Search This Blog

Monday, April 30, 2018

Resepi kari ikan yang sedap




Assalamualaikum.
Moga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t .... sesi mengupdate blog yang suam2 kuku ni , Alhamdulillah , masih berkesempatan berkongsi resepi buat kawan2 semua ..kali ini Mas share resepi kari ikan yang pada Mas sangat sedap ..ada kelainan pada bahan dan cara memasaknya ... moga bermanafaat buat kawan2 .. selamat mencuba ...

Kari ikan merah
Resepi ; Mas Duniaku

Bahan ;
seekor ikan merah yang sudah dikerat2, dicuci bersih dengan limau 
4 biji cili padi hijau - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji bawang merah - dicincang halus
1 biji tomato yg saiz besar - dicincang halus
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
1 paket rempah kari ikan 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1@2  keping asam gelugor
10 biji bendi 
2 biji tomato saiz kecil - dibelah 2
2 biji cili hijau - mas patahkan 2 jerk
santan
garam dan serbuk perasa secukup rasa 

cara ;
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hijau yang ditumbuk tadi bersama halba campur serta daun kari, kacau sebentar, baru masukkan bawang merah dan tomato yang dicincang halus tadi, kacau hingga wangi.
2- Masukkan rempah kari, cili serbuk dan serbuk kunyit, kacau rata, baru masukkan sedikit air panas.(mas tumis serbuk kari kering sebelum dimasukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak, sebelum tuangkan santan.
3- Tumis sehingga rempah garing dan pecah minyak. Masukkan santan dan asam gelugor .Bila mendidih, masukkan ikan. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
4- Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak.Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.




Friday, April 6, 2018

Resipi Claypot chicken rice yang sedap




Assalamualaikum.
Alhamdulillah ..masih berkesempatan mengupdate blog kesayanganku setelah sekian lama .... 
Alhamdulillah ..sekarang Mas sudah tinggal tetap disenawang negeri sembilan setelah hampir 18 tahun berada di shah alam ... urusan mengemas rumah pun sudah tinggal sedikit sahaja lagi ...mood membaking pun sudah datang .... dikesempatan masa yang terluang ini... Mas diberi peluang mencuba resepi claypot chicken rice yang sedap pada mas .... resepi dari rakan FB Chef Hassanhen Bin Abdullah ... terima kasih banyak2 chef atas perkongsian resepi nasi claypot yang sedap ini .. mas panjangkan disini pulak yerk ...




CLAYPOT CHICKEN RICE
Sumber : Chef Hassanhen Bin Abdullah

MINYAK BAWANG PUTIH

3 labu bwg putih (dikupas kulitnya)
- cincang dan goreng sehingga berbau wangi di dalam minyak yg banyak sehingga bawang bertukar menjadi keperangan. Angkat bawang beserta minyak td, sejuk dan ketepikan. Simpan di dalam bekas kaca yg bertutup.

P/s - minyak ni boleh disimpan dan digunakan utk menu yg lain juga.

BAHAN2 LAUK (Ayam)

Ayam dipotong kecil
Cendawan hitam (shintake)
Isi ikan tenggiri masin
Halia - hiris
Daun bawang di hiris halus

BAHAN PERAPAN AYAM

Secubit 5 mix spicy
1/2 sdb kicap cair
1/2 sdb perencah HILAL
1 sdb sos tiram
Sdkt kicap pekat
Sdkt serbuk lada putih
Sdkt sesame oil (optional)

KICAP

Sdkt kicap pekat (utk warna)
1 sdb kicap cair
1/2 sdb sos tiram

1 sdb minyak bawang putih
- kaut semua sekali (minyak & bawang)

Cara2

1. Ayam digaul bersama bahan2 perapan seperti halia dan cendawan hitam - selama 30 min. Blh disimpan dalam fridge dulu utk memberi rasa.

2. Beras di cuci bersih dan masukkan nasi ke dalam periuk claypot dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi telah siap dimasak , kecilkan api dapur dan susun ayam yg di perap tadi ke atas nasi. Ratakan. Masukkan sekali isi ikan masin td. Tutup semula penutup claypot tersebut dan masak lebih kurang lagi 10 min @ sehingga ayam masak.

3. Buka penutup claypot dan curahkan bancuhan kicap tadi rata2. Tutup claypot dan biarkn dlm 3-4 min dan boleh lah di renjiskan sedikit minyak bijan jika suka (x perlu banyak sbb minyak bijan ni ada satu bau yg kurang menyenangkan), tabur daun bawang. Biarkn seketika dan sedia utk dihidangkan