Search This Blog

Tuesday, March 3, 2015

Mee Hailam Kesukaan anak2 ... mudah disediakan & sedap




Assalamualaikum.
Antara menu yang laris semasa emak Mas berniaga dahulu .
Mee Hailam resepi dari emak Mas. 
Mudah disediakan dan sedap.. enak dimakan panas2 ...
Dalam seminggu Mas mesti buat sekali ..
Kalau nk pedas, ketuk jerk cili padi dan masukkan sekali.. memang mabeles..
Mas share resepinya disini ..
Selamat mencuba yerk..


Mee Hailam
Resepi : Mas Duniaku 

Bahan2 :
1 paket mee kuning
2 keping fish cake - dipotong
2 ulas bawang putih - diketuk
cili padi diketuk jika suka pedas
isi ayam , sotong, udang secukupnya
kicap lemak manis - anggaran 2 - 3 sudu besar
sos tiram - anggaran 1 sudu besar
lada putih ajishiok
sawi , carrot, kobis
  stok ayam @ air panas, dlm 2 cawan


Cara memasak :
Tumis bawang putih sekejap.
Masukkan isi ayam, sotong, udang, kacau sebentar.
Masukkan mee kuning, kacau sebati.
Masukkan sos tiram, kacau lagi, kemudian kicap, kacau sebati.
Masukkan stok ayam @ air panas, dlm 2 cawan, kacau sebentar, bila dah mendidih, masukkan sawi , carrot, kobis, kacau lagi, masukkan cili padi & lada putih ajishiok, kacau lagi dan rasa,tambah kiub ayam jika kurang masin, 
Bila sayur dah lembut sedikit, boleh angkat dan dihidangkan .




1 comment:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.