ni macam serupa yg beli kat kedai..akk ingat nak buat lg guna adunan ni...

    ReplyDelete
  13. semalam tengok ika duk tayang bun ala2 cam gini..kita tak tau la bila nak cuba...pasal tak reti nak buat bentuk ni...hehehhe...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Mas,
    mmng sedap roti ni, dah banyak kali akak buat..mmng kegemaran anak2 dan kerap bawa bekal ke sekolah...

    ReplyDelete
  15. Salam Mas.apa kabar?Buat minum ptg2 ni mmg sedap...ada lak kopi panas!
    K.atie nak tapau 2 ketui blh :D

    ReplyDelete
  16. mas, akak pun suka roti blossom ni..dah pernah cuba resepi CMG ni.sekrng ni akak try resepi lain pula buat bentuk yg sama..sedap juga:)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Mas...

    Cantiknya Sosej Blossom Tu...Kak Lin tgk kawan2 meroti teringin nak meroti tetapi bila Kak Lin buat selalu tak menjadi...huhuhuh...Cian Kak Lin kan? hehehe

    ReplyDelete
  18. salam mas,
    maaf lambat sikit ziarah..dtg2 ternampak2 pulak roti kt dapur nie..he he hee amboii rajinya..zila x pernah mencuba lagi nie..suka tang hotdog bayak2 tue..

    ReplyDelete
  19. Belum pernah cuba roti Blossomni,suka tgk yg ada keju tu..

    ReplyDelete
  20. Aslmkm Mas. Walaaaa... memang mengiurkan.... gambo kat bwh tu obscene ler....heheeh

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...